Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, January 31, 2009

Kesian Tak ?



Kesiankan tengok muka sedih budak ni nangis. Sebab dia ni sebenarnya jarang menangis. Betul-betul "kena" baru dia menangis.

Ok, ni nak citer apa yang jadi petang tadi.

Setelah merehatkan diri selama 3 minggu tak lipat kain, inilah hasilnya. 3 bakul saiz XXXL + 1 bakul XXL + 1 bakul L + 1 bakul M. Yezzzaaaaaa 6 bakul padat ye tuan-tuan dan puan-puan. Sampaikan nak cari baju tidur anak aku pun jenuh berkirai nak cari. So, bila kes camtu dah muncul, maknanya aku kena melipat kain laaa... Uwaaaaaaa.... hate it !!!!!

Masa ni dah hampir nak siap.. tinggal saki-baki baju-bajan aku yang perlu dihanger sahaja. Tiba-tiba budak Ahmad ni dapat idea kurang bernas. Iaitu main lompat-lompat antara baju-baju yang aku dah susah payah lipat bermula dari jam 4.00 petang. Suasana di atas adalah selepas hampir jam 6.00 petang di mana Papa Khaleef dah anta SMS kata dia on d way. Maknanya aku harus sepantas kilat. Yelah, takkan laa laki ngko balik, umah pun ala-ala nak terbalik.

Bila dia lompat2 tu.. mula laa aku hangin sikit. Aku cakap kat dia "Ayeeeppp.. kain ni tumbang nnt ayeep kena ngn mami". Dia gelak2 je.. Sekali tumbang betul.. aku tengah lipat tuala kecik dia terus libas slow je kat kaki. Sekali tu dia melawan. Dia ambik track lumba Hotwheels seperti gambar di bawah dan terus baling kat aku. Tepat kena tulang kering kaki aku. Eh, aku ada tulang kering ke ?!! ada taw... wpun tak berapa nak kering sangat sebab diselaputi daging dan lemak tebal. Sakit gilerrrr !!

Ni ler menatang yang kena kat tulang kering kaki kiri aku ittew

HASILNYA....
Ni gambar sejurus setelah men"dapat" dari aku. Dia ni kalau nangis mmg kesian dengar.. Kuar laa ayat-ayat cinta dia. "MAMI SUYIIII... AYEEP NAK POLOK" Maknanya.. mami sorry, khaleef nak peluk. Selagi tak peluk & cium, selagi tu laa mengongoi nangis. Tapi selalunya aku biar je dalam 5-10 minit. Bagi dia rasa serik dulu pastu baru peluk.


Dah siap aku kemas sumer.. mandikan dia, papa pun sampai & ajak dinner kat luar, on d way tak sempat sampai umah dah tido pun... ni bukan kebiasaan tau. Biasanya dia akan tido selepas kul 1.00 pagi pas citer Barney kat PDC. Bila tengok muka dia tido ni, alahai kesiannya anak aku ni. Tapi bila time dia membuassssss... eeeeeee geram !!!!


2 comments:

embunpagi said...

alalala...ciannya yayep.sama la dgn hannan.mcm tarzan dah aku ni tpekik tlolong marahkan dia.

Ayu Miskim said...

ciaannn yayep..
sama ngan aku..masa 'memberi' hadiah tu sedappp je..tp bila tgk anak tido..baru la sayuuu hati n kesian..