Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, December 31, 2008

SeLamAT TaHun BaRU 2009 - MEMORIES

Lalu sambil sapu sawang... apa pun HAPPY NEW YEAR 2009 !!!! kat sini nak coretkan dulu jejak-jejak 2008 sebelum masuk ke part Azam Tahun Baru

2008 - Kenangan Terindah


  1. Paling best cubaan pertama aku dalam dunia bizz on9 membuahkan hasil yg sangat menggalakkan. seblm ni family aku mmg banyak involve dlm MLM, jualan produk tapi aku lansung tak minat. Sampai laa aku ikut MR ke satu tempat dan bermula dari situ laa wujudnya BROOCHBIZZ.
  2. Dapat beli kereta sebijik lagi wpun Kancil je. Yang penting sejak ada 2 kereta ni, laki aku tak payah nak perasan muda merempit dengan Honda NSR dia tu ke hulu ke hilir. Bila dia dah pakai kereta gak, baru nmpk cam family man sket.
  3. Aku tak dapat KPLI !! hehe Kenangan Terindah gak ni tau. Apsal indah ?!! exceli aku mmg tak minat lansung dengan cikgu-cikgi ni. Tapi mak aku nak gak sumer anak dia jadi cikgu. So atas paksaan dia aku g Mtest (lulus lak tu) dan interview. Kat interview awal-awal lagi interviewer dah tegur pasal Obesiti Melampau Tahap Gaban aku ni. Siap cakap "we didn't think that you can fit into KAYAK".. hua hua hua.. dapat bayang tak AKU DALAM KAYAK !!!. So aku direct sound kat interviewer tu "i don't mind if i didn't get it" hehehe mesti la speaking sbb aku apply for TESL.
  4. Laki aku naik pangkat jadi kanan and soon in January dia akan interview untuk jawatan Post Master.. harap2 hubbyku berjaya !!!!
  5. Kontrak N41 aku di RENEW untuk setahun lagi.. Yahuuuuuuuuuuu !! Apsal aku suka sangat keje PID ni?!! nnt suh MR komen apsal kami heaven sangat keje ngn gomen ni.

5 je Kenangan Terindah hidup aku 2008.. aisey, cam tak indah je hidup aku ni. Untuk pengetahuan semua, i lead a very very NORMAL life. Ada mak (banker aku), adik dua orang (kuli aku), a husband (simple and nice person), a son (NO COMMENT!!!!), parent in law & in laws yang sungguh sporting, bestfriends - u know who u are (sumer baik-baik belaka), officemate (sorang je pun) yang bisa bertolak-ansur dan dibawa berbincang. So, mmg hari-hari aku amat indah.

2008 - Kenangan TerHamsau

  1. Buat kali pertama dalam sejarah tamadun manusia, berat aku mencapai 134kg. Dengan ukur lilit pinggang 54 inci. Ukur lilit lain mmg tak gamak aku nak ukur. Mau kena beli tali tape 2-3 pastu sambung-sambung kasi panjang.
  2. Laki aku kena pindah ke Kerajaan Langit Mambang Diawan. So skang aku ngn dia PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) but the best things are.. kami jarang bergaduh dan sering merindu.. hik hik hik.. harus 18SX !!
  3. BATUK !! ni paling teruk. Boleh imagine tak aku batuk sepanjang tahun and dalam nov & dis ni the worst. Smpi aku rasa i'm addicted to Ubat Batuk. Sehari tak hirup cam rasa nak migrain !! dah cam House vs Vicodin.
  4. Cubaan pertama masak kari SUCK !!! ok meh aku reveal aku nyer resepi masak kari

    - Masukkan 1/2 liter air & santan dalam periuk dan letak atas api sehingga mendidih.
    - Masukkan 2 sudu serbuk kari dan kacau smpi rata
    - Pastu masukkan segala apa sumer bawang2
    - Pastu masukkan ikan dan tunggu ikan masak
    - Oh ya !!! kat kedai mamak tu karinya nmpk berminyakkan. So, tuang sikit minyak.
    - SIAP !!!

    Heheheh nak tau tak rasanya cam apa... CAM JAMU NONA ROGUY !!

    Mak aku gelak smpi berair mata. Adik-adik aku lak terguling-guling gelak. Laki aku yang selalunya gelak ala2 jantan melayu terakhir smpi leh kuar bahak-bahaknya. Smpi skang aku fobia kari dan takde dah cubaan kedua dan seterusnya. Harap mak mentua aku jelah masakkan kari.
  5. Ntah apsal kan.. tahun ni aku asyik kena tahan polis sbb tak pakai sit belt. Smpi skang ni kalau aku terserempak ngn kete peronda mesti polis angkat tangan tunjuk sign PEACE. Heheheh nmpk sangat WANTED !! tapi disebabkan Status Kehormat aku sebagai Cikgu Komputer Belajar Komputer Free yg sangat dihormati.. maka aku tak pernah kena saman.
    Apsal degil sangat takmo gak pakai sit belt.. sebabnya perut aku moncit cam peknen 7 bulan. So, pki belt tu mesti naik atas perut pstu seolah2 menjerut leher aku lak sbb belt tu nnt betul2 bawah dagu.

    Tapi sejak bergirdle & makan ubat diet ni... dah selesa laa pakai sit belt. Chaiyok !!!

HAPPY NEW YEAR 2009

&

SALAM AWAL MUHARAM

.

No comments: