Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, January 28, 2013

Adam & Hawa - Sinopsis Drama

Ada pulak potential customer minta akak review drama ni :)
Hehehe... feeling cam Korean Drama la pulak..

Takpe, untuk tidak menghampakan sesiapa..
Akak review dengan ikhlas..


Drama ni adalah dari adaptasi novel Adam & Hawa oleh Aisya Sofea..
Kisah awalnya pasal seorang awek baru pas abih SPM..
Kerja di sebuah tadika..
Adik owner tadika (iaitu hero = Aaron Aziz) berkenan kat Ain Hawani ni..

Malangnya..
Ain hanya suka kat Adam tu gitu-gitu je..

Sampai laa satu hari..
Disebabkan perangkap yang dibuat oleh Dee yg tergila-gilakan Adam..
Ain dan Adam ditangkap khalwat..
Pastu dipaksa kahwin oleh pakcik Ain..

Start dari sini laa.. Ain ni benci sesangatnya pada Adam..


Beberapa tahun berlalu..
Ain sambung belajar kat Ostolia..
Dia tinggalkan je Adam ni terkontang-kanting kat Malaysia.
Kat sana.. dia siap couple lagi dengan orang lain..
Dengan alasan.. Adam tak bertanggungjawab..
So, boleh laa gugur talak sbb tiada nafkah zahir dan batin..
Padahal.. dia tak tau..
Selama dia study oversea.. Adam ni yang bagi dia belanja..
Melalui keluarga Ain..


Lepas Ain habis belajar..
Dia kerja jadi pensyarah...
Masa ni Adam pun muncul laa balik..
Namun, Ain ni pulak dah nak bersama dengan Johan..

Sampai laaa Ain pi umrah..
Nak jadi kes jodoh punya pasal..
Depa jumpa kat Mekah..

Balik dari Mekah tu..
Macam-macam cara laa Adam guna nak pikat hati Ain..
Tapi, Ain ni keras kepala.. hati batu betui..
Dia selalu je wat tak layan kat Adam..
Pastu nak jumpa bertekak panjang..
Tapi bila Adam tak peduli ke dia..
Sedih pulak..


Selepas berapa lama mencuba..
Akhirnya Adam dan Ain baik semula..
Tapi hubungan depa dikacau pulak oleh Johan dan Dee..
2-2 depa tak puas hati sebab tak dapat Adam & Ain..

Tapi kalau dah jodoh tu tak ke mana laa kan..


Happily ever after :)
Dapat anak sorang yg kuar2 kepala dah cukur siap :)
Biasa laa dramakan..

Apa-apa pun..
Yang mahu "nak" drama ni..
As usual hokay :)
.
.
.

No comments: