Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, January 15, 2014

Resepi Sambal Belacan


Laki i cerewet hokay..
I pulak tak pandai wat sambal pencicah..
Yang pass sambal colek tempoyak je..

Kalau sambal belacan.. mmg failed selalu..
Kalau tekak aku layan je.. janji sambal..
Tapi MIJ kalau tak kena mmg dia tak makan..

Ni aku google2..
Jumpa resepi yang senang..


 Panaskan sesudu minyak
Masukkan 2 biji cili merah + 4 biji cili padi + 3 tomato ceri
Belacan 2 inci

 Goreng sampai layu


 Masukkan dalam lesung batu
Tambah gula 1 sudu teh + garam 1 sudu teh
Tumbuk sampai lumat


Perah limau kasturi sebiji
Kemudian masuk dulu dalam peti ais untuk 1-2 jam
Bagi rasa tu sebati..

Memang perrghhh :)
.
.
.

2 comments:

Iza kulim said...

Baca resipi on dah rasa perghhhh...harus try...

Min Aina Ila Aina said...

Untung isteri-isteri sekarang, semua leh google kan..lagi untung incik suami sekarang la kan..