Komen kali ni muncul lambat sbb Sabtu lepas aku ada kat kampung. Astro Decoder ada kat umah atuk aku ni.. tapi astro card takde... aku lak, lupa bawak kad. So, tgk Otai Rempit jelah masa konsert ni sedang berlansung.
Disebabkan lawatan yang telah memporak-perandakan hidup aku mgu lepas telah ditunda, maka di pagi Isnin yang mulia ini.. aku ada banyak masa lapang. Apa pun entry ni akan muncul pada Selasa sbb hari ni aku dah ada wat entry.
KOMENTAR
1- Yazid - Pawana
Genre lagu yang sesuai ngn Yazid ni.. Tapi sejujur nyer aku masih dipengaruhi persembahan hampess dia mgu lepas. Aku tidak adil ?!!! eh, suka aku laa kan.. blog aku. ;) Tapi cam ada yang tak match antara dia, melodi, lirik dan lagu tersebut. Ke sebab aku tgk kat youtube je tu jadi tak bape nak best. Apa pun, improvement dari mgu yang sebelum nyer dia mana aku bagi kat dia mangkuk tandas belum pam.. mgu ni tak tau laa sapa yang mendapat pulak.
(**/*****)
2- Aril - Andainya Aku Pergi Dulu
Music arrangement lain ek. Sedap jugak si Aril ni nyanyi.. tapi aku rasa back-up singer lak wat slek. Tak tahan aku tgk muka steamboat si Aril ni. Aku masih ada perasaan nak tekup muka dia ngn bantal.. Eeeee.. kenapa laa mgu ni aku asyik dipengaruhi angin konsert mgu lepas. Secara keseluruhannya.. adalah sedap berbanding mgu lepas. Kira tak malu laa akak jadi peminat nko.
(***/*****)
.
3- Claudia - Lama Tak Jumpa
Falsetto OUT hokay.... kalau tak buat mesti lebih sedap. Mgu ni cam bosan lak aku tengok persembahan dia ni wpun lagu rancak tapi aku rasa bosan. Persembahan biasa-biasa sahaja. Betul laa kan dia ni cam Dayang version chubby. Eh, takde Edry Hashim ek. Aku baru baru tahuuuuu... alamak aku merinduimu laa.. ngn gaya2 seksi tunjuk dada + terkibas2 rambut.
(***/*****)
4- Rini - Seloka Cinta Remaja
Oooo.. dah kuar ek minah yang I don't like ni. Tapi.. tapi.. aku cam suka lak persembahan dia mgu ni. Energy cukup. Expression muka yang over sket tapi masih boleh diterima. Lontaran suara jelas. Kawalan suara yang kemas. Tarian ok. Bermaruah laa kira nyer walaupun dia out.
(****/*****)
5- Qhaud - Pilihlah Aku
Lain laa pulak suara mamat ni mgu nikan. Sedap ?!!! mungkin tidak !! Pitching masuk lombong bijih timah. Oooo.. aku dah tau muka dia ni iras sapa. Bila dia joget tu baru aku teringat citer SAYANG YOU CAN DANCE punya hero. Samuel Rizal version katik. Sesuatu betul laaa dia ni kan..
(**/*****)
6- Akim - Anak Gembala
Huarggghhhhh.. mengantuk seh. Dah laaa aku tak cukup tido malam tadi mengemas kain baju laki aku. Nasib baik tgk kat youtube leh pause & stop terus. Persembahan biasa tahap Hari Penyampaian Hadiah sekolah kebangsaan. Tiada yang menarik. Mendatar cam papan lapis.
(*/*****)
7- Rubisa - Angan-angan
Lagu kegemaran aku masa darjah 4 ni taw. Rubisa ni nyanyi kurang manja ler.. tak cam Raja Ema. Tapi dah suara dia gitu nak wat camnekan. Kurang dinamik dan sangat mendatar. Segeng laa ngn si Akim tadi tuh.
(**/*****)
8- Zizi - Ini Rindu
Nasib takde aksi2 kangkang melampau seperti minggu sebelum ini. Dia ni cam maintain je nyanyi. Sedap sangat pun tidak.. tak sedap sangat pun tidak. Belum sampai tahap WOW lagi. Masih di tahap biasa.
(**/*****)
9- Sidi - Hanya di Radio
Satu lagi persembahan yang sangat.. sangat.. sangat BIASA... Wei, apa kena korang sumer ni. Nasib akak tak ngundi taw. Kalau akak terbazir kredit utk undi wlau sesapa pun, mmg makan maki hamun korang sumer ni taw. Transformasi ? aku tgk dah nak macam jadi robot Transformer je dah.
(*/*****)
gambar untuk hiasan.. tp ada kena-mengena dengan seseorang...
10- Obri - Abang Beca
Sorang lagi Ikan Mata Besar. Terbeliak cam meneran berak keras !! Sapa tak pernah tgk ikan ni.. pi pasar terdekat cari. Rupa dia sama je cam ikan selar, ikan kembung, ikan mabung.. tang mata je lain sket. Kalu jumpa yang mata terbeliak cam Obri ni.. hat tu laa dia. Energy bagus tapi nyanyi HANTAM SAJA laaa.. janji abih nyanyi. Dia ni kuar gakkan.. So, u ols tak salah wat pilihan. Tepat sekali.
(*/*****)
11- Aisyah - Mata
Budak ni mengingatkan aku Eliza AF3. Petite camni gakkan. Apa 4 bohjan tu wat menyemak atas pentas tu. Suara yang amat tidak konsisten. Kejap jelas.. kejap tenggelam masuk laut.
(*/*****)
12- Isma - Rambu Ramba
Bak kata Edry Hashim, suara dia ni mmg ada iras Siti here and there. Tapi berbanding peserta-peserta muda lain yang perasan bagus sangat, Isma ni paling konsisten. Walaupun takde x-factor.. tapi kalau aku dengar lagu dia kat radio, aku tak tukar cenel lain. Kira nyer boleh layan laaaa.. Pe mender si Adlin merepek meraban merambu nih ?!!!!
(****/*****)
13- Hafiz - Mat Disko
Kali ni rambut dia mmg matching dengan penceritaan lagu. Tapi dia ni boleh ke nak jadi ikon AF7.. sama-sama laa kita tunggu dan nantikan. Asyik bagus je everyweek aku naik bosan laa pulak. Kena lak sumer nak puji dia melambung-lambung.
(***/*****)
Ringkas-ringkas je komentar kali ni. Mood kureng sbb aku tak dapat tgk live. Tgk kat youtube.. nak tunggu loading lagi.. eeeeee tak koser lah.
.
.
.
1 comment:
da lma aq x tgk af live cz aq g kja blek lmbt..le x aq tgk af d siang hr? ada ulangn kt intrnet x?le tw almt?
Post a Comment