Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, November 27, 2008

Proimunise + Bee Pollen


Ni ler rupa proimunise ngn bee pollen tu.. proimunise tu dalam bentuk kapsul. Sehari makan 4 biji sebelum makan. Yg bee pollen ni bentuk serbuk.. rasa dia sebiji cam bijirin sarapan Honey Star version pahit sikit. Yang ni kena makan 2 kali sehari selepas makan.
.
kesan makan 2-2 ni.. selain dari rasa nak melantak tu kurang.. Ia juga melawaskan apa2 yang tak lawas. Tapi kadang2 aku kena smpi 3-4 kali sehari. Lebih2 kalau hari yang sama aku banyak makan benda bergoreng. Siap laaa...

.
Yang ni lak kena sapu belah malam atau sebelum g keje. Adalah 2-3 kali aku buat.. Tak tahan sei.. panas giler. Kena plak kalau pakai g opis, lansung tak leh wat keje.. menggelinjar panas. Maybe sbb aku banyak sangat lemak kot. Orang lain pakai takde laa menggelenyar cam aku pakai.


Banyak juga duit mak aku diperabihkan untuk beli sumer mende2 nih.. kalau tak pasal mak aku yang beli, tak pasal aku nak makan ubat-ubatan ini.
.
.
.



SaRapAn BeRKhAsIAt

Oleh kerana semalam aku hanya makan bihun sekali je.. pastu malam tak makan pulak. Pagi tadi simptom NAGA LAPAR aku kembali. Rasa memerut perutku punya laa lapar. Lepas anto Khaleef, tanpa berlengah2 terus g kedai Kak Yang cari sarapan.


Walla.... pagi ni ada rendang ayam bersama bergedil kentang. Jadi aku tidak melepaskan peluang makan nasi lemak pagi ni setelah 3 mgu tak makan nasi lemak. Tapi.... sbb pagi ni aku teringat nak makan ubat Proimmunise tu, wpun nasi lemak tersebut sungguh lazat.. aku takde berselera sangat. Huhuhu sayangnya nasi lemak.. tapi lauk2nya aku bedal abih.

Jap lagi nak makan Bee Pollen pulak. Selalunya kalau 2 mende ni aku tak lupa hadap, mmg siang akan kenyang tanpa kepala otak tu memikirkan apa benda aku nak makan.
.
.
.

Wednesday, November 26, 2008

My JourNey To GAIN weiGhT


KFC.. Idamanku Selalu... setelah mengharung jem Selayang - Rawang selama 2 jam, kaki pun cam nak tercabut sudah.. my mum yg kesian tgk anaknya "jom laa kita benti makan long.. malam ni ko boleh laa makan malam"
Sejurus itu terus aku signal ke kanan.. my mum tanya nak ke mana. Kata boleh makan malam, tentu laa nak makan. KFC Rawang batu 16 (dekat umah MR) itu je yg terdekat semasa mak aku melafazkan kata-kata keramat ittew.. kang terkial2 cari kedai makan, mak aku berubah fikiran.. sapa yang rugi, AKU JUGAK !!!

Ini lah nasib ayam-ayam tersebut selepas 15 minit berlalu. Punya makan, smpi terlupa nak belikan untuk anak. Nasib mak aku cakap dia nak makan ayam seketul je.. lagi seketul nak kasi kat cucu dia.. huwaaaa... aku sbg mak kandung khaleef lansung tak terbayang nak tinggalkan kat anak aku seketul.


Sampai umah terus naik timbang. Kot laa berat aku bertambah sbb dah 2 malam makan malam. Fuh !!! masih di takuk yang sama.. tapi cam terasa kurang 500g heheheh. agaknya kalau tak makan KFC ngn mee goreng mamak, dah 124kg kot.

.

.

.

Tuesday, November 25, 2008

Mee Goreng Mamak Seri Melor

Ya puan-puan, sila kelip mata anda sekarang. Mmg betul gambar di atas adalah dinner aku ini malam. Dah laa makan mee goreng.. siap tambah ayam goreng... dinikmati bersama teh o ais limau. Wpun sepatutnya aku TIDAK BOLEH makan malam, tp kenot rezis laaa. Dari ptg aku dok cakap nak makan mee goreng ni. Pastu dah jalan2 kat pekan, ambik anak aku.. still tak boleh lupakan mee goreng basah.

Lalu, dengan kete kura2 terbang aku tu.. desup p kedai mamak yang pada awalnya aku dah lalu 2 kali tapi tak nak singgah ala2 kuat iman. Pas dah order tu aku bawak Khaleef pi beli toys. Kan hari ni hari gaji.. tapi kat kedai 2 hengget je.. dia ambik 1 superman + 1 terup UNO gambor mickey mouse dan torchlite... ntah bape banyak torchlight laa budak ni ada.

lama sangat pusing2, mee yg mula2nya basah tadi dah jadi kurang basah. Tapi rasanya tetap marbelesssss... i like !!! Skang ni tengah kenyang bulat ler.


Monday, November 24, 2008

My K800i

Akhirnya... berjaya gak aku beli sebuah hp baru.. lepas hilang N73 ME hadiah dr hubby tersayang dulu.. tak berani dah pakai hp ala2 canggih ni. Takut tragedi berulang. Yelah aku ni jenis careless mak aaaaiiii tahap gaban punya.

Sejarah hp aku bermula dengan pakai Motorola ntah hape kodnya aku dah lupa.. lama banget masa zaman kat U dulu. Pakai line 017, masa tu panggil ADAM. Time tu tak wujud pun lagi sim card. Pastu, ganti ngn Alcatel.. pakai prepaid maxis dengan no. 012-2510436. Lama gak ler no. ni bertahan. Pastu aku pakai Siemens, line pun tukar... 019-3307965. Pastu tukar bf, tukar lak pakai Digi.. pastu tukar lagi bf ke laki aku yang skang ni, sbb smpi kahwin... kekal ler no. 012-2517318 ittew.

Ni ler HP paling bersejarah sekali dalam product NOKIA... 3310 (three three ten). Aku pun sempat gak merasa pakai hp ni. Lama laa jugak, dalam setahun lebih. Pengakhirannya, HP ini telah tercicir di Maybank Tg Malim.
.
.


Pastu aku beli yg ni dengan harga rm799.. Skang ni dah tak kuar jenis camni, yg stok ada kat kedai tu dlm rege RM150 je. Time ni HP camera baru nak popular. Padahal ni camera VGA je. Tp aku suka phone ni sbb picture dalam housing tu leh tukar-tukar. Lama gak ler gambor cik abe aku menghiasi casing HP ni. Sejarah HP ni berakhir setelah anak aku lahir. Kegemaran dia ialah menghisap HP ni smpi lencun. Tau2, satu hari keypad hp ni dah tak leh berfungsi.
.
.
Pastu pakai HP ni pulak... HP ni beli beli 2nd hand dari adik aku sndr.. 100 je kot. AKu pun dah lupa. Tak lama pun pakai hp ni.. tengah syok2 minum teh ais kat kedai mamak sambil main SMS, tiba2 kelepup HP ni jatuh masuk dalam gelas teh ais. Terus kojol...
.
.

Pastu, my beloved cik abg telah membelikan HP N73 ME ni sebagai hadiah besday yang ke 28. Alahai, sakan happynya. Sebab selain duit hantaran RM8279.00 yg dapat masa kahwin hari tu.. ni ler hadiah paling mahal pernah my hubby hadiahkan. Adalah kot pakai dalam 5 bulan. Selepas itu, semasa aku sakan membeli-belah kat SOGO... terdapat satu makhluk lahanat yang digelar pencopet telah mencopet HP kesayangan aku ni. Abih laa segala gambar anak aku dalam tu. Sampai akhirat aku tak maafkan itu pencopet. Pasal HP ni hilang, laki aku merajuk panjang ngn aku.. mmg patut pun dia merajuk.
.
.
HP ni mmg aku yang beli, sebelum kahwin dulu.. Beli kat Langkawi. Murah ler berbanding sini sbb duty free. Nokia 6111, takde memory card. Tapi aku beli bukan beli utk aku.. hadiah pada hubby aku kerana berjaya membuat aku peknen setelah 13 hari bernikah... muahahahhahha.. takde laa.. saja je nak bagi. Time beli HP ni aku tgh peknen 8 bulan 1 mgu.. lepas balik dari Langkawi ni laa aku delivered Khaleef.
.

Setelah N73 tu hilang, my abg telah membeli HP Samsung untuk dirinya sndr.. maka, untuk menjimatkan kos, hp 6111 tersebut telah berpindah milik. Tapi, tak lama pun aku pakai.. tak sempat sebulan pun. HP ini telah menjatuhkan dirinya dari dalam handbag semasa aku mengambil kunci kereta. Setelah itu, aku sendiri telah melenyek HP ini dengan kereta. Amazingly, HP ni hanya pecah skrin tapi masih boleh digunakan. Tapi, apa kes aku guna HP takde skrin.
.



Bawa laa 6111 tu gi kedai, tanya 2-3 kedai.. sumer nak Rm120 kalau nak tukar skrin. Sekali tu aku ternampak laa HP yg sungguh comel ini. Harganya RM110.00 sahaja. Tanpa berfikir panjang aku terus membeli Nokia 1208 ini. Functionnya amat laa terhad. Tapi aku suka sbb main sms laju...

.

Tiba-tiba, mak aku ajak teman dia g kedai HP sbb dia nak beli HP satu lagi. Dia nak pakai 2 line. Pstu terberkenan kat Motorola W230 ini kerana ianya mempunyai memory card. Mak aku pun termakan laa hasutan aku supaya beli HP ni. Setelah dia membeli, satu lagi hasutan menerpa..

"MOTOROLA NI SUSAH SKET MA... FUNCTION DIA JAUH BEZA DARI NOKIA"

Makanya, dengan rela hati.. Hajah Norlia sanggup menukarkan w230 nyer dengan nokia 1208 haprak aku tu... hehehehehehe

.


Tiba-tiba lagi... aku rasa bosan pulak pakai HP takde camera ni. Jenuh kalau tiba2 on d spot nak snap picture. Aku pun mintak tolong asst aku carikan HP berkamera yang ala2 takde laa mahal sangat tapi gambar superb. Ikutkan aku berkenan K850i sbb 5MP. Malangnya, harganya ialah 1K ke atas... maka terbatal laa hasrat murni aku tu.. k800i pun jadi laaaa

.

K800i

.

  • Cyber-shot™Sony Ericsson’s megapixel digital camera gives you crisp high resolution every time and added features more common to standalone cameras.
  • Built-in digital camera with screen viewfinder, dedicated menus and direct interaction with in-phone imaging and messaging features.
  • Enjoy real-time video feeds from the Internet - no need to wait for the download or use up storage space on your phone, just stream it.
  • The easy way to share your life in pictures. Take or choose a photo, add a little text and publish it for friends and family to enjoy.
  • Function that inactivates radio transmitters and receivers so that some functions can be used in places such as planes and hospitals.
  • Bluetooth™ wireless technology frees more than your hands – it lets your devices talk to each other without tangles, across ranges of up to 10 metres.

.
.
.








Saturday, November 22, 2008

Chaiyok...ERK !!!!! - 125 kg


Takde penurunan lansung hatta 100g.. huhuhuhu... mgkn kah sbb aku melantak 2 kali makan mc'D? + setiap hari lunch makan nasi sepinggan penuh!!!!


Lagipun mgu ni agak culas sket makan ubat sbb busy banget. Satu lagi amalan minum 1.9L air sehari jugak tidak dapat diamalkan kerana terlupa medang bawak botol air. Pastu siang dah tak minum air, tentu laa malam minum air kan. Tu nasib baik malam tak makan nasi.. kalau makan agaknya, ntah naik 2-3kg... uwaaaaaaa !!!!!


Semlm, THE TIMBANG DAY lagi syok... mama call cakap dia masak sup daging kaw punya.. tanpa membuang masa, dalam ujan lebat tu aku sanggup redah bukak gate, tutup gate kuarkan kete. Nak p makan umah mama


Sampai, seperti yang telah diwar-warkan.. betui ler ada sup daging siap dengan paprik sotong + telur, kerabu nenas + sotong kering + kulit limau dan my peberet food of the world... ikan masin talang goreng ngn cili kering + bawang banyak-banyak. SUPERB!!!!!!!! 2 kali wa tambah nasi tu... Gambor takde, sbb hp baru aku yg ada camera tu belum smpi lagi. klu ada gambor, mesti yang tgk tu.. tup! tup! tup! air liur jatuh atas meja PC sbb terlior..


Mgu depan kena usaha keras sakan la nih... tapi buleh ke?!! dah ler mgu depan kena balik dok umah mama sbb awin & angah dah balik ke kampung masing2. Harap2 mama tak masak. Mama ni kan, dia je sakan nak suh orang diet.. sanggup kuar duit ribu-riban beli cam2. Tapi, asal weekend je "HELLO LONG, MAMA MASAK SEDAP NI.. KO NAK DATANG TAK ?!!!... Walaweeeeiiiiii..... abih tu camno?

Time ambik gambor ni, kat Melaka.. rasanya ni laa rupa aku berberatkan 125KG



Wednesday, November 19, 2008

Cambridge IT Cert



Bestkan tempatnya.. betul2 depan bowling Plaza Flamingo. Nak parking pun senang... Sapa2 yg nak wat training untuk kompeni dalam KL gak.. leh laa survey tempat ni.


MSD ni ekceli boss lama aku.. masa mula2 aku masuk keje sini dulu, depa laa yg jaga hal2 monitoring, maintenance, course, training.. then start this year, kompeni lain lak yg handle. Tapi ikutkan tempat keje aku ni tak termasuk laa pulak dalam kontrak baru ni. So, ibaratkan aku ni free as a bird la...

Ahad lepas, dapat call dari MSD suh aku datang semalam ke MSD Knowledge Center. Ambik ujian Cambridge IT untuk trainer. Yelah, sebelum nak train orang.. aku mesti laa ada sijil dulu. So, semalam utk Initial Steps. Sonang je ujiannya pun... Kalau tak dapat 100% markah, mmg bangang laa aku ni.


Anyway, certificatenya adalah dari Cambridge di London. Pas exam, kena tunggu 2 bulan baru dapat sijil. Kosnya ?!! aku tak pasti.. sbb aku kan ditaja. TQ TQ MSD !!

Initial step ni sesuai untuk bebudak umur 7-10 thn... so, aku yang berumur 29 tahun ni boleh menyiapkan ketiga-tiga ujian dalam masa 30 minit walaupun masa yang diberi adalah 3 jam.


WORD - senang banget seh




Ni lak Excel



Ni PAINT

Lepas dah lulus yang ni nanti ada NEXT Step pulak.. yg ni tahap tinggi sket la.
.
Sebab semalam aku g lambat, mmg tak sempat la nak kejar lunch kat Hotel Flamingo tu.. layan Mc.D je dlm perjalanan. Fillet-o-fish ngn fries + milo. Balik exam tu smpi umah dalam 9.30 malam, layan nasi lauk kerang + ikan goreng berlada.. huwaaaaaa... makan malam nasi lagi tu.
Lantak laaa... yg penting aku leh tido nyenyak.
.
Ubat dapat makan sekali je sbb aku tinggalkan kat umah. Tapi gerder pakai dari 9 pagi smpi 10.00 malam.. dah rasa cam urat2 dalam perut aku ni terseliuh pasal lama sangat pakai. Tapi dapat rasa bezanya yang perut aku yg dulu ala2 peknen 7 bulan.. dah turun jadi 5 bulan.
.
.
.

Tuesday, November 18, 2008

Batuk dan Batuk

Aku pun tak pasti laa apa penyebab musababnya aku batuk tak henti2. Merata dah pergi ambik ubat.. tak cukup ubat cecair dlm botol.. siap makan antibiotik, ubat batuk bentuk pil, bentuk pastel.. sumer dah cuba.

Leganya.. tidak jugak.

Hari tu pernah ada satu doktor ni tanya.. bilanya yang aku mula batuk? aku jawab lepas aku beranak Khaleef. Pastu dia kata, cuba u pregnant sekali lagi... confirm batuk tu hilang. Aiyok !! takkan pregnant lak ubatnya.

Kena lak skang ni ubat2 kurus yang aku ambik tu sumernya honey based. Lagi menjadi-jadi la batuk berkahak aku ni. Ada orang batuk terkucil-kucil. Aku lak bila dah batuk-batuk tak henti-henti tu... KENTUT !!!!

Tadi aku bantai kentut sambil batuk kat opis.. kuat lak tu !!! nasib asst aku wat muka sardin je. Dah laa kuat, BUSUK lak tu. Maybe sebab aku makan gado2 yang ada telur sebijik kot. Tu yang harum semacam je.. kuang kuang kuang

Siang dah makan gado2... so sblm malam menjelma aku pi layan Char Kuey Teow pulak... ambik ikhtibar dari kes semlm.. pasal seharian tak makan, malam mula laaa nak makan macam2 sbb perut lapar. Dari megi ayam, pastu layan roti sapu tuna, pastu 10 minit sblm tido sempat lagi layan biskut cicah milo.

Hari ni sebab tak skip waktu makan... perut ok je. Malam takde laa kepala tu nak makan je. Hehehe cakap pasal kepala igt makan tu.. teringat lak dolu2, zaman nafsu makan menguasai diri, bangun pagi belum bukak mata aku dah fikir apa nak breakfast, apa nak lunch, apa nak dinner
.. tu laa punya suka makan.

Lupa lak nak snap gambor shar kuey teow Tg Malim ni.. klu tunjuk kat Rehan, mesti dia teruja nak dtg Tg Malim makan CKT... hari tu dah bawak dia layan Mee Goreng Basah Mamak Seri Melor... sedap taw... takde mamak lain kat Mesia ni leh lawan mee goreng mamak tg malim.
.
.
.

Sunday, November 16, 2008

Timbang Day - 15/11/08 - 125KG

masih tidak berubah... maknanya mgu ni hanya turun seKG sahaja. Part ni aku nak salahkan laki aku laaa.. sbb dia cuti 1 mgu, aku keja kat umah asyik memasak je.. dah masak takkan tak makan ye tak. Aku pun nak gak muhasabah masakan aku sndr.. hihihi (alasan tegar)

nak jadi citer lagi, alang2 aku makan banyak.. malas aku nak makan ubat. Al-maklum ler ubat tu mahal. Kalau makan ubat, tapi makan banyak watpe ye tak.

Krim Nadia Chantik aku lak hilang ntah p mana. Ni takde keje sapa dah.. mesti keje Ahmad Doyib. Aku takut dia terbuka je tudung losyen tu. Dah ler panas nak mampus. Kang terkena kulit ke mata ke.. tak ke aku yang naya.
.
.
.
.

Saturday, November 15, 2008

Dusun Bay

Hari tukan dah bgtau yang my mum nak belanja makan... so, aku pilih laa nak makan kat Dusun Bay...

DUSUN BAY
- sebuah restoran yang berimejkan santai..
- multiple gerai yg menawarkan masakan ala siam, western food, makanan ringan cam bihun sup, laksa.. then siap ada gerai sisha.. ala, yg cam Apek isap dulu tuh.
- Kawasan memang besar
- Ada tempat nyanyi
- Ada tempat santai, kolam ikan
- Customer sangat laa ramai... ada mandrem kot.. hik hik hik

MASALAHNYA
- Masak lambat
- Pastu order selalu misplaced sbb kadang2 pelayan gerai lain yg layan kita... then dia kena anta order ke kedai yg betul.
- Paling boring, kita dah laa tunggu lama.. tiba2 orang yg baru smpi dapat dulu.

OK back to the story...

malam tu ala2 bengang gak.. tiba2 my hubby kata dia takmo pi alasan sakit kepala. Takmo p sudahlah, aku leh p sorang. Aku pun cepat2 laa p umah MIL nak ambik Khaleef. Smpi sana, SIL aku cakap laki aku dah hambek dia bawak balik umah.. haruskah aku memaki hamun lakiku sndr ?!!!!!!! yang p bawak anak balik tu apsal !!!!! kan aku dah kata aku nak bawak dia p makan.

sampai kedai, tgk muka bonyok family aku. sumer dok salahkan aku pilih kedai hamsau ni. Depa dah duduk kat situ bermula pada jam 7.48 malam. Dan aku tiba kala itu sudah 8.31 malam. My mum dah tak senang duduk. So, dia bawak Sara p tgk pool ikan kat situ.



8.48 malam, my sis panggil waiter tanya apa kes.. dah sejam tunggu makanan tak sampai.Waiter tu pun kelam-kabut laa pi cari balik order. Jumpa order aku yg mengorder Nasi Goreng USA sahaja. Yang order chicken chop dia tak anta lagi. 10 minit pastu N.G USA aku pun sampai. Sepantas kilat aku terus makan sbb mak aku dah ada ura2 nak naik angin dah tu.. baik aku makan sebelum dia ajak balik.

hampir pukul 9.00 mlm... Hajah Norlia dah naik angin..... Seolah2 memberi syarahan di sekolah.
"Saya dah tunggu 1 jam lebih ni... Kenapa meja lain yang baru sampai dah dapat? Apsal kami dah lama sampai tak dapat-dapat lagi" Ini diucapkan sambil berdiri dan ditonton oleh semua customer yang berada di wing kiri. Aku masih lagi melajukan suapan.

"Saya nak cancel sumer order. Baik tak payah makan camni punya lama tunggu." Mak aku membuat keputusan drastik wpun waiter tadi dok kata "sabar makcik"

Oleh kerana mak aku janji nak belanja, dia kena gak p setel bil aku makan tadi & adik2 aku dapat minum jek. Makanya Pn Hajah Norlia telah memanjangkan kes ini ke tokei kedai itu. Tiba2 ada mamat berbaju kuning pakai spek ini turut menuju ke cashier... heheh dia bukan nak belasah mak aku laaa

"Saya pun nak cancel order" kata mamat itu.. hehehe nmpk laa sket bukan mak aku je bengang dengan situasi tersebut.

Apapun, perut aku kenyang laa dengan nasi goreng USA ittew... tapi sebab laki aku tak makan, balik umah kena masak laa pulak. Nasib baik dia order maggi perasa ayam je. Pastu aku story laa what happen kat Dusun Bay tadi.. respon laki aku "Nasib baik abang tak pi" hahahaha mak aku tang wat lawak kering camtu mmg terer...
.
.
.
.
.

Friday, November 14, 2008

Esok TIMBANG DAY !!!

seram seh... bukan rasa turun berat, tapi cam naik berat. Mgu ni semgu my hubby ada rumah.. dia makan, aku makan, dia tido, aku masih makan gak lagi tuh. Pastu semgu ni direct ada je makan nasi sepinggan. Tak pagi.. tgh hari.. paling dahsyat, malam pun aku bantai makan nasi gak. Huhuhuhuhu

Bee Pollen lak asyik lupa medang nak bawak datang opis. Dah balik umah mmg lupa jelah jawabnya. Air kosong pun tak minum.. Adei... semangat dah luntur. Pe pun, gerder maintain pakai wpun besinya dah kuar sana sini.

Malam ni mama nak belanja makan lak sbb sekolah dia lulus 100% UPSR. Makan sedap laa pulak. HEhehee layanzzzzz
.
.
.
.
.

Monday, November 10, 2008

Sate & Kuey Teow Tom Yam

Tak makan seharian mmg tak susah.. tapi tak makan malam... aiyok !!! kenot laaa... kena pulak semlm, sbb malas nak masak nasi.. pi ler beli sate utk en hubby ku cayang. Beli tak hagak2 lak tu. 30 cucuk sey..

Smpi rumah dah pukul 8 mlm, perut rasa sengkak dah ni. pakai gerder more than 8 hours oredi. Almost 11 hours. Sebelum tu, p farmasi beli Noriday. Kat pintu farmasi tu ada timbang yang cam kat klinik kesihatan tu, timbang laa lagi berat. Mana laa nak tau naik balikkan. Memandangkan Ahad hari tu bebas sebebasnya.. siap teguk coke 1 gelas besor lagi. Hehehe... masih menten 126kg.


Teringat plak ada tom yam semangkuk dalam peti ais. So, ala2 tak nak membazir laa kan (common reason) panaskan tom yam pastu buh kuey teow sket + udang 8 ekor + cendawan tiram. Perrrghhhhhh sedap plak ngn kuah dah pekat ala2 tom yam stew plak. Hadap semangkuk licin.


En hubby balik, dia layan sate sorang2. Ala, bape cucuk sangat la kan perut dia tu leh masuk. g kitchen tgk ada banyak cucuk lagi. MEMBAZIR AMALAN SYAITAN. Atas sebab-musabab tersebut, ahkak telah menghabiskan pulak sate-sate yang tidak bersalah itu.

Ikutkan, perut aku ni takde laa lapor sangat. Tapi sebab dah menjadi amalan kehidupan seharian dimana mulutku ini sentiasa mau sentiasa dalam keadaan mengunyah.. chew2... dan tekakku yang sangat suka pada kesedapan makanan.

Apa-apa pun, tgu ler hari sabtu ni.. TIMBANG DAY !!! tgk ada turun lagi ke tidak. Kalau turun jugak, maknanya aku kena laa sign up as dealer plak. Sambil kuruskan badan aku, boleh gak wat duit untuk orang lain menjadi kurus sama. Ops, KURUS tak sesuwei kot.. kurangkan berat badan, itu lebih sesuai.





Sunday, November 9, 2008

1st week - 132kg

Tu dia... sampai 2 kali pusing timbang... punya beratnya. The scale limit number is 130KG and time tu.. jarum penimbang tu dah smpi 130kg and move another 2 kg after 0... UWAAAAAA... berkat pi kursus CB3 yg tak ketahuan butir isi semua, tapi berat aku leh naik 4kg in 3 days.

My mum apa lagi.. bukak khutbah ler.. brok brek brok brek.. berletiaq.

02/11/08 - Sunday
Tgh hari tu, my dietician dtg dengan asstnya.. pas dah timbang, ambik ukuran sume... tiba la masa nak menyarungkan the very the very ketat **** gerder yg ada sistem bio infrared mende ntah. Aku layankan je, wlupun nak mengancingnya tu.. ala2 mau tergolek dok punya laa susah.

Pastu akak tu pun bagi laa brief apa2 yg patut termasuk laa my meal planning yang bagi aku lansung tak masuk akal... hehehe.... sebaik sahaja akak tu melangkah kuar dari rumah, aku pun mengadap meja makan.. my mum said "Oi.. makan laksa tu 3 sudu cukup !!!" Aiyok.. 3 sudu, nak jd taik gigi aku pun tak cukup tawwwww....

nyup nyam nyum nyap.. hambek ko.. 3 mangkuk sekali harung. Bersama gerder yg menjerut perut, larat gak aku hadap laksa 3 mangkuk.

03/11/08 - Monday
Pagi tu ala2 semangat samurai laa nak diet... konnnnoooonnnnnn.... berbekalkan sambal sardin cap ayam dan roti gardenier yang dah nak smpi tarikh luput ditambah pula dengan SMS akak tu bgtau suh tgh meal planner, aku telah memakan 6 keping roti cicah sambal sardin. Lazat !!!

Tapi ubat-ubatan yang dibekalkan aku makan ikut jadual kecuali bee pollen tu aku makan 1 sachet je memandangkan kepala aku migrain makan bende tu.

04/11/08 - Tuesday
Pagi ala2 semangat gaban tu muncul balik... makan roti 2 keping je. takde cicah apa ngn susu low fat. Pastu p KL.. Rehan layan Mc. D, aku pandang je.. Balik KL tu.. mendesup aku lak p Mc. D, layan fillet-o-fish. Mmmmm lega !!!!

Pastu malam siap makan nasi kat umah MIL jam 9.30 mlm. Tapi ubat tetap makan.

05/11/08 - Wednesday
FAILURE... pagi2 hardup nasi goreng 2 pinggan.. pastu menjelang petang p layan Snack Plate KFC ngn kanda aku.. malam lak layan nasi lagi kat umah MIL.

06/11/08 - Thursday
hari ni makan roti ngn kuey teow goreng yg aku goreng sndr.. amat laa tak sedap

07/11/08 - Friday
pagi-pagi layan roti koka yg penuh ngn margerin dan gula. lazat.. lazat... ptg makan kuey teow lagi.. kalau semlm tak sedap.. hari ni 10 kali lebih tak sedap dari semlm

08/11/08 - Saturday

TIMBANG DAY

pagi-pagi dah smpi kat umah mama.. tapi tak terus cari timbang. Mandi dulu.. sbb orang kata kalau timbang pas mandi badan jadi ringan sikit. Ye ke tak, aku pun tak pasti.

126 KG

humang hai... terkojut badak den... maknanya ubat yg aku makan tu rasi laa dengan aku. Wpun aku takde laa jaga makan sangat, cumanya aku stop carbonate drink + chocolate dan kurang sket laa makan nasi. Kalau tak dulu pagi petang siang malam makan nasi.

Quite a good start...

tp malam tu, as a reward.. aku belanja diri aku sndr NASI GORENG USA.. kwang kwang kwang.

9/11/08 - Sunday
Free day - Tapi takde laa nak makan sangat pun. Maybe sbb ubat tu dah mula hilangkan selera makan. Pagi sarapan nasi lemak.. pastu malam makan kuey teow goreng sikit. Antara tu ada makan nugget 2 ketui.


.
.
.
.
.