Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, March 14, 2009

Akademi Fantasia Musim 7 - konsert 1

Tgh layan AF.. nak komen satu-satu, nnt esok

Setakat aku dah tgk sampai lagu Jeritan Batinku ni.. mmg banyak hampas kelapa.. Tp normally 1st konsert ni every season pun mmg problem.

So, boleh ampun la kan.. tapi nak harap aku AFUNDI... tak dapek dowh... Last aku ngundi dulu adalah untuk MAWI... sebelum tu Fitry AF2.. tu pun rasa nyer dalam 2-3 je. Pas2 tu tak pernah dah ngundi sesapa.

KOMENTAR

  1. Adila - Di Bawah Pohon Asmara - Spoiler malam konsert. Kuar mula-mula dah wat aku takde mood nak terus tengok. Dengan gerakan dia mengarut & kawalan suara sesuka hati yg sangat tidak sedap. (*/*****)
  2. Sidi - Terima Kasih Cinta - Uwaaaaa... ko telah merosakkan lagu kegemaran haku ini. Serba-serbi tak kena.. suara sangat2 menampakkan kenervousan ngko. Muka dari mula smpi habis nmpk risaukan masalah donia. Apa pun suara si Sidi ni sedap gak sebenar nyer. (*/*****)
  3. Zizi - Molek - Adakah engkau seekor kera terkena belacan (mang.. ai.. komen kejam !!). Minah ni kalau nyanyi dengan lebih relax mgkn lagu molek ni akan lebih sedap. Ni tetiba kang menjerit.. kejap kang nak meneran.. ko dah berak lum sblm konsert ?!!! eeeee bingit telinga aku. ('-'ve ** / *****)
  4. Yazid - Penghujung Rindu - Ala2 sedap gak di telinga aku. Time ni aku tengah goreng ikan pari masin kat dapur. Tapi, rasa cam budak Yazid ni play safe utk 1st concert. Suara dia pun dah mmg ada iras sket ngn Jamal. Tapi.. tang rambut ko tu dik.. HAZAAAABB sangat akak tengok. Apa pun, ni pertandingan vokal bukan pertandingan rambut hokay (***/*****)
  5. Isma - Sepi - Lagu ni aku tak pernah dengar.. so kalau ikut suara sedap laaa ahkak tomok ni nyanyi.. cuma aku bosan !!! (**/*****)
  6. Akim - Hatiku Kau Luka - Bosan berterusan... lagu hape ko nyanyi ni dek.. cari laa lagu menghempas perasaan seperti ombak menghempas pantai. Ni ala2 air kuar dari paip toilet kat Pej. Pos Tg Malim.. ala2 lesu gitu.. Tapi expression muka ngko cam budget sedap bebenor lagu ni. (**/*****)
  7. Claudia - Sempurna - Tak kena lansung ngn vokal pompuan ngko. Dah laa lagu ni asal nyer penyanyi lelaki.. dari Indon lak tu yang terkenal ngn low tone yg sedap. Membuatkan pitching ko mmg ke lautan hijau hokay. (*/*****)
  8. Hafiz - Lagu Kita - Akak suka ngko dek non... wpun mula2 akak terkutuk rambut ko tu, tapi selepas mendengar vokal ngko yg mantops itu, i like !!! tambah pulak gerakan gemalai-gemalai itu.. ko ler juara konsert 1 AF7 malam tadi (****/*****)
  9. Rini - Elergi Sepi - Minah ni secara personal nyer aku agak meluat dgn gaya2 stok gedik dia ni. Ni pun spesies budget sore sedap. Masa dia nyanyi lagu Muse, aku rasa cam nak lempang lak. over gittew. Berbalik kepada nyanyian dia malam tadi.. awal-awal dari diari aku mmg tak suka.. so apa dia nyanyi pun aku tetap tak suka.. hehehe suka hati laa kan. Ni kan blog haku (*/*****)
  10. OBRI - Jeritan Batinku - "Rasanya takde sapa pernah bawak lagu ni cam saya bawak". Mmg tepat sekali jangkaan ngko wahai lelaki. Mmg hazab taik telinga aku mendengarkan nyanyian ngko yg sangat laa ntah hape-hape. Akak sekali lagi terpaksa berlaku kejam dengan komen ikhlas ini. ('-'ve **/*****)
  11. Aishah - Dan Sebenarnya - Boleh laa.. so-so je. Still adik aku si Hafiz rambut kinting tu ngko tak leh lawan hokay !! (***/*****)
  12. Qhaud - Pheonix Bangkit - Aku dengar budak ni nyanyi time aku dalam jamban. Intro tu dari dlm jamban.. cam m.nasir siottttt... lepas2 tu dah tak sama. Tak leh nak komen sbb aku tak tgk pun persembahan mamat ni. Tapi rasa cam boleh tahan gak ler (***/*****)
  13. Rubisa - Matahariku - Sedap gak minah ni nyanyi walaupun... kadang2 cam terjerit sket. Yelah lagu ni mmg power pun.. (***/*****)
  14. Aril - Perempuanku - Jangan sakit hati hokay (terutama buat lakiku tercayang). Wpun dia nyanyi ala-ala boleh je.. dengan shapel ala2 chicken dance tu.. tapi akak meleleh ngn ngko Aril.. CUTE !!!! I mmg cepat lemah-lembut sket ngn stok2 jantan cumel ni. Nyanyian ngko wlu ala2 mangkuk jamban belum pam. (****/*****) 4 bintang hokay !!!!

Secara keseluruhannya.. PENGKIRITIK : Adlin tu aku leh terima lagi kutukan dia walaupun kadang2 ala2 merepek mengarut ntah mende aper. Tapi yang lagi 2 tu.. ala2 pas minum campuran 4 jenis ubat batuk je.. puji-pujian yg sangat tak relevan. Yang si lelaki ala2 rambut guna jari pun boleh ittew, asyik cam nak puji diri sendiri tak salah pilih peserta AF yg dia pilih. Dato' sorang tu pulak.. sumer serba-serbi kena. Come on laa.. kalau setakat nak ikut cakap Astro suh relax & santai, baik korang mintak tiket je pi Hawaii.. relax & santai kat sana.

Amboi... gigih tul Puan Zel membuar entry AF ni.. sambung lagi mgu depan dengan komen2 berani mati hokay.
.
.

No comments: