Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, May 14, 2013

International Submarine Cable Down...











Submarine Cable Down..
Nasib baik aku pernah melawat Stesen Kabel Dasar Laut..
So, aku paham ler bila BIL aku habaq..
Apa masalah Streamyx ni skang..

Gambar kat atas tu..
Jaringan2 fiber merentasi negara dan benua..
Melalui kabel dasar laut..
Jalan paling mudah..
Sebab dunia ni mmg dikelilingi laut..

Malaysia guna Submarine Cable System SEA-ME-WE 4 (SMW4)..
Panjang kabel ni lebih kurang 20000 km..
Merentasi timur dan barat menghubungkan 14 negara..
Dengan 16 stesen... ini termasuk Stesen Kabel Dasar Laut Cherating..
 
 




Lebih kurang keterangannya cam gambar di atas..
Dari stesen kabel.. ke bahagian yg tak berapa dalam..
Kabel akan ditanam dalam laut..
Ini untuk elakkan kabel putus akibat enjin kapal..
Sauh ke.. terlanggar ke..

Bila masuk laut dalam..
Tak tanam dah.. lempor gitu je kat dasar laut..

Ikan jaws tu.. Selain dari makan orang..
Kadang2 datang angin sewel dia..
Kabel tu dia langgar smpi putus atau rosak..


Kalau berlaku kerosakkan..
Bukannya boleh pergi ambil peralatan menyelam..
Dah tu terus menyelam..

Ada syarikat konsortium yang akan membaiki kerosakkan tersebut..

Kalau berlaku dekat dengan pantai..
Masa diambil tidaklah begitu lama..
Dah tu kos pun takde laa mahal sangat..


Namun.. jika berlaku di dasar laut dalam..
Masa agak lama..
Dah tu kos mampus punya tinggi..
Kena guna kapal laut.. dengan penyelam..

1 kabel rosak..
Lebih kurang kos membaiki 1-2 juta..
Bukan rupiah... bukan ringgit..
Tapi 1-2 juta USD..


Kalau rosak sikit..
Depa baiki teruslah kat situ..
Tapi selalunya.. kabel yang rosak tersebut..
Akan di bawa naik ke kapal..
Dan akan dibaiki di situ juga..
Lepas tu buh balik dalam laut..


Masa membaiki..
Paling cepat 1 minggu..
Paling lama 3-4 minggu..

Cam skang ni..
Masalah Streamyx dah masuk minggu ke-4..
Parah ler tu kot rosaknya..

Dalam masa ini.. additional routes akan digunakan..
Maksudnya internet ada.. tapi kurang laju..

Maka.. sebelum depa restore balik kepada kelajuan asal..
Kita pengguna ni akan terasa sebal ler dengan kelembapan talian..



Menatang ni aku tak tau nama apa..
Repeater ke.. Splitter ke.. Amplifier ke..
Nak tau.. tanya yang arif..

Namun..
Yang menjadi ketidakpuasan hati aku sebagai customer..
Loyal customer lak tu..
10 tahun dah menjadi pelanggan Streamyx..
Tak masuk lagi 5-6 tahun melanggan dial-up masa jd student..

Apalah salahnya..
TM anta emel ke.. reminder ke..
Buat pencerahan mengenai masalah yang melanda skang ni..
Bukan ke setiap pemilik streamyx..
Ada emel yang @streamyx.com tu..

HATI PELANGGAN PERLU DIJAGA :)
.
.
.


1 comment:

noradzlina.kamdani said...

bagus ko punye explanation pasal streamyx down ni zel...