Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, January 19, 2013

My Inche Jeman naik hangen... (entry panjang)


Masa Khaleef nak masuk sekolah hari tu..
Aku ada g KL Festival City..
Selain dari nak menyetelkan hal barang2 sekolah Kalep..
MIJ tukar lampu kereta baju hitam yg dah hazab sangat tu..

Apsal jauh sangat?

Dia dapat dari iklan kat mudah.my..

Aku mmg tak suka tunggu kat kedai..
So, aku bawak Khaleef pi jalan2 kat Festival City tu..

Sejam camtu, MIJ kata dah siap..
Dalam kereta on d way balik..
MIJ dah bising sket2..
Katanya penipu punya kedai..
Dalam iklan kemain lagi..
Sekali bila beli..
Beli set lampu sahaja.. RM500 tu..
Tanpa bulb..
Tanpa warranty..
Nak bulb kena tambah duit lain..
Jahanam pulak rm130.00 utk bulb sahaja..
Pastu masa cakap dalam phone..
Katanya upah RM50.00..
Bila dah kat kedai.. RM80 pulak..
Warranty.. kalau nak kena tambah RM50 pulak..

Tapi sebab lampu dah barai depa bukak..
Pasang jelah dengan redho...


Tup2... tak sampai sebulan..
Masa kitaorg balik dari Ipoh hari tu..
Lampu tak nyala... dah laa time tu dalam highway..
Terpaksa laa pakai lampu tinggi smpi rumah..

So, hari ni.. MIJ ajak aku pi balik kedai tu..
3-4 hari lepas dia dah cakap..
Aku punya laa risau sampai tak nyenyak tido malam..

Pada yang tak tahu..
MIJ kalau naik angin adalah sangat ngeri!!
Dia takkan teragak2 nak bertumbuk ke.. bergocoh ke..
Hari2 aku nasihatkan dia..
Redho jelah bie..
Aku siap nak kuarkan saving duit bahan bakar..
Nak kasi je kat dia.. tukar je lampu lain kat Tg Malim ni..

Tapi dia nak pergi jugak..
Sebab dah cek wiring kat kedai sini..
Katanya takde problem... lampu tu yang salah pasang katanya..

Maka.. hari ini.. bertolak laa kami semua ke KL..
Mula2 tu tengok kedai tu OK je..
Aku pun dah naik bosan..
Pastu aku tengok ada sorang lelaki melayu kat situ..
Dia tgh tgu kereta pasang tinted..
So, aku fikir ok laa kot.. tak nampak gaya nak bergocoh pun..

Aku pun bawak laaa bebudak ni pi main kat Festival City..


Dalam 30 minit gitu.. MIJ called... katanya dah siap..
Aku pun suh jelah dia naik atas.. sebab aku budget bebudak ni main sejam..

Igtkan semua dah OK laaa...

Rupanya.. dia nyaris bergaduh dengan Cina kedai tu..
Tak setel jugak..

Laki aku cakap camni..
Dia kornar camtu..

MIJ bukan nak lampu baru!!
Dia nak kedai tu SETEL kan masalah lampu tak nyala tuh..

Pastu dia kornar lak kata wiring yg ada tu utk lampu lama..
Bukan untuk lampu baru tu..
Kalau nak setel.. tambah RM250.00..
Lagi laa member bengkek..
Apsal masa tukar hari tu tak buat je wiring baru..
Memang laa sepatutnya lain lampu.. lain wiring..

Hari tu dah kena kelepet 200 lebih..
Ni nak kena lagi RM250.00..
Apa kejadah iklan dalam mudah yang tulis..

KEDAI INI TAK SAMA DENGAN KEDAI LAIN..
KEDAI LAIN LETAK MURAH TAPI TAK BOLEH PASANG KAT LUAR..
CAJ W/SHIP MAHAL
INI KEDAI OFFER BETUL-BETUL MURAH..

Kepala dia!!!

Kalau ditotal balik..
RM500 (set) + RM130 (bulb) + RM80m(upah) + RM50 (warranty) + RM250 (wiring)

VAVI dia kedai offer betul-betul murah!!

Tapikan... garang2 aku ni..
Kalau aku berhadapan dengan masalah ini..
Aku akan ambik jalan mudah..
Aku marah-marah-marah...
Pastu aku undur kereta..
Pi kedai lain dah beli yang baru!!

MIJ lain pulak..
Dia akan bertahan smpi dapat apa yang dia nak..
Dia siap cakap kat Cina tu..

SAYA TAKKAN BAWAK KETE KELUAR DARI KEDAI NI SELAGI U TAK CARI JALAN MACAMANA MAU SETEL INI MASALAH..

Yang dia bengang..
Cina tu cam nak lepas tangan pulak..
Pastu last2 dah abih cara... dia cakap pulak..

LAMPU NI ROSAK!!

Senang je dia..
Dah laki aku takmo tukar wiring..
Dia kornar lak kata lampu rosak..
Hari tukan laki aku tak ambik warranty RM50.00 tu..
Apa kejadah beli barang.. pastu utk warranty kena tambah duit pulak..

Last2..
Cina bebal tu panggil pomen lain pulak..
Cek-cek.. dia punya penyelesaian tanpa tukar wiring..
Ialah tukar lampu high beam jadi lampu biasa...
Baru laa laki aku puas hati..
Tapi.. MIJ citer..
Dia nyaris dah nak angkat tangan kat Cina bebal tu..
Nak2 masa dia cakap..

KALAU SAYA BUAT TINTED, TIBA2 MOTOR TINGKAP ROSAK, TAKKAN SAYA MAU TANGGUNG JUGAK..

Laki aku pun..

SAYA CITER PASAL LAMPU.. LU APA HAL CITE PASAL TINGKAP!!

Nasib baik laa aku dah bawak budak2 ni pi tempat lain..
(tkmo depa tgk Papa dalam mode lain dari biasa)
Aku pernah dah tgk MIJ naik angin dulu..
Pasal kete jugak..
So, aku mmg tak nak tengok lagi..
Sebab dia mmg garang!!!!
Orang berperwatakkan lembut & soft spoken cam dia..
Sesekali naik hantu.. mmg sukar diramal apa yg akan jadi..

Kesimpulannya..

Berhati2 laa dengan iklan kat internet..
Memang banyak yang indah khabar dari rupa..

Kat mana kedai tu?

Ada laa sederet dengan Festival City tu..
.
.
.




6 comments:

AisNy said...

Abg lang memang macam tu.... nasib baikmtak kena silambam.... next time kalau nak tukar elektrical kat kereta, pastikan wiring asal tidak di usik.... kalau shorting nanti.... mau terbakar kereta di buatnya.... kalau setakat lampu tu, soket asal masih boleh digunakan lagi.... tak payah usik wirirng asal....

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

wiring kereta ni mmg dah diubah masa dia 1st time tukar ke lampu projector time dia duk kampar hari tu..

yayayuyu said...

kak kalu blh letak je nama kedai tu apa..bukan apa senang bagi kami nie tidak ditipu lagi..mmg sangat suka menipu diorg nie

mimie hamdan said...

zel; aku setuju hang cakap org soft spoken nie kalau naik angin ya ampun... sebijik cam laki aku... sekali sekala dia hangin aku yg garang cam rimau ni pun tuko jadi kucing manja... ehehehehe...

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

sejak dah kahwin dengan dia masuk 8 tahun ni..

baru 3 kali dia naik angin..

:)

A D I A said...

tanak komen pasal lampu. me suka bawak anak gi tempat mainan kat festival city mall tu, murah je kan banding tempat lain.