Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, March 22, 2009

AF7 - Konsert 2


Hehehe... kritikan ala2 sey-al kembali lagi.. Namun begitu, mgu ini aku akan komen berdasarkan pendengaran sahaja kerana semasa konsert ini berlansung... adalah begitu sibuk meng"iron" baju laki aku 12 pasang hokay !! sbb mgu depan nak balik kampung, so kena siapkan ler 2 minggu punya baju. Melecup hokay tangan aku menggosok ala2 2 jam tak benti.


Minggu ni tema nyer medley. Aku pun baru tau malam konsert sbb aku mmg lansung tidak mengikuti Diari. Time tukan ke budak Ahmad layan PDC.. so komen2 aku mmg berdasarkan pada malam konsert 100%.


KOMENTAR KONSERT 2


1- AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)

Time lagu SATU.. aku cam budget sedap gak sore mamat ni... kena lak lagu ni mmg peberet aku. Tiba-tiba dia "WOUUUUU" !!! terkujat akak hokay. Lagu BURONAN CINTA.. cam tak matching pulak ngn lagu mula2 tadi. Pastu sore budak ini sudah bergetar. Menggelabah laa lu mat. Apa pun, better than last week (***/*****)


2- RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)

Telinga aku dengar sedap laa jugak. Lagu GAGAP.. hujung2 tercungap cam tgh aerobik nyanyi lagu ni. Lagu DINGIN, starting aku tak dengar hape cakap nyer. Bila tinggi sikit, baru sedap.. Tapi dia ni takat nyanyi jelah.. commercial value takde. Kalau wat album pun, tentu tak laku. (***/*****)


3- QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)

Time mamat ni, aku break kejap dari menggosok. Hehehe geli aku tengok kening ko terangkat2 sebelah tu taw.. time BILA NAK SAKSI ni aku rasa best je dia nyanyi.. masuk lagu MUH, mang'aiii... dia cuba nak tiru style penyanyi MUH, tapi hancus bedebus. Tapi showmanship- rocking energy aku suker.. (***/*****)


4- AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)

Sangat baik berbanding dari minggu lepas. Tp budak ni seriyes rendah bebenor bila berdiri sebelah AC. Lagu COBA sedap.. cuma tang hujung2 tu aku kurang gemor. Tang lagu GILA,kurang kena sket laa. Maybe sbb pendengaran aku sudah terbiasa dengan sengau mengau di Mila tu.. jadi bila si Aishah ni kurang sengau nyer.. rasa tak best pulak. (****/*****)


5- OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)

Dia nyanyi lagu Aliff ni baru aku perasan depa ni seiras ler. lagu AKAN TIBA.. okay so-so laa. Lagu ADA UNTUKMU... okay jugak. Medley nyer depan dan belakang, rasa tak matching pulak lagu, muzik dan suara. Sebab tukar mendadak gitu. Tak banyak ler nak komen.. aku p kencing time lagu ni.. aku dengar jarak jauh jer. (***/*****)


6- ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)

Kangkang luas sangat laa pulak budak Zizi ni. Padahal Ella kalau nyanyi lagu ni sikit punye kepit lagi.. Dia ni kalau tgk part mata, cam Siti Nordiana yg dulu banyak duet ngn Acik Spin. Lagu SEMBILU.. bagi aku sedap. Tp part KEKASIH LUPAKAN SEJARAH.... tup2 terus abih. Part mencabar tu pulak terus ending. WONDER WOMAN, aku tak familiar sangat lagu ni.. tapi kali kangkang dia mmg kaw-kaw punyer. Buruk siollllsssss. Kaki pun2 ala2 kayu balak junior gittew.. hehehe aku la klu dapat ngutuks. (***/*****)


7- SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)

Jatuh chenta aku mendengar Sidi nyanyi lagi SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG.. sedap syiols. Tapi apsal laa pakaian ko cam mamat2 punkers lepak kat Plaza Metro Kajang. Ngan sluar slim fit gitu.. amat laa tidak sesyuei hokay. Lagu KUKOO... kalau ngko nyanyi 1 lagu je tadi mmg aku dah kasi 5 bintang. Tp lagu KUKOO ni mmg hancus pecusssss... dah laa lari tempo, pitching ke pembentung, sebutan ala2 anak aku tgh mumbling main loyeee ngn motoi sorang2 depan TV. Part add lip (cmni ke ejaan nyer?) mmg tak kena lansung. Tapi sbb lagu Imran tadi aku suker.. (****/*****)


8- ADILA – Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)

Minah ni OUT.. tapi mmg dah terjangka pun. Tone suara biasa.. muka biasa.. persembahan biasa... serba-serbi biasa takde x-factor lansung. Rasa cam dengar orang nyanyi kat rumah orang kahwin je. Yang mana, tak tengok muka nyer camne pun takpe.. nasi & lauk kenduri depan mata lagi penting. (**/*****)


9- ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)

Alamak dek non.. kenapa ngko memalukan ahkak ngko ni. Masak laa aku kena kutuk ngn bebudak forum nanti. Suara.. tone... showmanship.. persembahan.. sumer ke tasik hijau. Ko nak jadi penyanyi ke nak jadi naga tasik. Masa ko rap menjerit cam kena polong tu.. aku rasa cam nak tekup ngko ngn bantal. Haru betui laaa... Tapi gaya konpiden yang persembahan ko ala-ala terbaik tu akak suka taw. Memang ko ni harap muker betui la. (**/*****)


10- RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)

Budak yang aku tak suker ni... persembahan yang bagi aku amat laa biasa saje. Aku terus kasi bintang jelah. Malas nak komen (***/*****)


11- YAZID – Lelaki ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)

EFFORTLESS !! ye betui.. mamat ini adalah lansung tidak berusaha untuk all out. Di umpamakan seperti tiada effort untuk sikat rambut kasi elok sket. Pitching lagu LELAKI INI mmg tahap jamban belum pam seperti yang aku umpamakan nyanyian si Aril mgu lepas. Padahal lagu-lagu Anuar Zain adalah lagu yang paling senang kalau nak nyanyi dengan sedap. Tapi ko nyanyi ala2 tapai basi. Lagu FIKIRLAH lagi teruk hamsap. ('-'ve **/*****)


12- CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)

Lagu WANITA best !!! Cam lagi sedap dari Dato' Siti.. sbb dia ada serak2 manja sket. Hehehe peminat Dato' Siti jangan marah lak. Lagu KUMAHU cam dah tak match ngn lagu WANITA tu.. suara Claudia pun dah ala2 lari sana sini. Kalau dia nyanyi satu lagu je dah ok. Tapi nama nyer dah medley camne lak ye tak. (****/*****)


13- HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)

Tukar adik lak mgu ni. Hihihi.. aku suka lak kat budak Hafiz ni pulak. Bukan sebab asst aku nama Hafiz taw.. tapi sbb dia nyanyi mmg sedap. CINTA INI MEMBUNUHKU.. lagu peberet aku jugak. Ada laa sket masa dia guna suara kecik tu cam tak sedap. Tapi secara keseluruhannya sedap. Lagu TOYOL.. aku budget dia akan hentam keromo nyanyi lagu ni sbb Aznil pun nyanyi main tembak sesuka hati je janji ada suara dan muzik. Hakikat nyer, jauh lebih sedap dari penyanyi asal. Lagu ni laju.. sebelum ni aku mmg tak tau apa lirik nyer.. Hafiz nyanyi baru aku jelas apa lirik nyer. 5 bintang hokay (*****/*****)


14- ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)

Lagu pertama sedap !!! Serba kena la kira nyer. Lagu kedua aku tak pernah dengar... Isma ni nyanyi pun ala2 mumbling aku tak dengar hape.. aku asyik dengar KAU DAN AKU.. RUMI DAN JULI...yg lain2 hareeemmm. Gerakan yang berterabur giler. Mungkin nak cover nervous kot. Mengah jelas bila lagu nak abih. Apa pun lebih baik dari minggu lepas. (****/*****)


Agak pemurah aku dengan bintang pada minggu ini. Keseluruhannya lebih baik dari konsert 1. Kira ada ler transformasi nyer. Pasal pengkritik lak... Yang si Edry Hashim tu cam makin seksi lak mamat ni. Budget perasan hensem ke hape mamat ni. Pengkritik kedua.. Dato' apa ek.. aku lupa. Tapi dia ni cam takde idea.. asyik tiru idea si Edry tu. Ulang benda yang sama. Adlin lak, apa-apa jelah..

.

.

.

No comments: