Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, November 24, 2008

My K800i

Akhirnya... berjaya gak aku beli sebuah hp baru.. lepas hilang N73 ME hadiah dr hubby tersayang dulu.. tak berani dah pakai hp ala2 canggih ni. Takut tragedi berulang. Yelah aku ni jenis careless mak aaaaiiii tahap gaban punya.

Sejarah hp aku bermula dengan pakai Motorola ntah hape kodnya aku dah lupa.. lama banget masa zaman kat U dulu. Pakai line 017, masa tu panggil ADAM. Time tu tak wujud pun lagi sim card. Pastu, ganti ngn Alcatel.. pakai prepaid maxis dengan no. 012-2510436. Lama gak ler no. ni bertahan. Pastu aku pakai Siemens, line pun tukar... 019-3307965. Pastu tukar bf, tukar lak pakai Digi.. pastu tukar lagi bf ke laki aku yang skang ni, sbb smpi kahwin... kekal ler no. 012-2517318 ittew.

Ni ler HP paling bersejarah sekali dalam product NOKIA... 3310 (three three ten). Aku pun sempat gak merasa pakai hp ni. Lama laa jugak, dalam setahun lebih. Pengakhirannya, HP ini telah tercicir di Maybank Tg Malim.
.
.


Pastu aku beli yg ni dengan harga rm799.. Skang ni dah tak kuar jenis camni, yg stok ada kat kedai tu dlm rege RM150 je. Time ni HP camera baru nak popular. Padahal ni camera VGA je. Tp aku suka phone ni sbb picture dalam housing tu leh tukar-tukar. Lama gak ler gambor cik abe aku menghiasi casing HP ni. Sejarah HP ni berakhir setelah anak aku lahir. Kegemaran dia ialah menghisap HP ni smpi lencun. Tau2, satu hari keypad hp ni dah tak leh berfungsi.
.
.
Pastu pakai HP ni pulak... HP ni beli beli 2nd hand dari adik aku sndr.. 100 je kot. AKu pun dah lupa. Tak lama pun pakai hp ni.. tengah syok2 minum teh ais kat kedai mamak sambil main SMS, tiba2 kelepup HP ni jatuh masuk dalam gelas teh ais. Terus kojol...
.
.

Pastu, my beloved cik abg telah membelikan HP N73 ME ni sebagai hadiah besday yang ke 28. Alahai, sakan happynya. Sebab selain duit hantaran RM8279.00 yg dapat masa kahwin hari tu.. ni ler hadiah paling mahal pernah my hubby hadiahkan. Adalah kot pakai dalam 5 bulan. Selepas itu, semasa aku sakan membeli-belah kat SOGO... terdapat satu makhluk lahanat yang digelar pencopet telah mencopet HP kesayangan aku ni. Abih laa segala gambar anak aku dalam tu. Sampai akhirat aku tak maafkan itu pencopet. Pasal HP ni hilang, laki aku merajuk panjang ngn aku.. mmg patut pun dia merajuk.
.
.
HP ni mmg aku yang beli, sebelum kahwin dulu.. Beli kat Langkawi. Murah ler berbanding sini sbb duty free. Nokia 6111, takde memory card. Tapi aku beli bukan beli utk aku.. hadiah pada hubby aku kerana berjaya membuat aku peknen setelah 13 hari bernikah... muahahahhahha.. takde laa.. saja je nak bagi. Time beli HP ni aku tgh peknen 8 bulan 1 mgu.. lepas balik dari Langkawi ni laa aku delivered Khaleef.
.

Setelah N73 tu hilang, my abg telah membeli HP Samsung untuk dirinya sndr.. maka, untuk menjimatkan kos, hp 6111 tersebut telah berpindah milik. Tapi, tak lama pun aku pakai.. tak sempat sebulan pun. HP ini telah menjatuhkan dirinya dari dalam handbag semasa aku mengambil kunci kereta. Setelah itu, aku sendiri telah melenyek HP ini dengan kereta. Amazingly, HP ni hanya pecah skrin tapi masih boleh digunakan. Tapi, apa kes aku guna HP takde skrin.
.



Bawa laa 6111 tu gi kedai, tanya 2-3 kedai.. sumer nak Rm120 kalau nak tukar skrin. Sekali tu aku ternampak laa HP yg sungguh comel ini. Harganya RM110.00 sahaja. Tanpa berfikir panjang aku terus membeli Nokia 1208 ini. Functionnya amat laa terhad. Tapi aku suka sbb main sms laju...

.

Tiba-tiba, mak aku ajak teman dia g kedai HP sbb dia nak beli HP satu lagi. Dia nak pakai 2 line. Pstu terberkenan kat Motorola W230 ini kerana ianya mempunyai memory card. Mak aku pun termakan laa hasutan aku supaya beli HP ni. Setelah dia membeli, satu lagi hasutan menerpa..

"MOTOROLA NI SUSAH SKET MA... FUNCTION DIA JAUH BEZA DARI NOKIA"

Makanya, dengan rela hati.. Hajah Norlia sanggup menukarkan w230 nyer dengan nokia 1208 haprak aku tu... hehehehehehe

.


Tiba-tiba lagi... aku rasa bosan pulak pakai HP takde camera ni. Jenuh kalau tiba2 on d spot nak snap picture. Aku pun mintak tolong asst aku carikan HP berkamera yang ala2 takde laa mahal sangat tapi gambar superb. Ikutkan aku berkenan K850i sbb 5MP. Malangnya, harganya ialah 1K ke atas... maka terbatal laa hasrat murni aku tu.. k800i pun jadi laaaa

.

K800i

.

  • Cyber-shot™Sony Ericsson’s megapixel digital camera gives you crisp high resolution every time and added features more common to standalone cameras.
  • Built-in digital camera with screen viewfinder, dedicated menus and direct interaction with in-phone imaging and messaging features.
  • Enjoy real-time video feeds from the Internet - no need to wait for the download or use up storage space on your phone, just stream it.
  • The easy way to share your life in pictures. Take or choose a photo, add a little text and publish it for friends and family to enjoy.
  • Function that inactivates radio transmitters and receivers so that some functions can be used in places such as planes and hospitals.
  • Bluetooth™ wireless technology frees more than your hands – it lets your devices talk to each other without tangles, across ranges of up to 10 metres.

.
.
.








1 comment:

Asz said...

beb, i tell u ... u will luuvvv this phone .. very convenient ... am currently using it ... paling i suka pasal boleh amik gambar di mana saje ... i was nokia fan but no more sejak pakai k800i ni ... gambar dia mmg clear compared to nokia, pastu lak kalau pasang lagu bunyi lagi sedap dr nokia ...i think so far this is the best phone i ever had ... trust me ... u will love it.