Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, July 9, 2012

Program Diet Ramadhan - versi baju tak muat :)


Kali ni nak jauhi kelaziman menimbang berat lak..
Asyik2 LWP..
Asyik2 bape banyak berat  turun..
Kali ni kita main game lain pulak..

Sapa berani..
Boleh aplikasikan pada pembelian atau tempahan baju raya..
Kalau pakai saiz XXL..
Time beli baju.. try beli XL..
Tak pun masa tempah baju.. suh akak tailor tu kurangkan 3 inci dari ukuran sebenar..

Kalau berani la..

Kalau tidak..
Cari jelah baju-baju lama yang memang tak muat tu..
Pertaruhkan laa baju itu pun dah cukup..

Cara main senang je..

1- Snap gambar anda bersama baju tak muat tersebut.. Tak kira laa seluar ke.. baju ke... Pakai laa inner @ tight untuk selamat.. lebih2 yang mmg tak dapat sarung atau kancing.

2- Masukkan gambar tersebut dalam FB group KMMK atau satu lagi group (by invitee only) bersama timbangan terkini

3- Diet laa sepanjang Ramadhan atau nak lebih efektif, diet laa mula sekarang pun boleh..

4- Sehari sebelum raya, snap la gambar anda bersama baju tak muat tadi.. timbang laa berat terkini dan submit kepada aku.

Pengadilan akan dilakukan ikut 2 cara

1- Baju muat elok + 2- Berat paling banyak turun


Ada 2 kategori..

1- Bawah 80kg - akan dibuat di group KMMK
2- Atas 80kg - akan dibuat di group baru

PM akak di FB untuk maklumat lanjut jika berminat :)


Perkara-perkara yang tidak akan dilayan

1- Tiada kamera, tiada timbang dan tiada baju
2- Tiada FB - program ini menggunakan FB sepenuhnya

.
.
.

4 comments:

Nurain Kamal said...

kalau macam kita ni yg kejap 80.2, 79.7, 78.5, 77.0 sat lagi 80.5 camne kak? kejap naik kejap turun.

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

timbang ler dulu 18hb tu.. pastu ikut laa kumpulan mana nak masuk

noradzlina.kamdani said...

menarik tu zel..aku tlg sokong dr jauh jek la...

Mamaninasofia said...

nak join tau...