Seperti yang telah dijanjikan.. hari ni boss aku dari Kementerian turun PID. Takde apa yang perlu digusarkan sbb sumer yg dikehendaki telah disediakan mengikut acuan kuih raya kehendak hati aku sndr. Dengan akaun ala2 budak darjah 2 buat budget harian.. aku merasa sungguh konpiden.
PELUANG ?!!! Pohon Peluang ?!! Pi mampus.....
di"elaborate" kan what the story morning glory....
Boss aku tanya mana laki aku? Aku cakap dia dah pindah Kampar ler meninggalkan diriku keseorangan di Tg Malim ini.
Sekali dia berkata "Tulis surat rayuan Zel, meh aku by hand ke org besar Pos Malaysia kat Kementerian. Konpem laki ko dapat pindah balik Tg Malim"
Peluang.. peluang.. peluang...
tapi... tapi... tapi....
Inche abg kesayangan aku tu setuju ke guna kabel2 ni. Maklum laa dia ni ada gen jejaka lindungan kaabah sket. Aku just jawab nnt aku tanya inche Izman.
Malam ni aku dah tanya.. mula2 dia excited.. aku lagi laa excited. Rasa cam nak on laptop time tgh sembang tu jugak. Nak taip surat rayuan ASAP. Tapi lepas tu cam dah tak excited laa pulak.
1- Claim pindah bernilai lebih kurang 2.5K telah diproses dan duit akan masuk pada bila2 masa sahaja. Kalau kena pindah balik, tentu saja duit claim tersebut terpaksa dibatalkan dan kena buat semula, pastu bila tahun pulak akan dapat.
2- Laki aku kalau duduk umah mmg tak studi. Keje dia tgk DRT Chanel.. dah bosan layan youtube lak.
3- Laki aku cakap dia tak sanggup pasal dia nak pindah masuk... ada orang yang tak bersalah kena pindah keluar.. huhuhuhu.. dah kata dah.. laki aku ni mmg stok lindungan kaabah punyer.
4- Laki aku tak mahu dipandang slek oleh pegawai-pegawai Pos Negeri sbb menggunakan talian hayat baekkk punyer.. untuk menidakkan keputusan yg dah mike2 tu buat. Padahal apa salah laki aku tiba2 kena tukar jauh giler. Org yg buat salah.. sedap2 dapat duduk kat Tg Malim. Dia yg sungguh berdedikasi kena pulak pindah jauh-jauh. Aku tak puji laki aku hokay.. tapi sapa2 yg kenal dia.. tau laa betapa setia & bersungguh2 nyer dia bekerja.
5- Diet aku mmg akan hancus terjun ke lautan hijau. Sebab sudah pasti aku akan kembali ke tabiat lama makan nasi waktu malam. Sebab nyer, aku pantang kalau aku memasak... aku tak makan. Laki aku lak pantang kalau malam tak makan nasi.
RESULT
"Takpe laa.. biar ler papa keje sini dulu dalam 1-2 tahun lagi. Nnt sebelum Khaleef masuk sekolah papa mintak laa tukar balik ke sana"
Uwaaaaaaaa...... mokcik sedih dan hampa !!!!!
.
.
.
No comments:
Post a Comment