Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, March 9, 2016

Menyusuri Banda Acheh Part 2 - Kuburan Massal Siron, Acheh



Sorry sebab ambik masa pula nak wat entry Acheh..
Tetiba busy pulak dengan keje pejabat..
Ni pun belum habis sibuk lagi..
Sampai laaaa habis cuti sekolah..

Takpe.. aku try wat entry malam-malam :)

Kuburan Masal Siron...

Ini sebenarnya kuburan besar bagi mangsa Tsunami..
Yang dikebumikan beramai-ramai..

Di Acheh ni..
Banyak kuburan besar camni..
Dah yang terkorban pun lebih 200 ribu..
Kalau nak kebumi seorang satu kubur..
Jenuh!!


Gambar di atas adalah tugu peringatan..
Bentuk ombak besar yang menghempas tanah Acheh..

Kuburan Masal Siron ni terletak di Jalan Bandara Sultan Iskandar Muda
Hampir dengan airport Iskandar Muda..
So, kalau datang melawat Acheh..
Selalunya Kuburan Masal Siron ni akan jadi tempat pertama dilawati..




Dalam banyak-banyak kubur masal..
Kuburan Siron ni paling ramai mangsa yang dikebumikan..
Jumlah semuanya ialah 46 718 mangsa..

Kalau dilawat sekarang..
Nampak macam padang je..
Tanpa nesan..
Menghijau dan rata..

Takde lansung rasa seram ke hape..
Rasa nyaman dan aman..
Orang mati lemaskan dikira mati syahid..
Agaknya tulah sebab kuburan ni rasa tenang je...



Dalam tu aku tak tau ada apa..
Lupa pula nak tanya pada Ehsan..
Our tourist guide sepanjang di Acheh..

Mungkin surau..
Sebabnya di Acheh ni..
Memang bersepah surau dan masjid..
Kat mana2 tempat kita lawat..
Mesti ada musollah..



Beza dengan masa aku pergi Phnom Penh..
Masa lawat Killing Field..
Boleh terasa seram giler..
Dah tu bau hamis mayat tu kadang2 menyapa hidung..
Padahal zaman Pol Pot tu berpuluh tahun lebih awal dari Tsunami..

Itulah beza kubur kafir dengan muslim..

Semoga mangsa-mangsa Tsunami dikurniakan syahid..


Kuburan sebelah kiri..
Sebelah kanan pulak..
Didirikan wakaf-wakaf..
Kat situ siap ada Surah Yassin..
Sesiapa nak baca Yassin.. bolehlah berbuat demikian..



Di tugu ini tertulis sebuah ungkapan dalam 3 bahasa

Bala tasaba, nikmat tasyuko. Di sinan le ureung bahagia,”  Sebuah pesan sederhana namun sarat makna tentang tentang nilai-nilai kehidupan. 

“Bersabar saat mendapat bala, bersyukur saat mendapat nikmat. Di situlah letaknya kunci kebahagiaan.”



Yang dengan mak aku tulah tourist guide kami..
Nanti aku wat entry khas untuk Tuanku Ehsan ni..
The best tourist guide yang pernah aku guna..
.
.
.

No comments: