Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, March 27, 2012

Cik Bunga dan Encik Sombong


Aku ni skang peminat novel Karya Seni..
Setakat ni yang dibeli semua memuaskan hati..
Sapa-sapa nak kumpul gak..
Boleh pergi kat http://www.karyaseni.my
Yang bestnya.. siap ada diskaun, pastu Pos Laju FREE!!!

Cik Bunga dan Encik Sombong ni..
Aku baru beli last 3 week..
Tapi takde masa nak baca..
Perap sampai minggu ni baru baca..

Expectation aku sangat tinggi terhadap buku Karya Seni ni..
Namun, agak mengecewakan..
Berbanding dengan novel2 yg aku beli dan baca sebelum ni..

Rerupanya.. Karya Seni pun menerbitkan novel dari Penulisan2u tu..
Hari tu aku dah banned novel2 dari K*K* N*VEL sbb takde mutu..
Citer carca marba.. tak tersusun.. mengarut2 dan meleret2..

Cik Bunga dan Encik Sombong ni ekceli takde laa bosan sangat..
Ok jer.. maybe mood aku tak baik time baca tu sbb Hasya tengah demam dan meragam..

Citernya pasal Cik Bunga ni yg jadi bidan terjun..
Terterjun jadi tunang En. Sombong..
Sampai laa depa kahwin..
Tapi ni bukan cam kahwin paksa yg tido asing2 bilik tu..
Kiranya sebelum kahwin lagi depa dah fall in love..

Yang jadi bad witch dalam citer ni..
Ialah mak hero dan ex-tunang tak jadi hero..

Heroin dalam citer ni digambarkan sebagai seorang yang tak berapa lawa.. kulit pun gelap.. pelajaran pun tak tinggi..
Hero lak.. hensem yang amat.. putih melepak.. kaya raya.. gaji dia 48K sebulan.. ko hade?!

Yang menjadikan mood aku lari sket..
Sebab plotnya berulang2..
Asyik2 mak hero + ex tunang tak jadi tu..
Datang kedai.. datang umah.. maki hamun Cik Bunga..
Pastu En Sombong pun datang marah balik mak dia ngn pompuan tu..
Ada laa kot 5-6 kali perkara yang sama ulang-ulang..
Membuatkan aku baca skip2..

Tapikan, lepas habis baca..
Aku baca laa tinta penulis..
Rupanya penulis ni mmg berhajat nak wat cerita camni..
Cerita yang gembira je..
Ooo.. kira berjaya laa dia..
Sebab citer ni takde apa yang mengerikan sangat kecuali masa mak hero pedajal kete heroin tapi terkena kat anak dia balik..

Lain-lain sinopsis novel ni (tak adil la kan baca kritikan aku je)

3 comments:

cikbedahlaser said...

buku pertama karya seni yg sy beli... Awak Suka Saya Tak?... best gak.. tp tebal gilo.. akak dh baca??

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Dah beli tapi belum baca :)

noradzlina.kamdani said...

blm pernah baca hasil dr karya seni