Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, November 15, 2008

Dusun Bay

Hari tukan dah bgtau yang my mum nak belanja makan... so, aku pilih laa nak makan kat Dusun Bay...

DUSUN BAY
- sebuah restoran yang berimejkan santai..
- multiple gerai yg menawarkan masakan ala siam, western food, makanan ringan cam bihun sup, laksa.. then siap ada gerai sisha.. ala, yg cam Apek isap dulu tuh.
- Kawasan memang besar
- Ada tempat nyanyi
- Ada tempat santai, kolam ikan
- Customer sangat laa ramai... ada mandrem kot.. hik hik hik

MASALAHNYA
- Masak lambat
- Pastu order selalu misplaced sbb kadang2 pelayan gerai lain yg layan kita... then dia kena anta order ke kedai yg betul.
- Paling boring, kita dah laa tunggu lama.. tiba2 orang yg baru smpi dapat dulu.

OK back to the story...

malam tu ala2 bengang gak.. tiba2 my hubby kata dia takmo pi alasan sakit kepala. Takmo p sudahlah, aku leh p sorang. Aku pun cepat2 laa p umah MIL nak ambik Khaleef. Smpi sana, SIL aku cakap laki aku dah hambek dia bawak balik umah.. haruskah aku memaki hamun lakiku sndr ?!!!!!!! yang p bawak anak balik tu apsal !!!!! kan aku dah kata aku nak bawak dia p makan.

sampai kedai, tgk muka bonyok family aku. sumer dok salahkan aku pilih kedai hamsau ni. Depa dah duduk kat situ bermula pada jam 7.48 malam. Dan aku tiba kala itu sudah 8.31 malam. My mum dah tak senang duduk. So, dia bawak Sara p tgk pool ikan kat situ.



8.48 malam, my sis panggil waiter tanya apa kes.. dah sejam tunggu makanan tak sampai.Waiter tu pun kelam-kabut laa pi cari balik order. Jumpa order aku yg mengorder Nasi Goreng USA sahaja. Yang order chicken chop dia tak anta lagi. 10 minit pastu N.G USA aku pun sampai. Sepantas kilat aku terus makan sbb mak aku dah ada ura2 nak naik angin dah tu.. baik aku makan sebelum dia ajak balik.

hampir pukul 9.00 mlm... Hajah Norlia dah naik angin..... Seolah2 memberi syarahan di sekolah.
"Saya dah tunggu 1 jam lebih ni... Kenapa meja lain yang baru sampai dah dapat? Apsal kami dah lama sampai tak dapat-dapat lagi" Ini diucapkan sambil berdiri dan ditonton oleh semua customer yang berada di wing kiri. Aku masih lagi melajukan suapan.

"Saya nak cancel sumer order. Baik tak payah makan camni punya lama tunggu." Mak aku membuat keputusan drastik wpun waiter tadi dok kata "sabar makcik"

Oleh kerana mak aku janji nak belanja, dia kena gak p setel bil aku makan tadi & adik2 aku dapat minum jek. Makanya Pn Hajah Norlia telah memanjangkan kes ini ke tokei kedai itu. Tiba2 ada mamat berbaju kuning pakai spek ini turut menuju ke cashier... heheh dia bukan nak belasah mak aku laaa

"Saya pun nak cancel order" kata mamat itu.. hehehe nmpk laa sket bukan mak aku je bengang dengan situasi tersebut.

Apapun, perut aku kenyang laa dengan nasi goreng USA ittew... tapi sebab laki aku tak makan, balik umah kena masak laa pulak. Nasib baik dia order maggi perasa ayam je. Pastu aku story laa what happen kat Dusun Bay tadi.. respon laki aku "Nasib baik abang tak pi" hahahaha mak aku tang wat lawak kering camtu mmg terer...
.
.
.
.
.

1 comment:

Raihan said...

Mak hang memang guru besaq berwibawa sungguh! hahahah