Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, March 31, 2016

Menyusuri Banda Acheh Part 11 - Rumoh Aceh, Muzium Acheh

Tak habis lagi citer Acheh ni wei..
Harap bertabah laa membaca :)



Ni pun wajib pergi dan snap2 gambar kat sini..
Rumoh Acheh..
Kalau kat belah2 pekan mmg tak jumpa rumah gini kecuali kat muzium..
Tapi kalau belah2 kampung masih banyak rumah rupa gini..



Masa mula2 sampai.. jenuh cari pintu..
Last2 kami wat kesimpulan..
Tak boleh masuk rumah ni...
Jalan-jalan belah bawah je...


Cek mek aku ni..
Dah start moody kat sini..
Mungkin dah penat..
Dari pagi2 buta dah meround..
Ni dah dalam kul 3.00 petang..
Tak juga habis lagi..


Lepas pusing-pusing bawah Rumoh Acheh tu...
Tourist guide ajak kami ke loceng..

Loceng ni namanya
Loceng Cakra Donya Aceh..

Loceng ini dihadiahkan oleh Kerajaan China..
Melalui Laksamana Cheng Ho..
Merupakan simbol persahabatan dua negara..


Loceng ini sempat digunakan dalam Kapal Perang Kesultanan Acheh
Semasa pimpinan Sultan Iskandar Muda
Loceng ini digunakan untuk memberi amaran..

Setelah telah digunakan lagi dalam kapal perang..
Loceng ini diletakkan di Masjid Raya Baiturrahman..
Zaman tu masjid terletak dalam kawasan istana..
Loceng ini digunakan untuk memanggil penghuni istana..
Untuk mendengar titah sultan.


Balik semula pada Rumoh Acheh..
Rupanya ada laaa pintu...
Pintunya letak pada lantai..
Buka ke atas camtu..

Bagus gakkan pintu camni..
Orang nak mencuri mmg susah nak bukak pintu..
Letak je beras 10kg.. 3 kampit..
Memang takkan terbuka laa dari bawah..



Rumah ni terbahagi kepada 3 bahagian..
Serambi utama
Ruang tengah dan bilik tidur..
Ruang dapur..

Memang memanjang je rumahnya..

Yang dalam gambar tu serambi utama..
Rumah ni penuh dengan tingkap..
Kalau betul2 duduk sini..
Setengah jam je habis masa nak bukak tingkap..

Ruang ini dikhaskan untuk menerima tetamu..
Yang bahagian ada karpet dan alas tempat duduk tu..
Jika perlu bermalam, mereka akan tidur di tempat yang sama..
Tetamu tidak dibenarkan ke ruangan yang lain..



Ni ruang tengah..
Abaikan MIJ yg terlebih vitamin tu..
Belah kanan bilik ibu bapa.. Bilik Inong..
Belah kiri bilik anak perempuan.. Bilik Anjung..

Zaman dulu..
Anak lelaki memang tidak duduk di rumah..
Depa tinggal di surau, madrasah atau masjid..
Untuk belajar ilmu agama..

Untuk anak perempuan pula..
Bila berkahwin boleh tinggal di rumah yang sama..
Mereka akan berpindah masuk bilik Inong..
Ibu bapa akan pindah ke bilik Anjung..

Tapi bila anak perempuan lain kahwin..
Pengantin yang lama kena berpindah dari bilik tersebut..
Dan mulakan hidup di rumah sendiri..

Bilik Inong juga akan digunakan untuk memandikan mayat..
Sekiranya ada kematian di rumah tersebut..


Ni serambi dapur.. Suramoe Liket namanya..
Tempat nak simpan peralatan dan memasak..
Bumbung rumah tu diperbuat dari daun nipah..
Bumbung depa ni ada satu jenis ikatan..
Yang menyambungkan bumbung tu dengan tiang..

Pasalnya zaman dulu..
Bila berperang..
Depa suka panah dengan api ke atas bumbung..
Jadi, kalau atap kena bumbung..
Tuan rumah hanya potong tarik tali berkenaan..
Dan bumbung akan melurut jatuh ke tanah..



.
.
.

No comments: