Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, May 6, 2013

Selamat Bersara TGNA


Akhirnya TGNA bersara juga dari jawatan Menteri Besar..
Aku yang bukan rakyat Kelantan..
Yang seumur hidup baru 2 kali pergi Kelantan..
Terasa sayu nyer jugak..

Walaupun aku 2 kali je pergi Kelantan..
Namun, semasa kunjungan kali kedua..
Dalam tahun 1992.. Masa tu aku darjah 6..
Ada perkara menarik yang berlaku masa kat sana..

Time tu on the way nak pergi muzium..
Muzium apa aku tak ingat namanya..
Tapi depan muzium tu kayu..

Sampai satu traffic light ni..
Time tu kena lampu merah..
Ayah aku pun bentilah kete.. takkan nak jalan..

Sebelah kami..
Ada kereta buruk je..
Tapi aku lupa apa jenama kereta tu..

Abah ngn Mama aku bising2 kat depan time tu..

Sebelah kereta kitaorang..
Yang memandu tu ialah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..
Time tu dia dah jadi MB Kelantan..

Masa tu terus cakap kat parent aku..

KENAPA BURUK JE KERETA MENTERI BESAR?

Abah aku jawab..

DIA BUKAN BARISAN NASIONAL..

Oooo...

Masa tu boleh Ooo jelah..
Belum faham lagi politik2 nih..
Time tu yang aku faham..
Nak pakai kereta besar.. lawa... mahal..
Jadilah MB BN :)

Apa-apa pun.. kenangan manis jugalah tu..

Selamat bersara buat TGNA..
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik..
Panjang umur.. Murah rezeki..
Teruskan perjuanganmu..

Amin...


.
.
.

3 comments:

Umialya said...

akak lagilah sedih walau berada berbelas tahun diperantauan, TGNA tetap diingatan

mamaputritania said...

kak zel nk share kt fb blh

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

boleh.. takde hal :)