Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, January 31, 2013

Tahniah Datuk Aznil Hj Nawawi

cr : rotikaya.com

Lama dah tertanya-tanya..
Bila Aznil nak dapat Datuk..
Ikutkan macam-macam dah jasa dia nih..
Paling berjasa pada aku..
Bila masa Program TV Tom Tom Bak bersiaran di Astro Ceria..
Time ni Kalep kecik lagi... dalam umur 2-3 tahun...
Kalep akan terpaku depan TV..
Tak gerak2 selagi tak habis..
Boleh laaa aku melelapkan mata barang sejam :)

Hehehe..

Patutnya dah lama Aznil ni dapat Datuk..
Banding dengan segelintir yg tak semena-mena dapat Datuk..

Sedikit info..

Aznil Nawawi bakal dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan bersama 40 orang lagi penerima anugerah yang sama pada hari ini (Jumaat). Penganugerahan ini secara rasminya akan memberikan gelaran ‘Datuk’ kepada Aznil Nawawi.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta dan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

TAHNIAH DATUK!!!
.
.
.
 

1 comment:

cikbedahlaser said...

thn lepas klu x silap...
memula tak perasan pon.. pastu budak2 opis ni dok sibuk amik gmbr dgn die.. baru la taw die dpt datuk....