Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Friday, January 2, 2009

Azam Tahun 2009

ni ler rupa aku masa berat 85kg. tu laki aku tu menten dari mula bercinta smpi laa dah beranak satu & tgh plan nak anak no.2.. menten 40KG.. uwaaaa jelesnya haku.

Dah lama tak pasang azam.. sbb sebelum2 ni ada haku kesah !!!!!

  1. Nak turunkan berat sehingga ke 90kg. Skang ni dah 121kg. Cukup kot 12 bulan. Ni pun dah benti diet selama 2 minggu. Konon-konon nak mula balik on 5hb ni

  2. Nak simpan duit. Tahun-tahun sebelum ni mmg aku tak ambik peduli pun pasal duit-duit ni. Bagi aku, duit adalah untuk dihabiskan utk kepuasan diri sendiri. Sebab sendiri yang penat-penat cari duit. Eh, penat ke aku cari duit ? hehehe soalan keji !!
  3. Nak belajar masak yang susah-susah. Harus ke ?!! kata nak diet.. dah ler laki aku tak duduk sini. So, TAK WAJIB.. sunat jelah.

  4. "BABY GIRL".. uwaaaaaa aku teringin banget wei. Tp apa kes diet tapi nak peknen. Takpe2 just wait & see tgk mana yg dapat perkenan Allah SWT.

  5. Nak setelkan hutang CC yg dah beribu-riban tu dalam masa setahun ini.

  6. PTPTN - start Januari ni aku akan menjadi pembayar hutang PTPTN kental. Nasib baik baru-baru ni depa kuar surat saman, nama aku tak termasuk. Kalau tak harus aku kuarkan duit pusaka arwah ayah aku nak setelkan.

  7. Harap-harap tahun 2009 ni aku akan dapat sewa tapak @ sewa kedai untuk lebih memajukan bisnes aku yg selama ini beroperasi secara on9 sahaja. Tapak dah ada, cuma nak cari masa nak pi bisnes tu agak payah dengan aku lone ranger jaga anak aku. Abih camno? Mungkin kena cari babysitter utk malam pulak. Takkan nak hempuk umah PIL aku seharian pulak. Depa pun reti penat gak. Tambah lak perangai buas anak aku tu.

  8. Nak wat medical fully check-up - disebabkan ayah aku meninggal akibat kanser & makcik2 aku pun ada sejarah pelbagai kanser, aku cadang nak wat med check up ASAP. Sambil tu nak pastikan penyebab aku batuk non-stop selama setahun ni apa kes.

  9. Nak ganti puasa cepat-cepat. Selalunya, lagi semgu nak puasa baru aku kelam-kelibut ganti puasa. Nak remind kat sini... tahun ini adalah kena ganti sebnyk 6 hari.

  10. No. 10 ni sentap sket. Tapi sepatutnya duduk kat No.1. Tahun ini aku berazam untuk tak mahu TINGGAL SEMBAHYANG lagi. Aku mengaku la salah satu tabiat hamsau aku di dunia ini adalah sangat cuai tentang sembahyang.

No comments: