Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, August 10, 2011

Your Shoulder & Sirap

Banyak blog yang mengimbau hari raya..
Aku pun nak wat imbauan jugek..

Nak imbau kuih2 yg mak aku masak..
Dah lama mak aku tak buat kuih..
Dia masak pun yang simple-simple je skang ni..

Sejajar laa dengan 3 orang anak dia yg boleh tubuhkan..
Bluehyppo Club :))

Ni laa kuih peberet aku..
Kuih Your Shoulder dlm bahasa Hinggerish..
Dalam bahasa Melesia nyer..
Kuih BAHULU :)

Kat kampung Kuala Kurau nun..
Ada org yang terer sangat buat kuih ni..
Tapi bukan bentuk ceremai ni..
Bentuk ikan..

Kalau balik kampung mesti beli punyer..

Ini kawan kuih your shoulder..
Iaitu air sirap sejuk..
Teh O panas pun okay jugak..
Tapi, Kak Zel lebih gemar sirap sejuk sbb bahulu tak lembik sgt..

Time kecik2..
Kalau g umah orang..
Ada 2 benda ni..
Memang aku bantai sampai kosong balang..

Pastu siap laaa..
Mesti Cikgu Norlia (masa tu lum Hajah lagi)..
JEGIL mata sambil jejemari tak berapa runcing dia tu..
Mengetam peha aku :))

Kat rumah kan ada!!!

Lain.. tak sama membelasah kuih dan sirap di rumah orang..
Dengan membelasah kuih dan sirap di rumah sendiri..

Skang giliran aku lak mencegil..
Tiap kali Khaleef wat perangai perabih biskut Hup Seng kat rumah orang..
Padahal kat rumah sendiri 3-4 bungkus biskut tu ada wat stok..
.
.
.

5 comments:

UMMI FARIS & FARAH said...

wahhh..syokk!!!terliurrrr sirap merah menyala tu!

noradzlina.kamdani said...

klu cecah kopi o pun sdp

kakngah said...

ya Allah.. memang betul la.. kuih + air kat rmh orang memang sedap belaka. nikmat.

anak aku pun sama cam kalep. kat rmh sendiri sampai lemau sekut tawar lebar tu.. tak dipandangnyer..
kat rmh org, macam kita tak pernah beli jek dihadapnyer..

Anonymous said...

mia lak wajib cari kuih tart...ketupat kacang pulut hitam..hehe

TiNie said...

ingtkan kuih apa td..kuih your shoulder..rupanya kuih bahu-lu..ptut la jadi kuih your shoulder..hehehe