Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, December 3, 2008

M.Nasir In The Making



Sebab aku takde blog khas untuk anak aku ni.. so, dia terpaksa laa tumpang kat blog ala-ala "mak ko nak slim" ni...

Anak aku ni, kalau tgk jurusan hidup dia skang ni lebih kepada ahli muzik ataupun mat rempit.. pada jadi "MAT TEMPIT" aku lebih rela dia jadi ahli muzik, ahli orkestra ke... Bangun tido je terus cari gitar kapok dia tu.. sebelum ni dia ada gitar lain, tapi besor sangat tak padan org. So, baru2 ni anak aku yg cerdik ini telah menge"pow" nenek dia gitar baru ni. I like... masuk gitar yang ni, dia dh ada 5 biji gitar. 2 dah sadakallahhullazim... 1 aku sorok sbb aku beli mahal, 1 yg murahan beli kat kedai RM 2 RIA, pastu nilah yang terbaru.


Pada sapa-sapa yang belum kenal anak aku.. Inilah dia. Nama Muhammad Khaleef Aisy bin Izman Haidil. Tu yang tengah berkepam bawah bantal itu la laki aku. Anak aku ni lahir pada hari yang sama Tok Ti and Tok K nikah. Asalnya aku takmo pergi keje sbb nak tgk live telecast majlis nikah depa ni. Tak sempat tengok, dah pecah air ketuban. Nasib cuti... kalau pecah kat PID, apa kes?!!!!

Masa mula pregnant, berat aku dalam 90kg gitu.. sampai laa saat nak melahirkan, baru 103kg. Naik sikit jelah sepanjang pregnant ni.. Dah nurse kat klinik tu asyik hangen je ngn aku tiap kali datang check up naik berat, smpi aku takut nak makan banyak2. Ambik susu je banyak.

Aku bersalin kat Bakti Aminin Medical Center kat Tg Malim ni.. Lepas2 bersalin, terus turun 80kg. Huyyyyooooooo... kalau lah aku berfikiran tekad masa tu, tentu aku tak mengalami masalah obesiti melampau tahap gaban naga sakti ni.

Lepas bersalin, ala2 malas laa konon nak makan pil perancang keluarga. So, aku tekad nak ambik progestin injection. Setahun gak ler aku layan injection ni. Time ni ler berat aku bertambah kg demi kg demi kg, smpi laaa 4 mgu sudah aku tak leh guna dah conventional scale tu sbb nombornya sampai 130kg sahaja. Tapi jarum ittew masih mau pergi jauh.
.

Tapi.. tapi.. tapi, aku takde laa memaksa sangat diri aku ni. Rasa perut tak berapa lapar, aku tak makan. Kalau lapar aku makan. Nama nak ikat perut semata-mata nak kurangkan berat.. takde pasal !!! Tapi tu ler, aku terus mengamalkan makan bee pollen dan proimunise itu.

.

.

.

1 comment:

UmiHannan said...

alalalal yayep..macho la posing ngan gitar.