Tentu ramai tertanya-tanya... apa jadi dengan diet den yang ala-ala poyo sangat dulu tu. Untuk pengetahuan semua, aku masih lagi diet tapi tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan. Membawa maksud, bila nak makan banyak.. yes i do. Nak makan sikit.. yes i do. Tak nak makan lansung seharian.. No i don't !! boleh gitu?!!!
Ikutkan aku ni makan banyak bila balik Mambang & time laki aku ada rumah. Bila dia takde, biar lapar tahap gaban naga sakti sekali pun, selalunya sifat PEMALAS aku akan menang. Baik aku hadap TV tu sambil perasan perut kenyang, dari aku ke dapur untuk masak.
Ni food aku pada Isnin lalu pada jam 8.30 mlm. Oleh kerana seharian tak makan, maka aku terpaksa rajin sikit masak ala kadar iaitu telur hancur makan ngn salad & tomato segar. Komen aku... lansung tak menyelerakan dan tidak mengenyangkan. Namun cukup laa untuk aku tahan lapar smpi keesokkan harinya.
Keesokkan harinya, aku terus pecut pi umah mak aku sbb aku tau adik aku mesti masak sarapan punya. Yes, tepat sekali.. dia masak sayur campur, sambal ikan sardin, ikan sepat masin goreng berlada & sambal cili tumbuk campur tempoyak. Cuba bayangkan bagaimana hardup nya aku sarapan di pagi Selasa tersebut. Hehehe... sedap wooooo... rasa cam sia2 lak aku poyo2 malam semalamnya makan salad hanya.
Untuk berat terkini, masih lagi 121kg tanpa ada perubahan. Takpe laa tukan, pada naik berat. Baik menten je.
.
.
.
No comments:
Post a Comment