Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, January 25, 2009

Camera Hilang !!!!


ada sapa2 nmpk tak camera ni ?!!!

Sejak aku ada K800i ni mmg jarang sekali aku snap2 gambor menggunakan camera digital cikai cap ayam aku tu. Camera tu selalunya aku pakai utk snap gambor yg nak dicuci sebab ia adalah 7.2MP. Kalau pakai phone camera 3.2MP ni mana nak lawo. Adakah camera ittiew merajuk dengan aku sbb tidak mengusungnya lagi ke sana ke sini?

Itu perkara pertama yg hilang.. perkara kedua ni lagi parah.. aku terhilangkan duit collection e-pay sebanyak RM384.00.. Huwaaaaaa !!! mana pergi duit yang aku letakkan dalam sampul putih tidak bertulis apa2 yg telah dilipat dua tersebut. Aku sangat2 berharap semoga duit itu sebenarnya aku dah pakai secara tak sengaja then aku lupa. At least !!!!

Tapi.. tapi.. tapi.. aku pasti sangat2 yg aku tak pakai duit itu. Cuma tak ingat sama ada aku dah buang? aku simpan tempat lain? ataupun dah tercicir? Huwaaaaaaaaaaaaa (bape kali meraung daaaaaa)

Tabiat buruk aku yg satu ini iaitu PENCUAI (bukan PENCACAI hokay) mmg tahap gaban naga sakti. Sampaikan mak aku iaitu Hajah Norlia pernah cakap "Nasib baik laaa "tut" ngko tu melekat.. kalau tidak, mesti satu hari ngko call mama cakap... TUT DAH HILANG LAA MA!!".

Aku pernah hilang hp, hilang kunci rumah, hilang kunci kereta, hilang kunci pejabat, hilang kad ATM, hilang kat matrik, hilang pen-drive, hilang beg baju (satu beg baju aku hilang sbb aku terlupa bawak naik bas masa g kem BTN), hilang barang kemas, hilang video cam dan pelbagai lagi yg aku tak leh nak recall kat sini.

Time sekolah dulu, asyik hilang buku latihan. Hehehe cikgu cakap alasan sbb tak buat keje rumah. Tapi hakikatnya mmg hilang betul. Pastu satu benda lagi stokin.. cam semgu tu mesti ada laa sekali dua hilang stokin.

Hakikatnya sekarang... MANA DIGITAL CAMERA HAKU !!!!!!!!!


.

No comments: