Jenuhnya nak ingat...
Ni baru Darjah Dua punya silibus..
Kang dah Darjah Enam..
Apa pulak dia jumpa..
Digraf ialah dua huruf konsonan (selain a, e, i, o, u) yang hadir secara berturut-turut yang mewakili satu bunyi dalam perkataan.
Digraf dikenali juga sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Dalam Bahasa Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:
gh mewakili /ɣ/ (geseran velar bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: ghairah, Afghan dan baligh.
kh mewakili /x/ (geseran velar tak bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: khidmat, akhbar dan tarikh.
ng mewakili /ŋ/ (sengauan velar)
ny mewakili /ɲ/ (sengauan lelangit)
sy mewakili /ʃ/ (geseran belakang gusi tak bersuara)
Contoh perkataan digraf:
ng - nganga, bunga, singa
ny - nyamuk, nyanyi, nyala
kh - khabar, khas, khamis
sy - syampu, syabas, syarikat
gh - ghazal, ghairah, ghaib
______________________________________
Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah gabungan 2 huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Ia adalah gabungan 2 konsonan selain daripada gabungan konsonan yang membentuk digraf.
Perkataan yang mengandungi konsonan bergabung kebanyakannya adalah dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
Contoh perkataan konsonan bergabung:
kompleks, konkrit, skuter, traktor, drama, teks, stadium, strawberi, dll
.
.
.
14 comments:
TQ TQ!! mujur laa search jumpa ni.. kalo dak pening gak akak ngan ajar anak yg 2nd.. silibus abg dia x macam dia.. pening2..
Terima kasih atas perkongsian. Saya share di blog saya
HomeSchooling
Tq,amat membantu. Kalau x pening jugak nak sydahkan homework.
Mekasih sharing knowledge ni.
susah jadi bapak orang skarang ni.
Kena tolong anak buat homework.
ape2 je yg diajar di skolah ni.
langsung tak paham.
macam mana nak bezakan antara digraf dengan konsonan bergabung? macam susah nak bezakan... contoh la kalau perkataan traktor... mintak pencerahan..
Digraf ialah dua huruf konsonan (selain a, e, i, o, u) yang hadir secara berturut-turut yang mewakili satu bunyi dalam perkataan.
Digraf dikenali juga sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Dalam Bahasa Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:
gh mewakili /ɣ/ (geseran velar bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: ghairah, Afghan dan baligh.
kh mewakili /x/ (geseran velar tak bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: khidmat, akhbar dan tarikh.
ng mewakili /ŋ/ (sengauan velar)
ny mewakili /ɲ/ (sengauan lelangit)
sy mewakili /ʃ/ (geseran belakang gusi tak bersuara)
Contoh perkataan digraf:
ng - nganga, bunga, singa
ny - nyamuk, nyanyi, nyala
kh - khabar, khas, khamis
sy - syampu, syabas, syarikat
gh - ghazal, ghairah, ghaib
______________________________________
Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah gabungan 2 huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Ia adalah gabungan 2 konsonan selain daripada gabungan konsonan yang membentuk digraf.
Perkataan yang mengandungi konsonan bergabung kebanyakannya adalah dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
Contoh perkataan konsonan bergabung:
kompleks, konkrit, skuter, traktor, drama, teks, stadium, strawberi, dll
Dari diftong... terus aku jadi tong tong. .. hahahaha btw Tq. Sangat membantu
Saya suruh anak hafal je..
Sebab kalau nak bagi dia faham..
Memang takkan faham...
Terima kasih..Sangat membantu..
Menjadi ibubapa zaman sekarang sangat mencabar..kita juga turut sama kena menggali ilmu sama seperti anak.. terlintas tentang ibubapa yang tak mampu dan tak tahu. Macamana agaknya urusan mereka? hanya mengharapkan anak belajar disekolah. nak bertanya pada siapa..nak merujuk bagaimana..
Thanks for the info
Masalah anak saya pulak ..die takkan hafal selagi die tak faham.
Die jenis yg nak paham..knp benda ni kena mcm ni...knp mcm tu. Jenuh nak bagi paham.
Once dah paham...die akan ok.
Susahnya nak paham kalau x google
Terima kasih ...
thanks,sgt mmbantu dlm p&p anak sy..teruskn usaha murni anda..
Assalamualaikum terima kasih. Dapat saya membantu anak saya. Masih ingat lagi diftong saya belajar sewaktu tingkatan 6
Allahuakbar. ....skrg tahun 2 sudah mula...
Post a Comment