Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, June 30, 2014

Ramadhan 2014



Tadi banyak idea aku nak hapdet..
Hasya tengah mengamuk kat belakang aku ni..
Dia nak tgk Mr Bean Holiday..
Aku lak nak tgk Jodoh 2..
Terus hilang idea aku tau..

Puasa tahun ni..
Dimulakan dengan aku tak sihat..
Agaknya terlalu banyak makan durian..
Sabtu lepas.. aku tibai 3 biji sekali gus..
Sorang-sorang lak tu..

Sahur tu perit tekak..
Siang tu terus pening2..
Hidung start tersumbat..
Tanda-tanda nak demam la tu..

Khaleef pulak..
Mengejutkan juga tahun ni..
Selalunya hari pertama puasa..
Masuk pukul 2.00 ptg..
Dia start dah meratib..
Masuk kul 6.00 lagi dahsyat..
Dah cam kerasukkan  tau..

Tahun ni.. dia relax je..
Ada tenaga lagi nak main lompat2 sampai buka puasa..
Cumanya pagi tadi dia kena cirit birit..
Lansung tak sekolah hari ni..
Tapi.. puasa tetap juga..

Hahaha.. ada perjanjiannya..
Kata orang tak baik berganjaran apa bagai ni kat anak..
Tapi anak cam Khaleef ni..
Dia mmg perlukan penggalak..
Kalau tidak.. dia mmg berani je nak buka puasa..
Adik dia makan biskut..
Dia ambik masuk mulut dia..

Janjinya..
Puasa 30 hari penuh..
Sehari.. mami bagi RM10.00
Kalau cukup 30 hari.. maka dapat laa RM300..
Dapat laa dia beli Lego Ninjago impian dia tu..

Tapi..
Kalau ada yang tinggal..
Perjanjian akan bertukar..
Hari puasa x RM1.00.

Harap2 berjaya laa Kalep puasa penuh tahun ni..
Takpe laa mami kuar duit raya lebih sikit..
Tahun lepas dia tinggal 3-4 hari juga..

Hasya pulak..
Tugas dia baca doa makan :)


.
.
.

No comments: