Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, January 12, 2014

Persediaan untuk meninggalkan anak-anak pada Papa..

Sudah tiba masa untuk mami pergi menenangkan fikiran :)
Tak sampai oversea pun..
Dekat je..
Dan sekejap sangat :)

Namun..

Ini adalah kali pertama Hasya dan Khaleef akan diletakkan di bawah penjagaan papa depa tanpa hantar rumah Mak Long atau rumah Ibu..

Nak packing barang2 aku nak pergi ni.. kejap je..
Tak smpi pun 30 minit.. SIAP!!

Tapi nak menyediakan barang2 untuk yang kena tinggal yg lama..


1- Ubat-ubatan

Lebih2 kalau ada anak yang lasak tp selalu tak sihat mcm Khaleef :)
Wpun dah ada label pada botol..
Lebih baik jika tulis sekali lagi..
Dengan marker permanent..

BESAR DAN JELAS!!!




2- IC, Kad Panel, Medical Insurance

Harap-harap takde perkara tak sihat yang berlaku..
Semoga anak2 mami sihat bersama Papa :)




3- Baju-bajan

Penting untuk mengelakkan anak-anak pakai baju lain.. seluar lain..
Baju siang.. ter"partner" dengan seluar malam..
So, lipat bersama partner masing2..
Letak di luar laci spt atas meja..
Ini untuk mengelakkan dari almari dipunggah..

Kena asing juga..
Mana baju siang.. mana baju malam..
Kalep pernah dipakaikan baju tido tebal di siang hari dan dibawa smpi ke Port Dickson oleh Papa nyer :))

Kalau dilihat pada baju malam..
Ada sepasang je..
Maknanya semlm jelah mami pi holiday :)




4- Susu

Tulis siap2 atas tutup bekas susu..
Kalau tidak kang..
10 kali nak buat susu..
10 kali la SMS tanya bape sukatan :))




5- Makanan

Letak setempat yang senang nampak..
Senang anak nak ambik..
Penting untuk mengelakkan dapur berkencah..




6- Minuman

Letak pada paras senang dicapai oleh anak..




7- Lain-lain hal

Selain dari itu..
Segala pen.. pensel warna.. pensel..
SOROK!!

Kalau tidak kang..
Balik2 dari holiday.. dinding rumah penuh abstrak..
Sofa.. kusyen.. abih kena conteng..

Semua gunting.. alat2 menjahit..
Simpan di tempat yang tidak diketahui oleh anak-anak..

CUAK WALAUPUN EXCITED NAK PERGI HOLIDAY SORANG-SORANG!!

TQ PAPA :)
.
.
.

2 comments:

Anonymous said...

tudia dia punya persiapan padahal g smlm je ye

happy holiday zel

Iela Fazielah said...

hamik...semua serba serbi tersusun n clear.. kalau ila setakat susu & ubat. mknn semua kasi kosong.. biar papa dia bwk mkn luar je... hepi holiday!