Wpun mak aku ni kecik je orang nyer, tapi sebelum dia jadi guru besar.. ada di beberapa sekolah dia adalah guru disiplin. Paling respek masa dia jadi guru disiplin kat SMK ********* (nama sekolah terpaksa dirahsiakan. Sekolah ni menjadi amat dahsyat kerana komposisi kaum yg amat tidak seimbang.
Pernah satu kali aku p sekolah mak aku nak jumpa dia ambik kunci umah. Masa aku masuk bilik guru.. mak aku takde pun dalam tu. Aku igt nak duduk tunggu kat meja dia. Sekali aku tgk bawah meja ada 5 orang murid lelaki tengah duduk berhimpit2 cam sardin cap ayam dalam tin. Pastu kat pipi masing2 sumer merah cam kena ketip ketam. Rupa nyer depa ni bergaduh dalam kelas.. mak aku cubit pipi & denda duduk bawah meja cikgu. Garang seyotttt !!
Aku pernah jadi cikgu ganti kat sekolah ni... sebrutal2 aku ni, hanya tahan 8 hari je kat sekolah ni. Mmg murid2 nyer brand Hantu Hutan Simpan Banjaran Titiwangsa. Skang adik aku yang bongsu telah meneruskan kesinambungan mak aku dengan menjadi cikgu BI di sekolah tersebut. Hehehe.. nasib ko la kan.
Adik aku no.3... still solo and available.. tapi aku tak leh letak pic dia kat sini. Kang dia hangin ngn aku 11 hari 10 malam. Dia adalah sangat low profile dan hidup di dalam dunia Korean nyer yang tersendiri.
Gambar-gambar ni diambil masa celebrate besday mak aku kat Restoran Teratak Abe Tg Malim. Laki aku op kos ler takde.. sedih taw.
.
.
.
No comments:
Post a Comment