Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, September 29, 2011

Alasan..


Ini budak.. masih mengekalkan prestasi..
Seminggu 3-4 hari je sekolah..

Rabu lepas kan ke pi merendek rumah rehan..
Hari Khamis dia datang sekolah..
Cikgu tanya.. Semlm kenapa tak datang?

Jawapan dia...
Cukup membuatkan mami malu nak jumpa cikgu lagi..

KALEP DAH PANDAI, TAK PAYAH SELALU DATANG SEKOLAH!!
.
.
.

Excited

Zalia Hezrina.. ko dah siap ke baju-bajan gerombolan askar ko tu..
Zalia Hezzuin.. ko jangan nak buat moody..
Izman Haidil.. balik cepat!!
Hajah Norlia... TQ :))
.
.
.

Wednesday, September 28, 2011

CABARAN TURUN 5 KG


Pedulikkan hape orang kata..
Lantak laa.. nak makan lauk je ke..
Nak makan buah je ke..
Nak minum air je ke..

KAMI DI KUMPULAN MANUSIA MAHU KURUS AKAN TERUS BERJUANG!!!!

Akhirnya muncul juga setelah tamat PD50H.. PDR..
Cecukup laaa tu melahap dan tidak menjaga makan selama sebulan..
Sempena Syawal yang molia...
Semua mengambil kesempatan menambah berat..
Menambah lemak...
Menambah ukur lilit dan diameter..

Malas nak teruk2 bersyarat2 bagai..

Yang penting, pi kat KMMK dan daftar

Starting Weight =
3 oct =
10 oct =
17 oct =
24 oct =
31 oct (final weight) =

JUMLAH TURUN =


Maknanya... UPDATE MINGGUAN ADALAH WAJIB..
(hanya update berat di group)

Tidak perlu gambar-gambar apa bagai..
Kalau rajin buat..
Kali ni aku main yakin je pada semua peserta..
Kalau korang tipu aku..
Korang tipu sedunia laa maknanya..

HADIAH?!!

Yang pasti setiap yang lepas 5kg akan dapat Table Calendar PD50H..
Hadiah iringan nanti akan difikirkan..
Brooch aku banyak lagi ni nak dilantingkan.. :)
DVD aerobik pun melambak2..
.
.
.

Lawa ke?

credit to beautifulnara.com

Rasa cam serba-serbi tak kena..
Layah tak lawa..
Tiara pun bughok..
Rantai kat leher tu nampak menyiksakan..
Rambut pelik..
Mata lak guna kaler yg jojok..

Secara keseluruhannya..

Camni ke rupa 12 juta?!!!

Pesanan aku untuk Memey..

~Why are trying so hard to fit in, when you're born to stand out~

.
.
.

Ulasan novel..

Mesti ada yang tertanya-tanya..
Kak Zel dah tak membaca novel ke skang ni?

Jawapannya - SANGAT BACA!!

Hasya kalau menyusu time nak tido..
Memang sangat lama..
Kadang2 menjangkau 2 jam baru dia lepas..

Selalunya bermula dengan on wifi melalui hp..
Cek FB.. twitter.. apa bagai..
Pastu layan game ke.. youtube ke.. pastu BOSAN!!
Pastu baru layan novel..

Kenapa tak wat ulasan lagi?

Sebab novel2 skang ni banyak aku benci dari suka...

Susah dah nak cari novel yg jalan cite betul2 original..
Skang ni dah musim mengulang2 jalan cite yg orang lain dah buat..
Yang paling hamsap..
Kalau 10 novel aku baca..
7 daripada itu..
Konpem citer KAHWIN PAKSA..
Kahwin dulu bercinta kemudian...

Logik ke zaman skang ni kahwin paksa..
Yg banyak skang ni..
Kahwin RELA.. Nikah yang kena PAKSA.. :))

Tak pernah lagi jumpa buku citer camni..
Senario muda mudi zaman sekarang...
Yang betul2 real punyer...

Hehehe.. banyak lak komplenkan..
Igt senang ke jadi penulis..

Namun begitu..
Igt senang ke jadi pembeli..
Novel skang mahal tau!!
.
.
.

Monday, September 26, 2011

Permintaan bertambah


Kalau mata bercahaya camni..
Maknanya.. dia tengah minum susu :)

Hasya sudah mula makan secara serius..
Lebih kurang 2 minggu..
Bubur nasi 2 kali.. pastu cereal 1 kali..
Pastu buah-buahan kalau ada..
Roti pun dah mula makan..

Mami dia igtkan..
Bila dah mula makan..
Maka permintaan untuk susu akan berkurang..
Rupanya makin bertambah ler pulak..

Dia dah mula minum 3oz sekali harung..
Dengan kapasiti 5 kali sehari..
Sedangkan mami hanya boleh supply, 12oz sehari..

Ye.. betul tekaan tuan-tuan dan puan-puan..
Sudah ada setin susu FM yg terpaksa dibekalkan kat umah MIL..
In case laa kan..
Menteri tetiba datang melawat ke hape..
Sampai tak boleh nak balik rehat anta susu..

Pagi2 tu hanya dapat anta dalam 8oz sahaja..
Tambahan lagi 4-5 oz.. akan dihantar masa lunch hour..
Pastu lagi direct feeding..

Takpe laa anak oiii..
Selagi susu mami ada..
Mami bagi..
Kalau dah takde.. susu tin tu ada..
Wpun mami tak rela..
Takkan nak biar kamu melalak-lalak pulak menangis..

Tapi..
Setakat hari ni belum laa lagi..
Stand-by gitu je..
Belum pernah pakai lagi..
.
.
.

Akhirnya layu....

Dalam segerombolan bunga MIJ aku bagi..
2 kuntum ni je berjaya mekar..
Yang lain hancussss...
Tak kembang terus layu dan gugur..

Ni la yang buat aku tak gemar bunga hidup..
Bila jadi camni..
Walaupun ia adalah hukum alam..
Tapi hati aku rasa sedih la pulak..
Rasa cam aku yang tak menghargai apa yg MIJ bagi..

Kesimpulannya..

Bagi EMAS lagi baik ;)
.
.
.

Sunday, September 25, 2011

Thursday, September 22, 2011

Galeri Terowong Masa

Time Tunnel Gallery ni..
Atas sket pada Brinchang..
Atas tu ada cafe..
Bawah tu laaa depa wat muzium.

Seronok gak muzium ni..
Mengimbau kembali kenangan dulu-dulu..
Barang2 yg satu masa dulu pernah kita pakai..


Akak excited jumpa barang ni taw..
Nama i kan Zalia HEZLIN..
Patut laaaa puuutiiiiihhhhhh sangat cam Snow :))


Tetiba kat bawah tu terselit..
Sardin Cap Ayam.. :)



Ni mesin taip apa pun tak tau laa
Ada nombor je..
Wat taip no. telefon kot..



Air gas dalam botol..
Dedulu time g sekolah ngaji..
Mesti singgah kedai Kee Ling..
Beli air botol ni buh ais dalam plastik...
Minum sambil kayuh beskal..
Nyaman....



Dumex itu susu Inche Izman


Lactogen itu susu Kak Zel..
Patut laa aku comel sangat cam baby kat tin tu :))



FAB BERKUASA...



Benda ni smpi skang pun wujud lagi..
Tapi takde laa kongkaq sangat camni..




I/C P.Ramlee



Tiba-tiba kawan Makcik Rehan pun ada...


PEACE!!!

Wednesday, September 21, 2011

Playpen & Walker


.
.
.

Kumpulan Manusia Mahu Kurus - Atkins Diet

Untuk perkembangan KMMK..
Lanjutan dari PD50H dan PDR..
Skang ada contest baru yg akan bermula bulan depan..
Bukan Kak Zel yang anjurkan..
Tapi member2 dalam KMMK..

Tengok logo atas dah tau ler kan contest apa..
Term & Condition belum tau lagi camne..
Skang tengah kumpul peserta..
Dari pendaftaran dah ada lebih kurang 10 orang..
Pendaftaran masih dibuka :)

Sedikit pengenalan mengenai Atkins Diet...

Atkins Diet - corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins
bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui
konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat
seperti nasi, mi, kentang dan gula
badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi.
Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama
Perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi
jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.

4 peringkatnya ialah:
  1. Induction (permulaan dan pengenalan) - 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal…

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


KARBOHIDRAT TAK BOLEH LEBIH 20g sehari !!!!
.
.
.

sumber : http://taknakgemuk.com

BERTUKAR!!!!


Asyik tukar-tukar ni..
Camne Hajah Norlia nak mahir?!!!
Abih tu nota2 FB utk kelas komputer tu camne?
Tu makcik2 & pakcik2 warga emas yg dah konpiden nak guna FB tu..
Mesti dah goyah balik..

Mark Elliot Zuckerberg..
Hang takde keje lain ke nak buat?
.
.
.

Scent of a woman



Hero kesayangan kak Zel..
Akhirnya tahun 2011 ni..
Ada jugak drama dia..

Scent Of A Woman ni..
8 episod terawal.. romantic comedy..
Terbahak2 gelak..

5 episod terakhir.. berendam air mata je wei..


Drama ni secara keseluruhannya mengisahkan heroin, Lee Youn Jae (LYJ)
Yang telah disahkan mengidap kanser hempedu..
Masa dapat diagnos tu..
Dah berada di tahap akhir.. tak boleh operate..
Hanya boleh kawal melalui kimoterapi..
Doktor ramalkan hanya ada masa 6 bulan sahaja..

Hero.. Kang Ji Uk.. merupakan boss kat tempat heroin keje..

Atas sebab satu salah faham..
Heroin terpaksa berhenti keje..
Selepas berhenti keje.. dia wat satu buku wishlist..
20 Perkara yang kena buat sebelum dia mati..

2nd hero, merupakan kawan lama heroin..
Yang juga doktor yang merawat heroin..
Dalam diam-diam.. sebenarnya dari kecik dia dah suka heroin..

2nd heroin, op kos.. cam biasa..
Evil witch mesti ada punya..
Cumanya dalam drama ni kurang laa jahatnya..

Mana boleh jahat lelebey..
Dah laa heroin dapat terminal cancer..




Heroin ni jatuh cinta kat hero pandang pertama..
Tapi hero betul-betul kenal heroin..
Masa dia pergi business trip ke Jepun..
Kat sana depa jumpa secara tak sengaja..
Heroin tau dia boss.. tapi dia tak bgtau hero..

Balik Korea..
Hero nak bertunang dengan 2nd heroin..
Tapi dia dah berbelah bagi..
Sebab dia rasa cam dia cintakan heroin..
Tapi tak berani nak mengaku..

Akhirnya.. depa betul-betul jadi couple..
Sampai laa satu hari..
Tetiba heroin mintak clash..
Hero pun siasat laa apsal..
Baru laa dia tau yang heroin ada kanser..

Mula part ni laa..
Sila sediakan tisu untuk melanjutkan drama..


Huhuhuhu jeles..
Yg tengok drama ni..
Mesti terbayang-bayang Sam Soon yg badan gempal..
Tapi dalam drama ni..
Kim Sun Ah.. CUN GILER!!!
Tak nampak lansung yang dia jauh lebih tua dari Lee Dong Wok..
Badan nipis cam papan tu!!!


Tapi badan ni lagi wat Kak Zel telan air liur 88 kali..
Dalam drama ni.. banyak laa pulak bare scene hero..
Huwaaaaaaaaaa... i like 100 kali!!!

Ok, apa kesudahannya?
Adalah 20 perkara yang mahu dilakukan oleh heroin tertunai?
Kahwin ke dia dengan hero?
Mati ke dia?
.
.
.

Tuesday, September 20, 2011

Tahun ini My Incik Jeman sangat baik :) ADAKAH?!!!

Alkisahnya...
Bermula time aku ngn MIJ (wahhh tetiba peeling My Incik Apex)..
Tengah tengok Scent Of A Woman..

Tibi baru umah aku tu canggih taw..
Cucuk je external hardisk.. terus leh tgk drama donlod..
HD lagi...
Sorry Astro B-Yond.. akak lagi adebance banding kamu..

Adalah adegan pakwe kasi makwe bunga..
I pun hape lagi..

"BIE, Ingat tak bila kali terakhir kasi mami bunga?"

(dedulu I adalah Ayang.. tapi sejak ada Kalef.. I adalah Mami..
Sbb Kalep masa pandai cakap.. Dia panggil Papa = ABAM... Mami = AYAM
)


Sambung balik...

MIJ jawab... ye ke lama sangat?

"Last bie bagi.. masa mami konvo tahun 2002... skang dah 2011 nak masuk 2012.. hampir 10 tahun tak pernah dapat bunge dah.."

Oh, itu adalah sangat sedeh.. :)


Maka.. suprise yang pertama..
Perancangan asal ialah nak pergi gathering @ majlis raya kawan2 sekolah MIJ kat Kampar..
Tapi.. pagi tu perancangan sudah bertukar..
MIJ cakap hari ni kita pergi Cameron :)

Masa ni takde laa terbayang g Cameron sbb nak dapat bunga..
MIJ bukan Seth Tan.. I tahu sangat tu..
(jenis hati kayu)

Pastu.. ada benti kat satu kedai ni..
Akak ngn bebudak tak turun..
Sbb Hasya tengah menenen..

Masuk balik kete.. ada bungkusan..
Tanya ler apa beli bie?
Katanya pokok...

Aku percaya jer sbb mmg nampak bontot pasu pun..
Tapi aku tak tau bunga apa..

Rupanya pokok bunga Ros..
Skang ni kat atas nun bukan musim bunga kot..
Susah tul nak jumpa org jual bunga..
Asyik-asyik jumpa gerai jual Angry Bird..

MIJ takut kempunan nak bagi bini bunga tp tak jumpa nak beli..
Maka tu yg beli sepasu pokok Ros..

Romantikkan?!!! :))


Bunga Ros merah ni..
Aku tau MIJ beli kat pasar Brinchang..
Sbb aku nmpk dia singgah kat satu apek jual bunga..
Hati akak dah kembang setaman masa ni tau..
Baru tau motip tetiba kami pi Cameron..



Yang warna-warni ni..
SUPRISE!!!!!

Tak tau bila beli sbb balik rumah..
Tidokan Hasya... Aku pun tido sama..
Bangun2.. tengok atas rak buku sudah ada Ros warna-warni..

Wpun, tak dapat sebonet..
Sikit ni pun dah wat i sebagai seorang isteri dan mami kepada anak2 MIJ..
Sangat berbesar hati dan rasa dihargai..

Tapi..
Hati karat berkata-kata jugak..
Sangat baik luar biasa ini tahun..

ADAKAH?!!!!

Adakah.. bakal madu akak sudah di order?

OH TIDAK!!!!
.
.
.

Monday, September 19, 2011

Time Tunnel Cafe









Layan gambar jelah ek..
Tengah busy membakar dengan gigih ni :)

Nnt entry berikutnya baru akak mereka citer...
.
.
.

Tiba-tiba.. bercuti ke Cameron balik hari :)

Ni tempat percutian wajib keluarga Izman & Zalia..
Rasa tak pernah missed lagi..
Tiap2 tahun, tak dua kali.. sekali mesti naik Cameron..







Minah ni.. kalau jalan2..
Masalahnya ialah selepas benti..
Pastu masuk kete balik..
Konpem wat hal..
Dia kalau buleh nak jalan je..
Jangan masuk-masuk kete dah..


Cameron adalah HUJAN!!!

So, lebih banyak membosan dalam kereta dari jalan-jalan..
Maklum ler bawak anak kecik..
Pas beli payung, baru laa buleh nak ronda-ronda..





Mana satu lagi chumel?
Anak ke Apak?

:))