Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, January 2, 2013

Sambungan Temuduga SPA - PPTM F29


Part III nanti aku kongsikan contoh2 soalan..

Belum tamat lagi citer semalam..
Kan tergantung..
Mesti semua nak tahu aku dapat ke tidak..

Aku ni memang jenis tak boleh sabar menunggu..
Selalunya kalau temuduga..
Bila time orang tu tanya..

ADA APA-APA AWAK NAK TANYA?

Memang aku akan tanya adakah aku berpeluang atau tidak untuk jawatan tersebut...
So, bila dah tau tak payah terfikir2 dapat ke tidak..

Ni semalam lupa nak cerita..
Kan aku orang yang ke-13..

Selepas orang yang ke-9...
Interviewer yg dari SPA keluar..
Dia bagi pesanan dekat calon2 yang belum temuduga..

PELUANG KAMU NAK DAPAT NI SUSAH..
DAH ADA PELUANG, GUNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA..
JANGAN SAMPAI KAMI TERSALAH PILIH CALON..
MEMILIH ORANG YANG AKAN MERUGIKAN PIHAK KERAJAAN..

Kami yang kat luar ni...

Blur & Blank !!

Maksudnya dari 9 orang yg awal tu..
Belum dapat calon lagi laa tu.. kesimpulan kami :)

Geng aku kat luar tu..
Semua bebudak muda belia.. dalam 18 org calon.. 3 je pompuan masuk aku..
Yang lagi 2 orang pompuan tu.. no. 2 dan no.3.. awal dah balik..

Tinggal ler aku dengan 3-4 orang FT dari Bukit Aman..
Sorang Pegawai anti rusuhan..
Sorang lagi brother yang otai dalam gomen..
Dah lama kerja.. baru ada peluang nak naik pangkat..
Kebanyakkannya sudah pun berjawatan tetap dalam kerajaan..
La ni depa dalam skim FT17.. nak naik pangkat ke F29..

Elok je aku masuk dalam bilik temuduga..
Sebelum soalan boleh ke diletakkan di Sabah & S'wak..
Penemuduga dari SPA tu tanya..

APA PERASAAN AWAK LEPAS DENGAR SAYA BAGI PESANAN TADI..

Adoi....

Aku kat luar tadi pun BLUR apa hal yg ko pesan tu..
Ni ko tanya PERASAAN pulak!!

Otak aku tengah ligat fikir jawapan selamat..
Tapi tak jumpa..

Last-last...

SAYA TAK BOLEH NAK FIKIR..
SEBAB SAYA TENGAH BERDEBAR KUAT NI..

Ok.. depa dua senyum dengar jawapan aku..

Lepas dah duduk elok..
Barulah aku bersuara balik.. tak best pulak tak menjawab soalankan..

Pada pendapat saya..
Boleh menjawab semua soalan tak semestinya tahu semua benda..
Tak boleh jawab bukan sebab tak tahu semua benda..

Camtu laa lebih kurang pendapat aku..
Cuma aku tak ingat bagaimanakah susunan ayat yang betul..

Penemuduga ni.. ada 2 orang..
Sorang ni adalah pegawai dari SPA..
Sorang lagi pulak ada pegawai dari bidang yg tengah kita temuduga tu..
Contoh.. kalau temuduga Pegawai Pertanian..
Seorang lagi tu.. mesti dari Kementerian Asas Tani.. (wujud lagi kem ni?)

Berkenaan soalan sama ada aku dapat ke tidak jawatan F29 ni..

Pegawai dari SPA tu yang jawab...

ADA REZEKI..MUNGKIN KITA BERJUMPA LAGI..

Boleh jadi 2 maksud gak tu..
Sama ada aku DAPAT dan akan berjumpa dia lagi masa sain watikah ke hape..
Ataupun.. aku TAK DAPAT dan akan berjumpa dia lagi di sesi temuduga lain masa..

So, kesimpulannya..

AKU MASIH TAK TAU DAPAT KE TIDAK..


“Dan sesungguhnya Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik,” (Surah al-Hajj 22:58)

:)

13 comments:

Min Aina Ila Aina said...

interviewer tu dah sedia jawapan awal-awal dah tu kak..hehe

AisNy said...

hahahaha... itu pun jawapan selamat dari pihak penemuduga...?

wanita mutalib said...

In Shaa Allah :)

murnie sangat said...

kak zel mention yg akak downgrade?npe ek?jwtn skang kontrak ke?sbb govn ni byk gak kontrak kan?

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

jawatan sekarang F41 adalah Contract Of Service, harap maklum :)

murnie sangat said...

saya ambil maklum hehehe.ayat gomen gitu hehe

Maria Mahmud said...

tapi tak semua orang dapat ayat "insya'allah kita akan berjumpa lagi"

Maria Mahmud said...
This comment has been removed by the author.
Crippersz said...

dapat ayat "insya'allah kita akan berjumpa lagi".. mmg ada harapan boleh dpt ke f29 ni?

NooR hEkmAt HasHiM said...

salam kenalan..

awak contract of service kat kementerian mana?

hope ade rezki utk f29 ni..:)

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Crippersz,

Tak tau la dapat ke tidak. Saya pun takde la kisah sangat sebab keje saya yang skang ni pun OK je.. dekat dengan rumah.. kepala tak pening hadap jammed hari2..

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Noor Hekmat,

Saya COS F41 di Kementerian Penerangan

Unknown said...

dah macam drama bersiri la plak..ada part I, II and III... tapi memang menarik topik ni...temuduga SPA...insyaalah..dpt la tuh.. x kisah kan..kontrak ke tetap... kontrak2 pun hati tenang... apa org tetap dpt ..org kontrak pun dapat gak kan