8/01/09 - 10/01/09 aku ngn Khaleef pi duduk kat umah Papa kat Mambang Diawan. Saja je bawak Khaleef pi duduk sana. Aku tau dia rindu sangat kat Papa dia. Dah seminggu lebih dia tak makan. Bawak g jumpa dr, katanya cacing. Tp cam susah sket nak dipercayai sbb dia minum susu lalu. Makan je tak lalu. Last time masa dia kena cacing.. mmg susu pun takmo.
Kami g sana naik train shuttle KL-IPOH-KL. Dari Tg Malim pukul 7.11 mlm, smpi Kampar lebih kurang 8.10 mlm. Laju gak kan.. Shuttle ni tak banyak benti. Ada lebih kurang 5 stesen je dari Tg Malim - Ipoh. Khaleef kemain suka lagi... Dia ni hari2 tengok train dari tingkap umah wan dia tapi tak pernah dapat naik.
Sampai Kampar.. terus beli stok makanan kat Tesco Kampar. Ada laa dalam 15 minit dari umah laki aku. I like... dok Tg Malim ni, tak merasa laa nak pi Tesco camtu punya cepat. Paling cepat TF Value Mart, itu pun dalam 20 minit gak nak sampai.
Ni nak tepek gambar2 Quaters Post Master yg laki aku menghuni skang ni. Ikutkan ni kali kedua kami mai sini. 1st time datang, mmg tak dapat tido. Baik siang mau pun malam. Tapi kali ni mai dah ala bisa tegal biasa. Lebih nyenyak lak dari tido kat Kota Malim (rumah kat Tg Malim)Ni pandangan dari balkoni (huhuhu balcony tu...). Warna rumah mmg 100% ditentukan oleh Pos Malaysia Berhad. Itu ler warnanya.
Ni yang buat aku paling seram... tangga ini terletak DI DALAM rumah. Cam umah banglo 2 tingkat laa kan, ada tangga kat dalam. Kalau umah Post Master kat Tg Malim ni, tangga kat luar. Aku takut anak aku jatuh tangga je.. tau jelah kenakalan dia tu. Wpun dah dipasang safety gate, tapi anak aku ni mmg cukup cekap meniru perbuatan orang lain. 2-3 kali tgk, dia dah tau camne nak bukak safety gate tu. Skang ni kami guna mangga kunci beskal tu untuk elakkan dia main kat tangga.
Ni hala ke bilik.. ada 3 buah bilik yang besar giler saiznya. Dan bilik air. Rumah ni mmg SANGAT BESAR !!! ukurannya lebih kurang 3 kali ganda daripada rumah kami di Tg Malim. Bayangkan bawahnya adalah Pejabat Pos. Rumah atas ni gak adalah sebesar pejabat pos.
Ni bilik air & tandas. Bilik airnya lebih kurang besar bilik ke-3 umah kami kat Tg Malim. Hehehe karat-karat tu jgn laa ada yg muntah pulak. Rumah ni exceli dah lama takde penghuni sbb PM yg asal mmg dah ada rumah sndr. Nmpk je berkarat tu tapi bersih. Laki aku ni kalau bab bersih mmg No.1 !! Tp yang herannya, kaki bersih dia tu hanya di apply kepada barang2 dia sahaja.
Rumah ni sbb dia yang dok sorang, mmg sakan ler bersih wpun umah lama. Lubang angin punya banyak pun dia lap satu-satu. MALANGnya.. tabiat kaki pembersih ni sangat tidak diaplikasikan di rumah kami kat Tg Malim. Bab-bab kebersihan mmg aku kena layan sorang-sorang. Sapu ke.. mop ke.. sampah ke.. basuh bilik air ke.. mendobi ke.. mmg dia tak pernah ambik peduli.
Haruskah aku sentap ?!!!!!!
Kedua-dua tandas dan bilik air ni TAKDE BEKALAN AIR. Tak tau kat mana dah terkunci ke.. terpusing ke.. mmg takde air. Nasib baik laki aku ni kreatif gak bab2 menukang ni. Dia wat piping sendiri je. Cumanya sebelum mandi atau nak melepas hajat, mesti pi bukak dulu bekalan air kat koridor belakang tempat menyidai baju. Klu EMERGENCY ?!!! hehe nasib laaa...
Satu bilik ni sahaja yg digunakan. Lagi 2 bilik tu.. aku nak jejak pun seram... maklum laa bilik besar pastu dah lama pulak takde org tinggal kat umah ni.
Ada Kitchen Cabinet hokayyyy.... tapi mmg hancus... pecah sana sini. Tercabut abih dah sume drawer, penutup tercabut, tu ler nak heran.. yang tinggal sini sebelum ni bela monyet ke hape. Sampai hancur lebur sumer peralatan dalam rumah ni.
Pakai dapur portable je.. sesuai la untuk lelaki bujang seperti lakiku ittew
Ni ler antara gangguan yang sangat mengganggu ketenteraman hidup mau siang mau malam.. Pej. Pos Mambang ni letak kat jalan besar nak ke Teluk Intan. Mmg bising yang amat. Lebih2 kalau lori besar lalu. Bergegar oooo rumah dinding tingkap sumer. Ni satu lagi, seberang jalan ada kilang papan. Start pukul 8.00 pagi dah mula laa depa menggergaji kayu.. greeeenggggg renggggggg wreeeeengggggggg sampai laa pukul 5.30 ptg. Mula2 duk sini mmg sakit kepala dibuatnya. Tapi dah lama2 jadi tak kisah. Ikutkan tido siang kat Mambang lagi nyenyak dari kat Kota Malim. Kat sana camne terik pun cuaca, dalam umah sejuk nyaman je.. maybe sbb lantai simen & banyak lubang2 angin.
Buat masa sekarang ni mmg nak tak nak terpaksa la laki aku duk kuaters ni wpun serba-serbi tak selesa. Nak sewa rumah mmg tak mampu. Untuk hilangkan rasa sedih laki aku, mmg aku ngn Khaleef akan selalu-selalu datang ke sana. Mana nak cukup lepas rindu klu Papa dia balik rumah Sabtu malam pas keje smpi dlm kul 9.00 malam, then Monday morning kul 6.30 pagi papa dia dah balik. Ahad pulak selalunya seharian papa akan ke UiTM utk kelas PJJ dia.
Mmg Khaleef rindu kat papa dia pun.. kat sana kemain selera makan wpun mak dia asyik2 masak telur dadar, telur kicap, rebus bayam merah, goreng kacang buncis ngn sardin cap ayam. Suap sepinggan licin...Mak dia pun seolah-olah dah lupa MY JOURNEY TO LOSE WEIGHT.. heheh yelah, apa sangat laa keje nak buat kat sana selain makan, tido, tgk TV, kuar g jalan, order pizza, g tesco.
.
.