Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, January 21, 2009

Saya Memasak Hokay !!!

Seperti yang telah diazamkan untuk tahun 2009 ini, aku telah mencuba masakan baru untuk bulan Januari ini. Tiada lagi menu SEGALA HAPE MASAK KICAP hokay !!!

Udang galah masak lemak cili padi.. adik aku & adik ipar aku komen SEDAP !! pedas menyengat. Laki aku cakap ok je... sentap tau !

Sotong goreng tepung. Walaupun buruks dalam gambar, tapi rasanya marbeles. Ni pujian ikhlas dari aku sndr.. boleh gitu ?!!

Ni special request dari adik ipar aku. Telur dadar dalam minyak yang banyak Penuh kolestrol ye tuan-tuan dan puan-puan. Tu sebab rasa dia vast !!


Bebola ayam goreng tepung & ayam goreng siap sedia Ayamas. Ini untuk santapan Ahmad Doyib ngn Kakak Sara.

Kobis manis goreng ngn udang. Boleh tahan sedap laaaaa... Pujian lagi tu..
.
Wpun, masakan aku bagi orang yang biasa masak ala2 pejam mata leh siap.. tapi untuk aku, makan masa dari kul 6.30 ptg smpi 9.00 mlm hokay untuk menyiapkan semua menu ini. Tapi lega tgk sbb insan2 undangan aku (my sis and her family) betul2 menghayati apa yang aku masak. Siap puji-pujian lagi. Tak tau ler ikhlas ke idak. Janji puji yer.. Tapi, lakiku.. nan ado yer mak hayaaaaammmmm... takde laa nak kasi semangat ke.. kasi motivasi ke.. itu sebab aku cam meluat je nak masak.
.
.
.

No comments: