Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, December 31, 2008

SeLamAT TaHun BaRU 2009 - MEMORIES

Lalu sambil sapu sawang... apa pun HAPPY NEW YEAR 2009 !!!! kat sini nak coretkan dulu jejak-jejak 2008 sebelum masuk ke part Azam Tahun Baru

2008 - Kenangan Terindah


  1. Paling best cubaan pertama aku dalam dunia bizz on9 membuahkan hasil yg sangat menggalakkan. seblm ni family aku mmg banyak involve dlm MLM, jualan produk tapi aku lansung tak minat. Sampai laa aku ikut MR ke satu tempat dan bermula dari situ laa wujudnya BROOCHBIZZ.
  2. Dapat beli kereta sebijik lagi wpun Kancil je. Yang penting sejak ada 2 kereta ni, laki aku tak payah nak perasan muda merempit dengan Honda NSR dia tu ke hulu ke hilir. Bila dia dah pakai kereta gak, baru nmpk cam family man sket.
  3. Aku tak dapat KPLI !! hehe Kenangan Terindah gak ni tau. Apsal indah ?!! exceli aku mmg tak minat lansung dengan cikgu-cikgi ni. Tapi mak aku nak gak sumer anak dia jadi cikgu. So atas paksaan dia aku g Mtest (lulus lak tu) dan interview. Kat interview awal-awal lagi interviewer dah tegur pasal Obesiti Melampau Tahap Gaban aku ni. Siap cakap "we didn't think that you can fit into KAYAK".. hua hua hua.. dapat bayang tak AKU DALAM KAYAK !!!. So aku direct sound kat interviewer tu "i don't mind if i didn't get it" hehehe mesti la speaking sbb aku apply for TESL.
  4. Laki aku naik pangkat jadi kanan and soon in January dia akan interview untuk jawatan Post Master.. harap2 hubbyku berjaya !!!!
  5. Kontrak N41 aku di RENEW untuk setahun lagi.. Yahuuuuuuuuuuu !! Apsal aku suka sangat keje PID ni?!! nnt suh MR komen apsal kami heaven sangat keje ngn gomen ni.

5 je Kenangan Terindah hidup aku 2008.. aisey, cam tak indah je hidup aku ni. Untuk pengetahuan semua, i lead a very very NORMAL life. Ada mak (banker aku), adik dua orang (kuli aku), a husband (simple and nice person), a son (NO COMMENT!!!!), parent in law & in laws yang sungguh sporting, bestfriends - u know who u are (sumer baik-baik belaka), officemate (sorang je pun) yang bisa bertolak-ansur dan dibawa berbincang. So, mmg hari-hari aku amat indah.

2008 - Kenangan TerHamsau

  1. Buat kali pertama dalam sejarah tamadun manusia, berat aku mencapai 134kg. Dengan ukur lilit pinggang 54 inci. Ukur lilit lain mmg tak gamak aku nak ukur. Mau kena beli tali tape 2-3 pastu sambung-sambung kasi panjang.
  2. Laki aku kena pindah ke Kerajaan Langit Mambang Diawan. So skang aku ngn dia PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) but the best things are.. kami jarang bergaduh dan sering merindu.. hik hik hik.. harus 18SX !!
  3. BATUK !! ni paling teruk. Boleh imagine tak aku batuk sepanjang tahun and dalam nov & dis ni the worst. Smpi aku rasa i'm addicted to Ubat Batuk. Sehari tak hirup cam rasa nak migrain !! dah cam House vs Vicodin.
  4. Cubaan pertama masak kari SUCK !!! ok meh aku reveal aku nyer resepi masak kari

    - Masukkan 1/2 liter air & santan dalam periuk dan letak atas api sehingga mendidih.
    - Masukkan 2 sudu serbuk kari dan kacau smpi rata
    - Pastu masukkan segala apa sumer bawang2
    - Pastu masukkan ikan dan tunggu ikan masak
    - Oh ya !!! kat kedai mamak tu karinya nmpk berminyakkan. So, tuang sikit minyak.
    - SIAP !!!

    Heheheh nak tau tak rasanya cam apa... CAM JAMU NONA ROGUY !!

    Mak aku gelak smpi berair mata. Adik-adik aku lak terguling-guling gelak. Laki aku yang selalunya gelak ala2 jantan melayu terakhir smpi leh kuar bahak-bahaknya. Smpi skang aku fobia kari dan takde dah cubaan kedua dan seterusnya. Harap mak mentua aku jelah masakkan kari.
  5. Ntah apsal kan.. tahun ni aku asyik kena tahan polis sbb tak pakai sit belt. Smpi skang ni kalau aku terserempak ngn kete peronda mesti polis angkat tangan tunjuk sign PEACE. Heheheh nmpk sangat WANTED !! tapi disebabkan Status Kehormat aku sebagai Cikgu Komputer Belajar Komputer Free yg sangat dihormati.. maka aku tak pernah kena saman.
    Apsal degil sangat takmo gak pakai sit belt.. sebabnya perut aku moncit cam peknen 7 bulan. So, pki belt tu mesti naik atas perut pstu seolah2 menjerut leher aku lak sbb belt tu nnt betul2 bawah dagu.

    Tapi sejak bergirdle & makan ubat diet ni... dah selesa laa pakai sit belt. Chaiyok !!!

HAPPY NEW YEAR 2009

&

SALAM AWAL MUHARAM

.

Sunday, December 21, 2008

Kakak Mithali

Oleh kerana keluarga in laws aku busy ngn preparation BIL aku nyer wedding, so 3-4 hari ni aku tak anto ler kalep g umah deme. Aku minta tolong adik bongsu aku tolong jaga. Disebabkan adik-beradik aku ni pun ala2 aku gak pantang lapor sikit... Sebagai KAKAK YANG BERMUTU TINGGI, kena laa aku masak serba ringkas untuk adik aku ni.

telur dadar lebam.. tp dalam ni ada banyak udang tau.. tu kena goreng hangus sket takut udang kat dalam tu tak masak.

peberet adik aku dan seluruh keluarga kami iaitu Sambal Ikan Sardin Cap Ayam

Asparagus goreng ni exceli aku nak masak kat laki aku. Tapi asyik tak berkesempatan je. Pagi ni baru dapat gorengnya.


Wedding lagik !!!!

Seperti biasa.. asal hujung minggu je banyak ler jemputan kahwin. Kali ni rumah babysitter Sara. Kahwin anak sulung. Kali ni pun tak pakai catering gak. Masak sendiri. Antara lauknya, ayam masak merah, acar timun, gulai dalca kentang, rendang daging + papedom. Air sirap.Ni tak makan abih pun pasal ayam masak merahnya sangat laa berminyak. Cek eee jaga badan ler tu.

Minah ngn mamat ni dah lama tak jumpa.. dah jumpa asyik nak berkepit je.

Tengah tengok pengantin bersanding


Ni ler pengantinnya..
.
.
.







Saturday, December 20, 2008

HyTeX WareHouse

Warehouse yang memang tepat pada masanya... Ngam2 baru dapat gaji & bonus. Lalu saya ngn MR pun bergegas laa ke Kepong. Tanpa diduga, kami menjadi orang pertama dan kedua yang sampai depan gate kilang ittiew.. harus kasi potong riben tau

Lebih sejam tunggu gate bukak smpi kematu bontot duduk atas benteng longkang. Maka sebaik sahaja pintu dibuka, ala2 pelari pecut 100 meter p rebut bakul pastu start laa mengirai kain baju.

HASIL-HASIL REMBATAN
suar kuning tu Rm1. Suar tido tu RM5 each, lain-lain suar tu RM15 each

T-shirt AA tu RM 8 each, yang bawah2 tu RM5-MR8


hat ni sumer sepasang RM10
pastu ada laa beli botol susu 4 biji dan itu sahaja. Agak berhemah gak kali ni wpun habih hampir RM130.00. Selalunya selagi tak cukup 20 helai baju tak benti lagi tu.


balik tu terus desup ke Tesco Selayang. Layan makan chicken chop with mushroom sauce + rice. nasi tak lupa tu.. wajibbulghunnah.

Ni member sepusat sepusing. ko shopping aku shopping... ko makan aku makan.. ko diet aku diet.. hehehehehe

.

.

Friday, December 19, 2008

Me & Khaleef - Mydin Subang

Asalnya nyaris dah Khaleef tak dapat ikut.. tapi nasib baik mummy berkeras jugak nak bawa wlupun dia baru je tido. Sbb masa Isnin lepas tak dapat bawak dia. So on Friday ni apa jadi pun nak bawak jugak anak bujang aku ni jalan-jalan.

Dalam kete dia blur je sbb masih mengantuk. Aku angkat dia dari dalam buai letak dalam kete. Tapi bila dah sampai nmpk menan sana sini..segar bugar balik.

Dapat naik Thomas

Merempit seeeeehhhhhh.....

Selalu kalau kuar mana-mana.. Khaleef tak dibenarkan bawak turun "KUKIN" dari kereta.. so, sbg jalan alternatif terpaksa laa dia hisap jari. Pastu melenjun laa satu baju dengan air liur dia.


Tunjuk kat mami hidung dia berlengas selsema


hensom sangat ler tu konon-konon.
Kat Medan Seleranya, aku makan Hot Plate Yee Mee.. tapi lupa snap gambor pasal masa tu tengah batuk tahap dewa punya teruk. Tapi dalam teruk-teruk tu pun, licin gak.
.
.
.

Thursday, December 18, 2008

AkiBat KhuSyuK TeNet

Budak Khaleef nikan.. kalau bukan anak aku, dah lama aku anta balik kat mak pak betul dia.. Tapi this noti boy ini adalah ANAK KANDUNG AKU.. huwaaaaaaaa

Keyboard ni beli kat Tesco beberapa mgu sudah, wpun cap ayam.. tp bley laa nak menghibur-hibur hati. Bukan setakat kena bedak, abih pecah. Camne dia pecahkan, aku pun tak tau. Tau-tau dah ternganga pecah camtu.

Dalam beg tangan aku pun penuh dengan bedak.. Grrrrrr... eee geramnya !!!!! tu baju dalam bakul tu, baju baru wan ngn aki dia beli kat Tesco Ipoh. Botol susu dia abih sumer kena bedak termasuk laaaa sofa buruk aku tu


Tak padan dengan berkukin... nakalny, Ya Rabbi !!!! AKu pi siasat lagi, rupanya abih sumer kete mainan kena bedak termasuk kuda remp-it dia.


Haruskah aku lempang ?!!!! uwaaaaaa nasib baik hari ni dia demam. Kalau tak mmg hazab dah aku rotan budak kecik ni !!!!!!!!!!!!! Dah laa perut aku lapor sbb tak makan malam.
.
.

Wednesday, December 17, 2008

KePuTuSan DrAsTik


cr to icookwithlove.blogspot.com

Selepas membaham 2 pinggan nasi lemak udang sarapan pagi tadi, maka malam ini SAYA TIDAK AKAN PULANG KE RUMAH MAMA LAGI !!!!!!

2 minggu aku kat sana, mmg tunggang langgang diet. Ada sekali tu.. ni rahsia tawwww, mak aku telah memasak sambal ikan sardin dipadankan dengan ikan pekasam goreng cili dengan bawang, aku telah memakan nasi sebanyak 1 periuk kecik.. lebih kurang 4 kali tambah nasi. power tak?!!!

Sampai mak aku kata "laa.. ko tak tinggal nasi sikit pun untuk mama bawak bekal g sekolah esok" bertuah tak aku jadi anak mak aku yang terer masak.

.
.
.

Monday, December 15, 2008

MeMunCak SeLerA MaKan

TERJEBAK lagi makan malam... alang-alang mak aku tiba2 nak belanja makan tak ujan tak ribut, berdesup laa pergi Restoran Kak Su kat Batang Kali. Terus order Nasi Goreng USA kegemaran aku.. Wpun tukang masaknya dah bertukar, tapi decorationnya masih sama.Yang paling syiok, rasa nasi tu wpun kaler putih.. tapi LAZAT.

Meriahkan nasi gorengnya.. siap ada hot dog lagi. Aku siap order ABC wpun batuk kong kong. Tp lupa nak snap gambor.

Ni la nama dia bila nafsu setan menguasai diri. Dah laa makan baekkkk punya makan Nasi Goreng USA, atas hasutan awin (adik aku) order lagi tu Sate 25 cucuk. Konon2 nak makan sebelum tido... Pastu nak menambah perisa VANILLA COKE yang dah hampir 2 bulan aku tak sentuh, malam tadi 1/2 botol besar tu beb aku haruk ngn ais.
.
.
.


Sunday, December 14, 2008

KenDurI KaHwiN LaGi dAn LaGi

Makan kenduri lagi.... kali ni makan lauk org Felda pulak. Spt di bawah ini.. ada ayam masak merah, kerabu, gulai nangka dengan kari daging. Hehehe, tapi aku makan secara berhemat tau... ratah lauk je banyak.. nasi cuit sket2 je.. selebihnya masuk mulut anak aku. Tapi dia tak suka sangat sbb ayam masak merahnya pedas.


Meriah.. dah lama tak makan kenduri pakai pinggan kaca. Ni bukan catering tau.. orang felda masak sndr. Kerabu sedap tul !!

Aksi gedik anak aku... hari ni pakai baju baru, bukan aku beli tau.


Tiba2, lepas ada sorang pakcik ni wat silat pengantin.. muncul sorang budak kenit ni wat silat pulut pulak...aku yg tengah makan ala2 berhemah gitu terperanjat tiba2 anak aku turun kerusi smpi jatuh kerusi terus p melompat depan pengantin... huwaaaa anak aku ni mmg attention seeker betui ler.

Ni ler pengantin.. aku tak kenal pun sapa. Anak kawan mak aku. Selamat Pengantin Baru.
.
.
.

TIMBANG DAY - 122kg

Tak tercapai hasrat 120kg by the end of last week.. Tp turun laa gakkan sket. From 123kg to 122kg. Jadi laaa.. pada tak turun lansung. Exceli this 1 kg is really my effort alone !!! because last week aku tak ambik lansung proimunise & bee pollen. Rasa cam dah boleh kontrol makan malam sndr, so i stop for a moment. Nnt nafsu makan membuak2 semula, baru ambik balik. Maklum laaa bende rege mahal.... kena laa jimat cermat sket.
.
.
.

Wednesday, December 10, 2008

SeLamAt HaRi RaYa - entry basi

Hari tu masa wat entry makanan during hari raya, terlupa lak nak insert my family picture.
So, tadaaaaaaaaaa...

father and son

Our BIG small happy family
.
.
.

Monday, December 8, 2008

Hari Raya Korban.. Tp I tak Korban Nafsu Makan tau

Wpun raya ni ada aku, laki aku, khaleef dan mak aku sahaja tanpa adik beradik yang lain... tp makanan tetap meriah jugak.

Dimulakan dengan malam sebelum raya mak aku mmg dah siap masak rendang & lemang (ni bakar kat umah Tok Su) siap ada extra bonus, kari kerisik udang. Mmg malatop la makan ngn rendang. Oooo... lupa satu lagi bonus, iaitu Kelamai.


Makan punya makan.. lupa nak snap gambor.. so import dari internet ler nmpk gayanya.. Mak aku masak rendang ayam kampung.. lama tak merasa ayam kampung ni.. sesekali pekena, nyaman jugak

Kari udang... sebab tak dapat cari udang galah, terpaksa laa berpuas hati dengan udang minyak.


Lemang... my peberet all the time. Kadang-kadang sanggup bersesak kat Pasar Malam Tg Malim ni sbb nak beli lemang.. So, bila raya-raya ni dah ada depan mata mmg makan tak hengat donia.

Ada lagi makanan....


Petang, mak aku masak lak paprik ayam, udang dan sotong + nasi tomato... hehehe smpi seblm melelapkan mata pun aku bantai lagi makan. Lazat....

Esoknya bangun pagi2... menggagau cari timbang. Alhamdullillah.. masih 123kg. Harap2 by next Saturday dah capai 120kg.

.

.

Saturday, December 6, 2008

PeRcuTiAn TidAk DiSangKa

Seperti yang telah ditulis pada n3 sblm ni, kami sekeluarga telah pergi ke Cameron Highland dalam masa 4 jam sahaja.. Naik kul 3.30 ptg, turun kul 7.30 malam pas layan Pasar Malam Brinchang. Dah ler pi kenduri pakai baju kurung.. kat atas lak ala2 lembang sembam gitu, asyik hujan je. Mmg sejuk cam duk dalam paras beku.


Masa ni belum pun sampai Brinchang lagi, Ahmad Doyib dah menjerit2 nak belon strawberi tu.. Bukan aku kedekut takmo beli.. Tp setahun yang lalu aku dah beli 2 biji untuk dia. Maybe dia igt belon2 yg bergantungan tu dia punya kot. Apa pun, dia berjaya mengepow benda yg susah payah papa dia nak tiup tu.. dapat je menan "JOM ALIK!!!!"


Kembang kuncup mulut papa nak tiup mende tuh..


Ahmad terpaksa pakai tudung makcik Peah sbb dia tak bawak cap & kami tak bawak payung. Nasib ada bawa 2 tuala good morning utk lap air liur meleleh dia tu. Hat kat kepala dia tu belum guna lagi taw...

Sakan happy, maklum ler jarang-jarang dapat jalan-jalan.

Kat pasar malam, Khaleef ngn Papa dah tak tahan sejuk. Terpaksa ler kuar belanja beli sweater. Papa punya murah je... RM10. Khaleef punya, rege letak RM45, tawar2 dapat ler RM30.00. Padahal kalau kat Pasar Pagi Sin Chun, Kalumpang leh dapat rege RM15.00 je taw. Cekik darah tul.. tapi pada biarkan anak aku terketar-ketar kesejukkan, takpe.. i rela kuar RM30.00
.
Aku lak?!!! mampus kejung laa situ, mana nak dapat saiz XXXL kat sana. Perkembangan diet aku.. selalunya kalau long journey camni, mst benti dulu kat mana2 petrol pump nak beli stock makanan. MMg dari mula journey smpi ler ke destinasi mengunyah je. Semlm takde taw, smpikan nak minum air terpaksa membotol air ribena Khaleef.
.
Sampai balik Tg Malim, dah hampir kul 10.00 malam. Ingatkan nak makan kat kedai, masa on d way turun tu.. tiba2 aku rasa peha aku sejuk je.. HAMPEESSSSSSS punya budak Khaleef, dia kencing tembus diapers wpun aku baru je tukar seblm turun. Maybe sbb sejuk kot. Sebelum masuk tol Tapah, benti dulu kat tol tu.. mandikan Khaleef dan aku tanggal kain baju kurung.. tinggal baju je kain takde. Pastu aku siram air mineral pada baju, takut kena lembab kencing tu pada kusyen kete.
.
Sian aku kan.. tak dapat laa makan kat kedai. Balik umah mak aku masak laa seala-kadar untuk kami makan. Tapi aku dah tak berselera sbb badan penat sangat. Oleh kerana Sabtu adalah TIMBANG DAY, sblm tido aku timbang ler jugak!!! tapi lupa nak snap gambor.
.
Berat terkini turun 1kg iaitu 122.5kg. Tapi seKG ni aku tak layan sangat. Maybe sbb tak makan banyak, just makan kat kenduri itu yg turun kejap seKG. Kang esok sarapan, lunch hape sume.. naik ler balik jadi 123kg. Jadi laa kan, banyak gak aku turun dalam jangkamasa 3-4 minggu ini.
.
.
.

G Kenduri Kat Kampar

Boss laki aku wat kenduri kahwin kat Mambang Di Awan, wpun hubby aku ni baru je balik dari Kampar semlmnya, hari ni pergi laa lagi Kampar. Tak sedap lak boss wat kenduri tak pi. Lagipun his boss dah bagi dia big favor dengan sanggup menukar waktu kursus dgn laki aku ni. Patutnya hubby aku akan berkursus sama tarikh dengan BIL aku wat kenduri kahwin.
.


Ini lah dia pinggan nasi aku semalam.. PADAT DAN SARAT.. Tapi tak makan sorang taw... nasinya kebanyakkannya anak aku Ahmad Ayeeeep yang makan. Dia mmg cukup feveret kalau lauk2 kenduri ni. Maybe sbb masa peknen dia, aku suka sangat pi makan umah kenduri. Sampaikan sehari sebelum bersalin pun, sempat lagi p makan kenduri. Tapi pas bersalin ni, tengok cuaca.. kalau panas terik mmg tak pi laa wlu kenduri sapa pun.
.
Balik kenduri tu baru kul 2, cam rasa bosan je nak pi balik tg malim.. Rasa cam kejap sangat. So, timbul idea giler... JOM BANG, KITA G CAMERON HIGHLAND. Mak aku pun sama teruja sampai sanggup top up duit minyak.. ala, bape sangat laa duit minyak skang ni. Pi Cameron tu naik turun, rasanya RM20.00 tak abih.
.
Citer cameron sambung next entry....
.
.
.

Friday, December 5, 2008

Ikan Bakar + SiPut Sedut

Lama tak pernah lunch nasi kat opis.. so, hari ni rasa teringin sangat nak makan Ikan Bakar Kedai Kak Yang... bertungkus lumus laaa aku menghalu sisa-sia user dalam PID. Maklum laa opis aku ni belakang masjid.. lambat sket kuar time2 org nak smyg jemahat ni, alamatnya mmg tak dapat kuar lnsg ler kete kena block.

Ikan pari ni.. sambal dia mmg perrrgghhhhh.. tak payah cicah air asam pun dah sedap. Aku mmg suka bahagian sayap-sayap tepi ni sebab banyak kulit... tak henget tu kulit muka alergic ngn ikan pari.. sebagai pembalasannya, 2 hari ni jerawat yg pedih sakit cam terkelayak kulit itu telah bertakhta di wajahku.. takpe, boleh guna Pil Proimunise untuk surutkan bengkak jerawat dan seterusnya menghilangkan jerawat itu.

.

Caranya.. buka kapsul proimunise itu dah campurkan serbuk pil tu dengan bedak sejuk.. buh air mineral sket, wat cam pupur kat muka. Lepas tu bilas ngn air mineral. Ulang ler 2-3 malam sampai jerawat surut.


Hat ni, rasa cam dah bertahun-tahun tak pernah makan. Tapi, semlm rasa menarik hati lak nak makan. Kedai Kak Yang ni kalau buat kuah masak lemak mmg no.1... cukup rasa kunyit, daun kunyit.. paling best ada rasa serai. Cam rasa kuah masak lemak ketam.. wpun masak lemak siput.

Oleh kerana siangnya dah merasa keenakkan nasi bersama lauk-pauk yang lazat-lazat, malam tak dapek laa nak makan nasi.. maklum laa esokkan TIMBANG DAY. Wish me luck !!!
.
.
.



Thursday, December 4, 2008

MaLaM ni Ada KeNDuRI

Hehehe... tgk tajuk je dah tau makan sedap.. so nnt kan ku update gambor-gambornya esok kay...

Wednesday, December 3, 2008

I Love Putrajaya




Seharian melayan REWARD kat Putrajaya.... Gambor atas ittew adalah actual food yang aku dah MR layan kat meeting tahunan PID kat KTAK. Walaupun makanannya ala2 taraf hampas kelapa gitu... dengan meja berkurap sana-sini, tapi kami masih makan dengan gumbiranya.


Atas sebab MR layan reward, aku pun tumpang sekaki laaa... balik tu siap singgah Tesco Ampang lagi. Jalan dalam Tesco tu ala kadar, pastu tiba2 MR bagi cadangan bernas "Jom kita makan nak?!!!" Tentu laa NAKKKKKKKK



Nilah pilihan hati kami sumer.. Rasanya semenjak aku ala2 diet ni, WITHOUT FAILED !!! once a week mesti layan KFC.


MR ngn kawan kami Ms Ezey tengah khusyuk mentelaah KFC... hua hua hua...

Sampai je rumah, berkelibut aku cari timbang.. Mana laa nak tau kot-kot cecah balik 130kg. Mahu mak aku hempuk ngn timbang cap Camry ni.

Tepuk.. Tepuk... Tepuk... (tepuk peha ala2 citer Little Einstein).. bukan naik ye kawan-kawan. Tapi turun lagi 500g. Sebab aku timbang sabtu hari tu, nilainya ialah 124kg. Ni setelah aku turun naik lebih dari 6 kali, keputusannya masih sama iaitu 123.5kg. Lalu, berterima kasih laa kepada Bee Pollen dan Proimunise yang telah menghalang segala apa yang aku kedarah menjadi KILOGRAM !!!! I like....
.
.
.

M.Nasir In The Making



Sebab aku takde blog khas untuk anak aku ni.. so, dia terpaksa laa tumpang kat blog ala-ala "mak ko nak slim" ni...

Anak aku ni, kalau tgk jurusan hidup dia skang ni lebih kepada ahli muzik ataupun mat rempit.. pada jadi "MAT TEMPIT" aku lebih rela dia jadi ahli muzik, ahli orkestra ke... Bangun tido je terus cari gitar kapok dia tu.. sebelum ni dia ada gitar lain, tapi besor sangat tak padan org. So, baru2 ni anak aku yg cerdik ini telah menge"pow" nenek dia gitar baru ni. I like... masuk gitar yang ni, dia dh ada 5 biji gitar. 2 dah sadakallahhullazim... 1 aku sorok sbb aku beli mahal, 1 yg murahan beli kat kedai RM 2 RIA, pastu nilah yang terbaru.


Pada sapa-sapa yang belum kenal anak aku.. Inilah dia. Nama Muhammad Khaleef Aisy bin Izman Haidil. Tu yang tengah berkepam bawah bantal itu la laki aku. Anak aku ni lahir pada hari yang sama Tok Ti and Tok K nikah. Asalnya aku takmo pergi keje sbb nak tgk live telecast majlis nikah depa ni. Tak sempat tengok, dah pecah air ketuban. Nasib cuti... kalau pecah kat PID, apa kes?!!!!

Masa mula pregnant, berat aku dalam 90kg gitu.. sampai laa saat nak melahirkan, baru 103kg. Naik sikit jelah sepanjang pregnant ni.. Dah nurse kat klinik tu asyik hangen je ngn aku tiap kali datang check up naik berat, smpi aku takut nak makan banyak2. Ambik susu je banyak.

Aku bersalin kat Bakti Aminin Medical Center kat Tg Malim ni.. Lepas2 bersalin, terus turun 80kg. Huyyyyooooooo... kalau lah aku berfikiran tekad masa tu, tentu aku tak mengalami masalah obesiti melampau tahap gaban naga sakti ni.

Lepas bersalin, ala2 malas laa konon nak makan pil perancang keluarga. So, aku tekad nak ambik progestin injection. Setahun gak ler aku layan injection ni. Time ni ler berat aku bertambah kg demi kg demi kg, smpi laaa 4 mgu sudah aku tak leh guna dah conventional scale tu sbb nombornya sampai 130kg sahaja. Tapi jarum ittew masih mau pergi jauh.
.

Tapi.. tapi.. tapi, aku takde laa memaksa sangat diri aku ni. Rasa perut tak berapa lapar, aku tak makan. Kalau lapar aku makan. Nama nak ikat perut semata-mata nak kurangkan berat.. takde pasal !!! Tapi tu ler, aku terus mengamalkan makan bee pollen dan proimunise itu.

.

.

.