Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, November 25, 2008

Mee Goreng Mamak Seri Melor

Ya puan-puan, sila kelip mata anda sekarang. Mmg betul gambar di atas adalah dinner aku ini malam. Dah laa makan mee goreng.. siap tambah ayam goreng... dinikmati bersama teh o ais limau. Wpun sepatutnya aku TIDAK BOLEH makan malam, tp kenot rezis laaa. Dari ptg aku dok cakap nak makan mee goreng ni. Pastu dah jalan2 kat pekan, ambik anak aku.. still tak boleh lupakan mee goreng basah.

Lalu, dengan kete kura2 terbang aku tu.. desup p kedai mamak yang pada awalnya aku dah lalu 2 kali tapi tak nak singgah ala2 kuat iman. Pas dah order tu aku bawak Khaleef pi beli toys. Kan hari ni hari gaji.. tapi kat kedai 2 hengget je.. dia ambik 1 superman + 1 terup UNO gambor mickey mouse dan torchlite... ntah bape banyak torchlight laa budak ni ada.

lama sangat pusing2, mee yg mula2nya basah tadi dah jadi kurang basah. Tapi rasanya tetap marbelesssss... i like !!! Skang ni tengah kenyang bulat ler.


1 comment:

Sal said...

Salam..
Alamak, hari tu kata nak diet. Nie kena mee mamak ayam goreng plak. Memang nampak sedap..yum..yumm. tapi kena kuat la. Kalau nak gie kedai mamak, makanlah la roti nan ke, capati ke, tosai ke..baru ok. Kena banyak bersabar & kuat kan usaha lagi...Jgn lupa bersenam...
Sama-sama la kite turunkan berat badan
Chaiyok...chaiyok