Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, June 12, 2014

21 Day Fix Nutrition Plan - How It Works

Untuk yang dah memiliki 21 Day Fix..
Ada yang keliru berkenaan food portion control..
Kalau ikutkan original set..
Wajib workout dan jaga portion makanan...
Barulah dapat kesan seperti testimoni yang aku tepek semalam..


Dalam gambar semalam.. nampak macam besar je kan..
Tapi sebenarnya container ni kecik sahaja..
Paling besar.. saiznya ialah 1 1/4 CUP = 1 1/4 CAWAN
1 CUP = 128 gram = 4.5 oz

Untuk yang tak biasa buat kek..
4.5 oz ni lebih kurang saiz botol susu kecik baby tu..
Kan ada 2 saiz.. satu 4oz.. satu 9oz...
Lebih kurang itu la saiznya..

Nak mudah.. beli food digital scale tu..
So, pada membuang tenaga nak basuh banyak bekas..
Baik guna timbang sahaja..

Tak pun.. pergi je kat kedai cam Daiso ke..
Mesti ada container pelbagai saiz nih..


Purple (BUAH) = 1 1/4 cup = 200g
Green (SAYUR) = 1 1/4 cup = 200g
Red (PROTIEN) = 3/4 cup = 100g
Yellow (CARB) = 1/2 cup = 65g
Blue (FAT & CHEESE) = 1/4 cup = 35g
Orange (OILS) = 2 sudu besar


Ini panduan untuk 1 hari 1200 kcal - 1500 kcal..
Macam sayur ada 3 bekas sehari
Buah 2 bekas
Protien 4 bekas..
Begitu laa seterusnya..

Jangan pula ditibai guna 1 bekas 1 kali..
Lapar laa perut!!

Cth la..

Breakfast

1 sayur + 2 protien + 1 carb
broccoli + ayam goreng 4 ketul + 1 1/2 kpg roti

Camni laa lebih kurang caranya..
Tak payah susah2 nak ambik kalkulator nak kira apa bagai..
Hanya masukkan sahaja dalam bekas tersebut..

Nak nampak menyelerakan..
Buh laa dalam 1 pinggan...

Umang-umang..
Banyaknya nak membasuh..
Bekas2 tu bape kali basuh sehari..
Pastu nak basuh pinggan pulak :))

Hmmm... tak kurus lagi tak tau laaaa


Ni contoh menu yang dirancang untuk seminggu..
Ini lebih menjimatkan masa dan lebih praktikal..
Seronoknya guna regim 21 Day Fix ni..
Semua benda boleh makan..
Janji muat masuk bekas tersebut..
Untuk memudahkan rancang menu..
Korang boleh join Pinterest...
Kat sanun.. melambak yang buat macam2 menu sedap..
.
.
.

No comments: