Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, January 7, 2009

Anakku Boring

Ni kat Ipoh.. sebenarnya budak Ahmad ni sangat laa sukar untuk dikawal jika di majlis-majlis yang ramai orang. Dia suka pergi ke mana sahaja yang dia suka. Kena lak umah pengantin pompuan ni dekat dengan playground. Asal lepa je mmg dia tuju ke sana.. Takde laa dekat sangat, dalam 200 meter laa jugak.

Sebelum datang ke majlis ni kami bertanggak dulu kat JBA Inn tempat pengantin bersiap. Kat situ ada kolam ikan yang agak dalam. Paras pinggang dewasa tau. Aku dah risau tengok laki aku dok bersembang ngn kawan dia yang anak aku dok gapai2 air dalam kolam yang dalam tu.

Aku datang tarik dia ke tempat yang jangkat sikit. Bagi dia duduk atas batu besar. Tu masih meneruskan aktiviti ceduk2 air dengan tangan. Tiba2... KECEBUR !!!! ya tuan-tuan dan puan-puan, anak kesayangan aku ni dah tertonggeng masuk air. Kepala lak dulu tu. Nasib baik aku betul2 ada kat sebelah dia. Cepat2 aku tarik. Kuar dari kolam sengih baik punya. Siap cakap ngn aku "AMMI, ayeep andi"... eeeeeee bergelumang anak aku dengan lumut hijau. Ntah bape kurun depa tak pernah basuh kolam tu.

Nasib baik time tu belum pakai baju cantik lagi. In fact dia tak berbaju pun. Pakai suar je. Nak tunggu sampai ke saat-saat terakhir baru nak pakaikan dia baju. Paham-paham jelah masalah air liur kempunan anak aku ni.


Dia ni exceli time ni dah kepenatan.. dah smpi waktu tido dia.

Kalau tak dapat KUKIN.. mmg tangan laa jadi galang ganti. Tu sumer orang dok sibuk suh aku bentikan pacifier.. tapi aku lebih rela dia berkukin dari dok makan jari.

Akhirnya dia berjaya gak ke playground yang dia dok aim dari sampai tadi. Masa ni aku seram giler wei. Dah laa benda ni tinggi giler.. pastu berlubang besar lak tu. Agaknya lubang tu dulu ada slide tapi dah tercabut.




Dia pelik apa bendakah itu? sbb 1st time jumpa.

Ni kesukaan dia.. Khaleef panggil ni "EEK OOK".. maknanya boyan ler tu. Time ni dah hujan rintik-rintik. Tu yang jadi mamat bertudung putih tu. Tuala good morning ni mmg teman sejati Khaleef utk lap air liur dia. Selalunya dalam handbag mami mmg ada stand-by at least 2 helai.
.
.







No comments: