Nuffnang Ads
Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)
Tuesday, March 31, 2009
PeLuAnG
PELUANG ?!!! Pohon Peluang ?!! Pi mampus.....
di"elaborate" kan what the story morning glory....
Boss aku tanya mana laki aku? Aku cakap dia dah pindah Kampar ler meninggalkan diriku keseorangan di Tg Malim ini.
Sekali dia berkata "Tulis surat rayuan Zel, meh aku by hand ke org besar Pos Malaysia kat Kementerian. Konpem laki ko dapat pindah balik Tg Malim"
Peluang.. peluang.. peluang...
tapi... tapi... tapi....
Inche abg kesayangan aku tu setuju ke guna kabel2 ni. Maklum laa dia ni ada gen jejaka lindungan kaabah sket. Aku just jawab nnt aku tanya inche Izman.
Malam ni aku dah tanya.. mula2 dia excited.. aku lagi laa excited. Rasa cam nak on laptop time tgh sembang tu jugak. Nak taip surat rayuan ASAP. Tapi lepas tu cam dah tak excited laa pulak.
1- Claim pindah bernilai lebih kurang 2.5K telah diproses dan duit akan masuk pada bila2 masa sahaja. Kalau kena pindah balik, tentu saja duit claim tersebut terpaksa dibatalkan dan kena buat semula, pastu bila tahun pulak akan dapat.
2- Laki aku kalau duduk umah mmg tak studi. Keje dia tgk DRT Chanel.. dah bosan layan youtube lak.
3- Laki aku cakap dia tak sanggup pasal dia nak pindah masuk... ada orang yang tak bersalah kena pindah keluar.. huhuhuhu.. dah kata dah.. laki aku ni mmg stok lindungan kaabah punyer.
4- Laki aku tak mahu dipandang slek oleh pegawai-pegawai Pos Negeri sbb menggunakan talian hayat baekkk punyer.. untuk menidakkan keputusan yg dah mike2 tu buat. Padahal apa salah laki aku tiba2 kena tukar jauh giler. Org yg buat salah.. sedap2 dapat duduk kat Tg Malim. Dia yg sungguh berdedikasi kena pulak pindah jauh-jauh. Aku tak puji laki aku hokay.. tapi sapa2 yg kenal dia.. tau laa betapa setia & bersungguh2 nyer dia bekerja.
5- Diet aku mmg akan hancus terjun ke lautan hijau. Sebab sudah pasti aku akan kembali ke tabiat lama makan nasi waktu malam. Sebab nyer, aku pantang kalau aku memasak... aku tak makan. Laki aku lak pantang kalau malam tak makan nasi.
RESULT
"Takpe laa.. biar ler papa keje sini dulu dalam 1-2 tahun lagi. Nnt sebelum Khaleef masuk sekolah papa mintak laa tukar balik ke sana"
Uwaaaaaaaa...... mokcik sedih dan hampa !!!!!
.
.
.
Monday, March 30, 2009
Konsert 3 AF 7 - Tak tgk live pun...
Disebabkan lawatan yang telah memporak-perandakan hidup aku mgu lepas telah ditunda, maka di pagi Isnin yang mulia ini.. aku ada banyak masa lapang. Apa pun entry ni akan muncul pada Selasa sbb hari ni aku dah ada wat entry.
KOMENTAR
1- Yazid - Pawana
Genre lagu yang sesuai ngn Yazid ni.. Tapi sejujur nyer aku masih dipengaruhi persembahan hampess dia mgu lepas. Aku tidak adil ?!!! eh, suka aku laa kan.. blog aku. ;) Tapi cam ada yang tak match antara dia, melodi, lirik dan lagu tersebut. Ke sebab aku tgk kat youtube je tu jadi tak bape nak best. Apa pun, improvement dari mgu yang sebelum nyer dia mana aku bagi kat dia mangkuk tandas belum pam.. mgu ni tak tau laa sapa yang mendapat pulak.
2- Aril - Andainya Aku Pergi Dulu
(***/*****)
.
(**/*****)
(*/*****)
gambar untuk hiasan.. tp ada kena-mengena dengan seseorang...
10- Obri - Abang Beca
Sorang lagi Ikan Mata Besar. Terbeliak cam meneran berak keras !! Sapa tak pernah tgk ikan ni.. pi pasar terdekat cari. Rupa dia sama je cam ikan selar, ikan kembung, ikan mabung.. tang mata je lain sket. Kalu jumpa yang mata terbeliak cam Obri ni.. hat tu laa dia. Energy bagus tapi nyanyi HANTAM SAJA laaa.. janji abih nyanyi. Dia ni kuar gakkan.. So, u ols tak salah wat pilihan. Tepat sekali.
(*/*****)
11- Aisyah - Mata
Budak ni mengingatkan aku Eliza AF3. Petite camni gakkan. Apa 4 bohjan tu wat menyemak atas pentas tu. Suara yang amat tidak konsisten. Kejap jelas.. kejap tenggelam masuk laut.
(*/*****)
12- Isma - Rambu Ramba
Bak kata Edry Hashim, suara dia ni mmg ada iras Siti here and there. Tapi berbanding peserta-peserta muda lain yang perasan bagus sangat, Isma ni paling konsisten. Walaupun takde x-factor.. tapi kalau aku dengar lagu dia kat radio, aku tak tukar cenel lain. Kira nyer boleh layan laaaa.. Pe mender si Adlin merepek meraban merambu nih ?!!!!
(****/*****)
13- Hafiz - Mat Disko
Kali ni rambut dia mmg matching dengan penceritaan lagu. Tapi dia ni boleh ke nak jadi ikon AF7.. sama-sama laa kita tunggu dan nantikan. Asyik bagus je everyweek aku naik bosan laa pulak. Kena lak sumer nak puji dia melambung-lambung.
(***/*****)
Ringkas-ringkas je komentar kali ni. Mood kureng sbb aku tak dapat tgk live. Tgk kat youtube.. nak tunggu loading lagi.. eeeeee tak koser lah.
.
.
.
Sunday, March 29, 2009
BaRu Balik DaRi KamPunG - entry panjang.. sapa tak baca smpi abih rugi taw !!!
Perancangan asal 28hb tu nak balik cepat ler.. igtkan laki ku ittew leh balik cepat. Sekali tuh, boss dia lak EL.. so tak dapat la nak balik awal. Takpe la.. rancang tepat je kul 5 terus nak start enjin balik kg. Tiba2, kul 4.00 ptg hujan lebat berserta ribut petir di semua kawasan Mambang Diawan. Tiba2 takde letrik pulak.. so, camne laki aku nak balance duit kaunter.. huhuhuhu...
Kitaorg bertolak dalam kul 7.30 malam. Dalam hujan lebat tu.. smpi kat K.Kangsar dah cam nampak tak nampak je jalan.. so benti laa kat R&R.. si Khaleef lak wat hal.. dia main air kat kolam ikan pas eskelator smpi lencun baju. Sikit je lagi dia nak turun masuk kolam tu berenang sama ikan.
Smpi kampung kul 10.30 malam. Jenuh lak bagi salam panggil atuk ngn wan sbb depa ni dah tua.. sound pun dah tak berapa elok..
Balik sini 29hb.. awal2 kuar tu kul 5.00 ptg cam panas giler laa.. ala2 kata hari ni tak ujan. Masuk je hiway Kamunting terus hujan lebat. Benti ler rehat kat R&R Tapah. Kat sini ada citer hamsap berlaku..
Lepas makan ketupat palas ngn rendang.. masuk laa kete. Aku duduk je tiba2 bunyi GREEEKKKKk GRREEEKKKK KRIIIIEKKKK pny laa kuat. Cam bunyi cengkerik ada.. bunyi katak pun ada...
Tau jelah aku ni mmg fobia maha giler kat katak. Terus aku PANICKING !!! panik giler siot. Aku suh laki aku cari kat mana.. dia kata tak nmpk.. Aku dok terbayang katak pisang tengah melekat kat betis aku.. tu pasal aku tak perasan.. sbb dia lembik2 sejuk gitu.
Huwaaaa... gelabah giler.. tapi aku tau menatang tu ada kat seluar aku. Aku dah smpi terfikir nak bukak seluar kat situ je.. pastu laki aku suh p toilet tukar seluar. So, dlm hujan lebat tu aku pun jalan ler ke toilet.. Tengah2 jalan.. tiba2 GRRROIIIIKKKKK lagi kuat... aku terkujat smpi tertanggal sandal.. takut giler punya pasal aku terus je jalan p toilet ngn selipar sebelah...
Org sumer dah pandang hamsap je kat aku.. dah cam orang giler dok tertendang-tendang kaki sebelah kanan yg takde berkasut tu.. ngn harapan binatang tu jatuh. Masuk toilet sekali lagi benda tu berbunyi kuat. Uwaaaaa.. tak kira orang dah.. Masuk toilet aku terus bukak suar smbil pejam mata... harap2 bila aku bukak mata binatang tu dah takde...
lepas tu aku siram suar tu ngn air paip.. time tu terfikir nak tinggalkan je suar tu dalam tong sampah.. tp, suar tu aku baru pakai sekali. So, aku pun lompat2 atas suar tu dengan harapan apa2 binatang dalam tu akan menemukan ajal nyer ngn lompatan aku ittew.
Selepas dah selamat sumer.. aku pun g laa balik kat kereta..
Nasib baik sandal aku yang tercicir sebelah itu masih ada... aku pun sarung balik ngn muker selamber kodok je.
Masuk kete.. laki aku cakap.. "ABANG DAH NAMPAK TADI BELALANG RIANG2 TU MELEKAT KAT BAJU AYANG?!!!!!"
"APA ?!!!! BELALANG ?!!!!!!!!"
Smpi ke Tg Malim laki aku kena leter ngn aku sbb tak berterus-terang dari awal.. membiarkan aku panik smpi dah cam pompuan giler tengah2 ujan kat R&R tu...
Sampai nyer hati laki aku.... korang yang tengah baca sambil tersengih2 tu pun sama.. sampai hati taw !!!! (meraung sambil makan jeruk jambu beli kat R&R)
.
.
.
Tuesday, March 24, 2009
BiRtHDay MamA Ke-55
Wpun mak aku ni kecik je orang nyer, tapi sebelum dia jadi guru besar.. ada di beberapa sekolah dia adalah guru disiplin. Paling respek masa dia jadi guru disiplin kat SMK ********* (nama sekolah terpaksa dirahsiakan. Sekolah ni menjadi amat dahsyat kerana komposisi kaum yg amat tidak seimbang.
Pernah satu kali aku p sekolah mak aku nak jumpa dia ambik kunci umah. Masa aku masuk bilik guru.. mak aku takde pun dalam tu. Aku igt nak duduk tunggu kat meja dia. Sekali aku tgk bawah meja ada 5 orang murid lelaki tengah duduk berhimpit2 cam sardin cap ayam dalam tin. Pastu kat pipi masing2 sumer merah cam kena ketip ketam. Rupa nyer depa ni bergaduh dalam kelas.. mak aku cubit pipi & denda duduk bawah meja cikgu. Garang seyotttt !!
Aku pernah jadi cikgu ganti kat sekolah ni... sebrutal2 aku ni, hanya tahan 8 hari je kat sekolah ni. Mmg murid2 nyer brand Hantu Hutan Simpan Banjaran Titiwangsa. Skang adik aku yang bongsu telah meneruskan kesinambungan mak aku dengan menjadi cikgu BI di sekolah tersebut. Hehehe.. nasib ko la kan.
Cucu-cucu kesayangan mak aku. Kadang2 aku rasa kecik hati pulak sbb 2 budak ini hampir mendapatkan setiap apa yang depa nak. Sara, baru nak masuk 4 tahun... dah ada handphone LG Flip sejak umur dia 3 tahun. Anak aku.. menjelang harijadi 3 tahun ni dapat pulak ler kot handphone.. Huwaaaaa !!! aku dengki !!! Setiap kali birthday depa ni, pasti mak aku akan berabih ratusan ringgit untuk beli hadiah.
Anak kesayangan mak aku... hehehehe, kalau tak percaya... anta laa emel kat dia tanya !!! Eeeee berselemus muka aku ngn minyak2 kulit. Time sambut besday mak aku ni.. jangan tak percaya bahawa aku adalah stret dtg dari pejabat. Ye tuan-tuan dan puan-puan, saya telah balik lambat iaitu hampir jam 6.00 petang.. jarang berlaku bukan... sapa2 nak sedekah pisang kat mesjid sbb i balik lambat.. sila laaa...
Ni adik aku no.2 ngn laki dia. Laki dia tu exceli adalah lebih tua dari aku.. tapi kenapa ia adalah nampak lebih muda dari aku.. huhuhuhu.... adik aku ni tengah peknen anak dia yang kedua. Dia ni keje as Guru Simpanan Persekutuan kat SK Bunga Raya. Cam askar wataniah lak kan. Laki dia lak adalah penternak ikan keli serta menguruskan ladang serai.
Adik aku no.3... still solo and available.. tapi aku tak leh letak pic dia kat sini. Kang dia hangin ngn aku 11 hari 10 malam. Dia adalah sangat low profile dan hidup di dalam dunia Korean nyer yang tersendiri.
Gambar-gambar ni diambil masa celebrate besday mak aku kat Restoran Teratak Abe Tg Malim. Laki aku op kos ler takde.. sedih taw.
.
.
.
Adalah Sangat Sibuk Hokay
Lagi tambah memeluatkan.. patut nyer 30hb ni aku masih bercuti bulan madu di kerajaan langit mambang diawan, tapi terpaksa cancel cuti. Benci-benci-benci !!!
.
.
.
Sunday, March 22, 2009
AF7 - Konsert 2
Thursday, March 19, 2009
KeKanDa Ku Akan Pulang.....
Balik umah, baru dok imagine.. kalau laa orang yang sebelah tingkap tu adalah seorang lelaki berbadan besar.. berbulu banyak.. perut pun ala2 perut aku jugak.. pastu dok sengih gatal bila tengok aku kena duduk sebelah dia..
Pastu dah laa aku nak kena riba pulak si budak Ahmad. Itu pun kalau laa dia nak beriba. Tentu sumer orang dalam coach tu mengalami nitemare malam ni dengan kehadiran budak Ahmad secoach dengan depa.
Tiba2 sebab banyak sangat berfikir, kepala aku jadi pening !!!!
Lalu aku pun telefon inche abang dan ala2 mengada2 cakap nak p sana drive
Lalu inche abang dengan rasa penuh tawaduk' telah berkata
"ABANG BALIK MALAM INI.. ESOK KITA BALIK MAMBANG SAMA-SAMA"
Yabedabeduuuuuuuuuuuuuu !!!!!
.
.
.
Wednesday, March 18, 2009
SaNgaT GeLisAh
.
.
Tiba-tiba adalah sangat rindu kepada Inche Izman. Oleh itu aku mengambil keputusan untul EL esok hari dan half day ini hari (tp belum dapat keputusan lagi.. huhuhuhu...) dan balik ke Mambang Diawan. Khaleef mesti suker.. dia pun dah rindu sangat2 kat Papa dia. Dok ulang2 tgk kat MP5 video dia ngn Papa kat Cameron Highland.
So, segala perancangan pada hari ini dan esok adalah terbatal dengan sendiri nyer. Aku tidak akan pergi ke KL.. juga tidak akan ambik stok BROOCHBIZZ... juga tidak akan pi tido umah mak aku.
Harap maaf ye kepada sumer yang berkenaan.. Mana yang aku dah berjanji.. janji nak jumpa.. janji nak update stok.. janji nak emel... janji nak SMS.... i will not entertain any of that until Sunday !!!
.
.
Tuesday, March 17, 2009
SaPer PunYa KeJe ?!!!!!
Suspek :
1- Muhammad Khaleef - Dia ni mungkin tidak.. sbb game ni install kat PC bukan laptop. Agak kurang relevan kalau nak tuduh dia pasal budak ahmad ni tak pandai nak on PC tapi sangat pandai on laptop.
2- Zalia Hezzuin - Ni adik aku yang selalu datang untuk bertenet dengan aman dan FOC. Alibi dia.. adik aku ni peduli pasal hal2 Korea dia je.. sanggup tgk youtube korean drama ala2 satu episod tu 5 youtube nak kena load. Kalau game ni berbahasa Korea, mmg aku tuduh dia.
3- Hajah Norlia - Ni lansung aku tak suspek wpun mak aku ni kerap datang umah. Sebab nyer, beliau hanya pandai ON dan SHUT DOWN PC sahaja. Kalau ada surat urgent and kerani dia sumer sibuk, sanggup angkut mesin taip lama yang seberat 5kg.. dok ketuk ketak ketuk ketak tanpa berani menggunakan komputer.
4- Izman Haidil - Ni suspek paling utama... sbb weekend lepas aku dok kuar ngn mak aku ke sana ke mari & dia tinggal umah sorang2. Masa aku balik pun dia tengah dok ngadap PC ni.. lepas tu time bukak pintu, tersengih-sengih...
SO !!! SAPA YANG MENGAKU DULU... AKU BAGI BAGI SPECIAL GIFT.... SPEEEEAAAACIAAALLLLLLL SANGAT-SANGAT !!!!!!
.
.
.
Monday, March 16, 2009
Bosan Tak Ngan Mami ?
Sebelum inche abang ni cakap.. baik aku tanya. Bukan apa, tadi ada la sesi Cik Sri Siantan ngn member2 x-makyung forum cari. Timbul laa citer bosan tak bosan ni..
Balik keje, sambil hadap mee goreng basah + ayam goreng + teh o ais limau... kepala aku ni asyik berfikir je.. Laki aku ni bosan tak ngn aku yang ada banyak kelemahan diri ni. Yelah, klu ikutkan gaya laki aku ni.. anytime je dia buleh cari lain.
Apa pun aku abihkan makan dulu, pastu baru call dia. Mula2 wat-wat laa tanya pasal fotostat IC yang dia suh aku pos tadi. Pas tu citer psl kehidupan hari ni serba dikit, pastu baru masuk soalan maut tersebut.
M - Mummy
P - Papa
Sejak ada Khaleef, kami jarang guna ganti nama Bie & Ayang sbb si Khaleef ni suka meniru. Aku panggil abang.. dia pun berabang gak ngn papa dia. Kalau panggil Bie.. dia pun A B C jugak laa ngn papa nyer.
OK, back to the main topic
M - Papa, rasa bosan tak ?
P - Bosan apa ?
M- Yelah, rasa bosan tak ngn Mami ?
P - Bosan ? Tkde (yeeeee.... tepukan kawan2... laki aku jawab tanpa berfikir. Tanpa ada uhhh ahh.. pause pun takde... ai likeeeee)
M- Kot laa papa bosan ngn mami ni.. dah laa pemalas.. tak pandai masak.. kasar.. kuat mencarut...
P - Takde laa... nak bosan camne, jumpa pun jarang-jarang.
Gembira.. gembira.... Pastu baru laki aku tanya apsal tanya soalan camtu. Aku pun malas laa nak citer panjang sbb dia ni ikutkan tak suka aku dok menge"chat" pasal perihal rumah tangga ngn kawan2 kat YM. Dia pernah tegur sekali dulu "Berdosa citer pasal suami & rumah tangga kat orang lain" Heheheh.. lindungan kaabah betul laaa Bie ni...
Papa nnt hujung mgu ni mesti baca entry ni kan.. Mami ucapkan terima kasih laaa sangat2 kat papa sebab dah hampir 4 tahun kahwin ni, kita masih cam dulu lagi. Bukan dulu sama cam time bercinta taw.. time tu 10 markah... jalan nak pegang tangan je... pastu mesti nak kemana sama2.
Ni, dulu semenjak kita kahwin... iaitu seperti, pergi shopping ala2 cam shopping complex nak tutup.. nak pantas je... dulu, kalau boleh datang seblm jaga bukak pintu & balik bila jaga dah halau keluar... tak romantik pun takpe laaa... janji CINTAMU MEKAR DI HATI (our theme song)
Ku harap kau mekarlah selama-lamanya
Kau umpama bintang menyinari hidupku
Ku harap kau terus bersinar
.
.
Saturday, March 14, 2009
Akademi Fantasia Musim 7 - konsert 1
Setakat aku dah tgk sampai lagu Jeritan Batinku ni.. mmg banyak hampas kelapa.. Tp normally 1st konsert ni every season pun mmg problem.
So, boleh ampun la kan.. tapi nak harap aku AFUNDI... tak dapek dowh... Last aku ngundi dulu adalah untuk MAWI... sebelum tu Fitry AF2.. tu pun rasa nyer dalam 2-3 je. Pas2 tu tak pernah dah ngundi sesapa.
KOMENTAR
- Adila - Di Bawah Pohon Asmara - Spoiler malam konsert. Kuar mula-mula dah wat aku takde mood nak terus tengok. Dengan gerakan dia mengarut & kawalan suara sesuka hati yg sangat tidak sedap. (*/*****)
- Sidi - Terima Kasih Cinta - Uwaaaaa... ko telah merosakkan lagu kegemaran haku ini. Serba-serbi tak kena.. suara sangat2 menampakkan kenervousan ngko. Muka dari mula smpi habis nmpk risaukan masalah donia. Apa pun suara si Sidi ni sedap gak sebenar nyer. (*/*****)
- Zizi - Molek - Adakah engkau seekor kera terkena belacan (mang.. ai.. komen kejam !!). Minah ni kalau nyanyi dengan lebih relax mgkn lagu molek ni akan lebih sedap. Ni tetiba kang menjerit.. kejap kang nak meneran.. ko dah berak lum sblm konsert ?!!! eeeee bingit telinga aku. ('-'ve ** / *****)
- Yazid - Penghujung Rindu - Ala2 sedap gak di telinga aku. Time ni aku tengah goreng ikan pari masin kat dapur. Tapi, rasa cam budak Yazid ni play safe utk 1st concert. Suara dia pun dah mmg ada iras sket ngn Jamal. Tapi.. tang rambut ko tu dik.. HAZAAAABB sangat akak tengok. Apa pun, ni pertandingan vokal bukan pertandingan rambut hokay (***/*****)
- Isma - Sepi - Lagu ni aku tak pernah dengar.. so kalau ikut suara sedap laaa ahkak tomok ni nyanyi.. cuma aku bosan !!! (**/*****)
- Akim - Hatiku Kau Luka - Bosan berterusan... lagu hape ko nyanyi ni dek.. cari laa lagu menghempas perasaan seperti ombak menghempas pantai. Ni ala2 air kuar dari paip toilet kat Pej. Pos Tg Malim.. ala2 lesu gitu.. Tapi expression muka ngko cam budget sedap bebenor lagu ni. (**/*****)
- Claudia - Sempurna - Tak kena lansung ngn vokal pompuan ngko. Dah laa lagu ni asal nyer penyanyi lelaki.. dari Indon lak tu yang terkenal ngn low tone yg sedap. Membuatkan pitching ko mmg ke lautan hijau hokay. (*/*****)
- Hafiz - Lagu Kita - Akak suka ngko dek non... wpun mula2 akak terkutuk rambut ko tu, tapi selepas mendengar vokal ngko yg mantops itu, i like !!! tambah pulak gerakan gemalai-gemalai itu.. ko ler juara konsert 1 AF7 malam tadi (****/*****)
- Rini - Elergi Sepi - Minah ni secara personal nyer aku agak meluat dgn gaya2 stok gedik dia ni. Ni pun spesies budget sore sedap. Masa dia nyanyi lagu Muse, aku rasa cam nak lempang lak. over gittew. Berbalik kepada nyanyian dia malam tadi.. awal-awal dari diari aku mmg tak suka.. so apa dia nyanyi pun aku tetap tak suka.. hehehe suka hati laa kan. Ni kan blog haku (*/*****)
- OBRI - Jeritan Batinku - "Rasanya takde sapa pernah bawak lagu ni cam saya bawak". Mmg tepat sekali jangkaan ngko wahai lelaki. Mmg hazab taik telinga aku mendengarkan nyanyian ngko yg sangat laa ntah hape-hape. Akak sekali lagi terpaksa berlaku kejam dengan komen ikhlas ini. ('-'ve **/*****)
- Aishah - Dan Sebenarnya - Boleh laa.. so-so je. Still adik aku si Hafiz rambut kinting tu ngko tak leh lawan hokay !! (***/*****)
- Qhaud - Pheonix Bangkit - Aku dengar budak ni nyanyi time aku dalam jamban. Intro tu dari dlm jamban.. cam m.nasir siottttt... lepas2 tu dah tak sama. Tak leh nak komen sbb aku tak tgk pun persembahan mamat ni. Tapi rasa cam boleh tahan gak ler (***/*****)
- Rubisa - Matahariku - Sedap gak minah ni nyanyi walaupun... kadang2 cam terjerit sket. Yelah lagu ni mmg power pun.. (***/*****)
- Aril - Perempuanku - Jangan sakit hati hokay (terutama buat lakiku tercayang). Wpun dia nyanyi ala-ala boleh je.. dengan shapel ala2 chicken dance tu.. tapi akak meleleh ngn ngko Aril.. CUTE !!!! I mmg cepat lemah-lembut sket ngn stok2 jantan cumel ni. Nyanyian ngko wlu ala2 mangkuk jamban belum pam. (****/*****) 4 bintang hokay !!!!
Secara keseluruhannya.. PENGKIRITIK : Adlin tu aku leh terima lagi kutukan dia walaupun kadang2 ala2 merepek mengarut ntah mende aper. Tapi yang lagi 2 tu.. ala2 pas minum campuran 4 jenis ubat batuk je.. puji-pujian yg sangat tak relevan. Yang si lelaki ala2 rambut guna jari pun boleh ittew, asyik cam nak puji diri sendiri tak salah pilih peserta AF yg dia pilih. Dato' sorang tu pulak.. sumer serba-serbi kena. Come on laa.. kalau setakat nak ikut cakap Astro suh relax & santai, baik korang mintak tiket je pi Hawaii.. relax & santai kat sana.
Amboi... gigih tul Puan Zel membuar entry AF ni.. sambung lagi mgu depan dengan komen2 berani mati hokay.
.
.
Friday, March 13, 2009
Dah Test....
Maka aku pun ala2 berdebar ler jugak.. takkan tak berkesan kot Noriday yang aku telan hari-hari tu.. Ops, takde laa hari2 sangat... selalu gak lupa... tapi banyak igt dari lupa.
Masalah ini telah aku ajukan kepada laki aku.. dia pun ala2 cuak gak... maklum laaa, prinsip hidup dia kan "ONE IS ENOUGH !!!"
Tadi, aku pi laa wat UPT yg berharga rm10.. dalam hati tu berbelah bagi... kalau ada aku gembira.. kalau takde pun aku gembira
1- ADA & GEMBIRA - sebab aku dah bosan ngn budak Ahmad ni... rasa kalau ada lagi sorang mesti syok.. nak lak dapat girl.. lagi laa aku suka sangat. Bosan nyer aku ngn budak Ahmad ni, smpikan nak beli baju dia pun aku dah naik boring. Asyik2 itu je la pesen nye.
2- TAK ADA & GEMBIRA - sebab adik kandung aku & adik ipar aku sama2 tengah peknen dan bakal melahirkan anak lebih kurang sama bulan jer. Tentu mak aku & mak mentua aku akan sibuk menjaga cucu-cucu baru tersebut. Pastu nak tambah lak lagi ngn anak aku dan anak aku yg sedia ada nakal tu sorang.. Huhuhu.. tak sanggup.. dah laa laki aku jauh.
Keputusan nyer - TIDAK ADA !!!
Aku rasa biasa je.. laki aku kemain lagi suka nyer. Mula2 tu aku acah dia kata ada.. speechless kejap dia.. pastu siap tanya BETUL KE NI? aku pun jawab TAK BETUL.. pastu baru nada suara dia kembali happy.. mender lerrrrrr
Oleh itu, buat sementara waktu ini.. harus laa aku berpuas hati dengan budak Ahmad ni sorang.
.
.
.
Thursday, March 12, 2009
EnTry MaKi HaMun Part II (25 PL)
Tapi, sbb dah janji nak jenguk atuk & nenek aku.. singgah ler kejap kat Kuala Kurau nun.. sambil2 tu sempat laa aku menerjah Long Wan ngn Wah Seah shopping2 sket. Sikit-sikit pun, abih dekat rm200.
Aku memulakan perjalanan ke Tg Malim tepat jam 7.00 malam. Sampai Kamunting, terus masuk hiway Plus Taiping Utara. Perjalanan pada awalnya adalah sangat lancar. Aku target.. kalau terus menerus ikut hiway, aku akan smpi ke rumah lebih kurang dalam pukul 10.00 malam.
Tiba-tiba.. lagi 3km sebelum EXIT Sungkai, kete sume ala tersangkut2 gitu. Masa tu aku dah tekad nak exit kat tol Sungkai. Masa dah masuk exit tu.. aku nmpk bas rosak tgh jalan. So, pada pandangan hemat aku yang bakal menyambut perayaan 10 tahun memandu pada bulan Mei tahun ini beranggapan bahawa bas tu laa pedajal jalan jadi sesak tadi. Maka, aku pasang signal ke kanan dan masuk hiway balik...
Setelah melepasi exit Sungkai dalam 3 KM... tiba2 keadaan menjadi lebih hamsau dari yang sebelumnya... time tu jam dah menunjukkan tepat pukul 9.15 malam. Masa tu aku masih think positive lagi.. mgkn ada lagi kot kenderaan rosak depan nun.
Tapi.. tapi.. tapi... keadaan berlarutan malah semakin teruk. Sehinggakan aku berkira-kira di dalam kereta bahawa pergerakkan kereta ada pada kadar purata 3 meter dalam jangkamasa 10 minit. 3 meter... bagi yg tak leh bayangin bape jauh tu... 3 meter, nak buat baju kurung tak muat.
Masuk jam 12 tgh malam aku dah mula tension.. dah laa nak terkencing tahap gaban dah ni. Minyak dah lampu warning... nak benti, fikir2 kang kul bape jem ni nak abih. Sudahnya kang aku tido lansung kat hiway. Masa tu.. aku dah terfikir nak kencing dalam plastik je.. tapi laki aku dok anta SMS suh bawak bersabar.. kang tersasar terkencing kena kusyen kete kan haru.. dah ler kete pinjam mak aku punyer.
Kul 1.00 pagi tepat.. aku hampir sampai ke exit Slim River... masa tu laa baru nmpk apa kejadahnya yg berlaku smpi jem dekat 20-30 km. Rupa-rupanya.. PLUS AL-BENGAP telah menutup jalan menghala ke KL dan kereta2 yang dah bersusun 4 lane ni nak sumbat ke jalan menghala ke Utara satu lane je..
Aku terus anta SMS kat laki aku dan MR
BABI KHINZIR TUL LA PLUS NI.. LAGI 2 KM NAK EXIT SLIM TUTUP LORONG JD SATU SBB NAK WAT JLN. BODO TAK TAU TGK KALENDAR KE CUTI PANJANG. TU JE PUNCA SESAK
Kepada PLUS BERHAD yang samdol lagi biol.. nasib baik aku ni keje as PT gomen je.. kalau laa aku ni ada bau-bau kentut Karpal Singh, siap laa kome aku saman...
.
.
.
Wednesday, March 11, 2009
Saat Nak Merambus....
Tak merasa pun nak berenang... lagipun MR peknen kan.. mana leh layan pool yang penuh noda dan kuman2 pelbagai jenis orang.
Saturday, March 7, 2009
From Penang With Love Part II
Time ni tgh ada talk pasal e-bay... adakah aku berminat ?
Aku berminat jika dalam akaun Maybank aku ada 40K
Setakat 400 Ringgit Malaysia ni.. aku mmg tak berani ler
Biar ler aku layan BROOCHBIZZ tu selagi hayat di kandung badan
Kamu-kamu sumer pun layan ler broochbizz sama taw
Heheheh.. sempat
.
.
.
Friday, March 6, 2009
RinDu GiLer kAt MaMat Ni...
Dah 3 hari tak jumpa.. dengar suara je. Itu pun dia bukannya nak sangat cakap pakai hp.. dia lebih suka pakai phone telekom tu.
.
.
.
SiaRan LanSunG FrOm PeNanG
Dapat katil KING SIZE and kena kongsi ala2 lesbo ngn Makcik Rehan...
Hotel ni bilik leh tahan ler condition di dalam
tapi bab makan.. hazabbbbb giler !!!!
dah laaa masakan ala2 cam Restoran Kampungan Hilir Perak gittew
pastu siap ada server.. yg bagi lauk ala2 kedekut
selalu ada gambor foodkan
kali ni tak selera lansung nak snap2 gambor makanan
tgu next entry ada gambor scenery yg mmg cun giler smpi terasa nak terjun ke laut dari tingkat 6 ni.
.
.
.
Monday, March 2, 2009
ToWeL LaGi
Tiba2 sebelum balik, dia kasi hadiah lak kat aku..
Towel... rasanya sejak aku bertugas di PID ni, dah 4 kali dapat towel. Kira ni hadiah terjangka ler.. apa2 pun TQ ler.. padahal masa aku dok ajar mak inche guru besar ni, hati aku agak panas gak laa... lain aku suh tekan, lain ditekannya..
.
.
.
Hazab Giler !!!!!
Kitaorg layan kat Jusco, Kepong. Tempat ni pertama kali pergi. Tapi rasa cam masuk Jusco Bukit Raja lak. Sama je kedudukan dalam tu. Cam Tesco la.. p Tesco mana pun, camtu laa susun aturnya.
Kitaorang dpt tiket kul 3.20 pm. Ni hazab yang pertama nak mengontrol si Khaleef yang ala2 lupa diri bila berada kat tempat luas dan ramai orang. Jenuh gak aku ngn laki aku kepung-mengepung budak kenit ni. Bila masukkan dalam troli... dia panjat nak turun. Kitaorg marah.. dia marah balik ngn menjerit2 cam budak kena sampuk.
Papa dia ala2 dah despression... Dok kata "Ni yang papa malas ni..." tinggal nak tunggu dia kata "JOM BALIK". Nasib baik tak cakap lagi.. so kitaorg bawak bersabar jelah dengan kerenah budak buas sorang ni. Rasanya 2-3 kali gak "kena" ngn papa dia.. serik laa kejap... pastu mula balik.
Masuk wayang.. ala2 budak jakun laa kan... 1st time tgk TIBI BESOR... hehehe nasib baik laa elok lak dlm tu dari mula cite smpi laa ke abih. Tak buat laa perangai dia yang bukan-bukan tu. Cuma kadang2 dia lak lebih2 emosi.. org gelak sikit.. dia gelak kuat. Kalau time nmpk ular yg ala2 Anaconda tu.. beriya2 anak aku ni jerit cam laa ular tu nak kuar dari skrin. Siap bagi direction kat Upin & Ipin mana nak lari... dlm bahasa dia laa kan.. Ala-ala bahasa si Oopet.
HAZABBBBBBBBBB !!!!!!!! Ikutkan cam aku nak photoshop dulu tang LENGAN yang cam peha badak air tu.. Supaya bila Mah tgk gambor aku "WAH, ketaranya kurus kawan aku ni..." Hahahaha
Kalau ikut pemandangan dari tepi, mmg cam ada kurang lebar sket dah tang perut tu.Adalah berkurang 0.30 inci. Tapi tang lengan tu... Astaga !!!! eeeee.. keji tul !!! dah laa yang aku kutuk tu lengan aku sndr. Apakah lemak2 ni sbb aku dah halau dari perut maka deme berleluasa di lengan pulak?!!!
Mencik.. mencik.. mencik...
.
.
.