Dah lama tak angau dengan hero Korea..
Tapi.. si Choi Jin Hyuk ni..
Berlakon laa drama apa pun..
Mesti aku suka dia jugak..
Tak kira hero ke berapa pun..
Ramai yang igt drama ni genre utamanya medic..
Tapi bukan..Genre asalnya romantic comedy..
Pasalnya depa kerja di ER..
Maka banyak gak laa pasal dunia-dunia ER ni..
Drama ni bermula 6 tahun awal..
Time tu heroin keje sebagai dietitian di sebuah kolej..Hero pulak masa tu medic student..
Mereka jumpa dan terus jatuh cinta..
Akhirnya mereka kahwin lari dalam usia yang sangat muda..
Tapi perkahwinan mereka dapat tentangan hebat keluarga hero..
Hero ni asal dari keluarga doktor..
Ayahnya seorang doktor..
Pakcik dia ada hospital besar..
Makcik-makcik dia pun doktor..
Mak dia mahukan dia juga kahwin dengan seorang doktor..
Perkahwinan depa ni indah masa awal je..
Bila keluarga hero berhentikan bantuan kewangan..Dia terpaksa berhenti belajar dan bekerja sebagai salesman..
Mula dari situ la hubungan depa mula berantakkan..
Nak pulak mak hero asyik datang menghina heroin..
Heroin terlalu depress sehinggakan dia ada masalah jantung..
Hero pulak dah mula dengar hasutan mak dia..
Sampai laa kemuncak pergaduhan depa..
Akhirnya membawa kepada penceraian..
Selepas bercerai..
Hero pergi ke America.. sambung belajar kedoktoran..Rupanya.. heroin pun sambung belajar juga dalam bidang yang sama..
Dia nak tahu.. apa yg bagusnya jadi seorang doktor..
Satu hari..
Awalnya mereka terserempak di majlis perkahwinan kawan..
Dua-dua terperanjat..
Dan mereka mula bergaduh semula..
Mana nak tahu..
Keesokkannya masa hari pertama hero lapor diri sebagai doktor pelatih..
Rupanya heroin juga menjadi doktor pelatih di hospital yang sama..
Memburukkan keadaan lagi..
Depa dalam kumpulan yang sama..
Awal-awal tu memang bergaduh panjang depa ni..
Sampaikan ke tahap hero dan kawan2 dia..Berpakat nak buat sampai heroin kena pecat..
Dalam hospital tu..
Takde sapa yg tahu mereka pernah berkahwin..
Tapi akhirnya terbongkar juga..
Bila mak hero bertembung dengan mak heroin..
Depa bergaduh sakan dalam hospital..
Yang peliknya..bila heroin betul-betul kena pecat..
Hero pulak susah hati kemain..
Lama-lama-lama..
Baru dia sedar..
Yang dia dah jatuh hati semula pada bekas isteri dia..
Malangnya..
Heroin memang serik dah dengan hero..Nak-nak pulak mak hero sibuk nak jodohnya hero dengan anak menteri..
Anak menteri tu pulak memang cun..
Dah tu satu group pelatih pulak dengan hero..
Dalam-dalam tu..
Chief residen pulak minat kat heroin..Heroin pulak macam suka pulak pada doktor residen tu..
Cumanya dia tak dapat nak teka perasaan doktor residen tu..
Aku lak.. cam mana-mana..
Sapa-sapa dapat pun takpe.. :)
Comei nyer laa Choi Jin Hyuk ni..
Aku paling suka kalau dia senyum mengerenyit hidung camtu..Tido malam termimpi-mimpi tau..
Drama ni twist nyer senang je..
Bila hero nak kat heroin..Heroin tak nak kat hero..
Bila heroin nak kat hero..
Hero tak nak kat heroin..
Nak tau apa sudahnya..
Kena la beli tengok..Tapi aku berani jamin..
Takkan menyesal punya..
Lepas drama Secret Love..
Aku rasa drama ni yang kedua best untuk 2014..
.
.
.
2 comments:
Macam mna nk dptkan movie nie? Nak sgt²... Inform me please arie_fadila@yahoo.com
emel saya
zaliahezlin2106@gmail.com
Post a Comment