Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, March 26, 2016

Menyusuri Banda Acheh Part 8 - Kapal PLTD Apung 1


Satu lagi situs Tsunami wajib pergi..
Kapal PLTD Apung 1..
PLTD tu maksudnya Pembangkit Listrik Tenaga Diesel
Kapal ini tak bawa orang..
Ini adalah kapal penjana tenaga letrik untuk kawasan Ulee Lheue..
Dan kapal ini asalnya ditambat di pelabuhan..




Tugu belakang Khaleef & Hasya tu tertulis nama mangsa Tsunami sekitar kawasan tersebut.


Dinding yang coklat tu...
Menandakan setinggi mana air yang membadai..
Jam tu pulak waktu sebenar Tsunami melanda kawasan tersebut..
7.55 pagi...




Jarak tempat asal kapal ni..
Dengan tempat di terdampar.. 5 km jauhnya..
Kapal ni panjangnya 63 meter..
Beratnya 2600 tan

Masa Tsunami berlaku..
Ada 11 orang pekerja dalam kapal ni..
10 orang melarikan diri namun semua terkorban..
Ada seorang yang selamat disebabkan dia tidur..
Dan tidak sempat keluar dari kapal tersebut..


Ni gambar dari atas kapal..
Yeeeeeeee
Akak Rapunzel dengan gigihnya memanjat tangga kapal ini..
Sampai ke tingkat paling atas..

Pasalnya dalam kapal ni telah diubah menjadi muzium..
So, rugi kalau tak masuk..






Tanah sekitar kapal ini telah dibeli oleh pemerintah..
Dan dibangunkan menjadi tempat pelancongan..
Luas juga..
Ada taman kanak-kanak..
Ada tempat rehat..


Yang tengah dibina tu MASJID...
Disebabkan ramai yang beri sumbangan setiap kali melawat kapal ini..
Duit tersebut telah disalurkan untuk pembinaan masjid..

Acheh ni memang kaya dengan masjid..
Rasa cam setiap kilometer tu ada masjid..



.
.
.
.

No comments: