Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Friday, January 30, 2009

ONE is EnouGh !!!

21/08/06 - Bakti Aminin Medical Center Tg Malim
Ni ler rupa Khaleef beberapa minit selepas lahir. The sad part is.. INI SAHAJA GAMBAR DIA YANG ADA selepas videocam aku di ambil tanpa kerelaan aku oleh perompak yang memecah masuk umah aku 2 tahun yang lepas.. sedey tul laaaa

Ini dia sekarang.. umur dah 2 tahun 5 bulan lebey


Ok, berbalik pada tajuk asal iaitu ONE IS ENOUGH.. ekceli laki aku takde laa cakap omputeh camtu... tapi maksudnya itu laaa. Dia nak Khaleef sorang sajo. Uwaaaaaaaaa... tak tau ke aku ni nak sangat-sangat baby girl.

Alasannya - financial problem. Yelah, skang nikan aku ngn laki aku dok asing. Dua rumah, so perbelanjaan pun dua rumah la jugakan. Tapi ye ke ? Aku takde laa rasa susah sangat pun, cam biasa je.


Alasan Kedua - Susah aku sorang nak jaga 2 sekali gus.. boleh diterima akal. Ye jugak ! aku dgn budak Ahmad ni dok berdua pun, satu taman ni leh dengar aku mengamuk sekali-sekala. Inikan pulak ada 2. Kalau kena yang sorang tu baik yang amat takpe lagi... Kalau dia mengikut perangai kacau-bilau abang dia camne ? Harus aku kalau tak jadi kurus.. jadi tambah gemuk lagi.

Alasan Ketiga - takde.. ni dua alasan je. Sungguh tak dapat diterima oleh akal manusia normal.. Sorang je anak !! Nanti kalau lama-lama-lama.. mesti orang dok kutuk aku kata "Tulah gemuk sangat susah dah nak peknen".. Depa takkan kutuk laki aku punya.

Aku bukan apa.. risau kot2 laa Khaleef ni tak jadi anak seperti yang diharapkan. Yelah kita ni mak bapak mmg laa nak TERBAIKKKKKK je untuk anak. Tapi bila dah besar kang dia wat onar, takkan umur 25 tahun aku nak ugut dia tarik telinga lagi. Kan putih mata.

Pastu buatnya dia kahwin ngn mat salleh ke.. tak pun keje kat obercee ke.. tak ke menganga aku kat umah ni sorang2 sbb tak ada anak yang lain nak tumpang manja.

Uwaaaaa... abang fikir laaa dalam2 sebelum membuat keputusan muktamad !! Saya dah nak masuk 30 tahun ni minggu depan. YE KAWAN-KAWAN... MGU DEPAN 7HB ADALAH HARIJADI SAYA !!!! Paling2 sebelum 35 tahun mesti dah ada sorang lagi.
.
.
.

No comments: