Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, February 22, 2012

Hari Gaji.. tolong la bantu adik Faris dan keluarganya



Sejak terbaca status FB redmummy.com..
Sejak itulah aku mengikuti kisah adik Faris melalui FB abah dia..
Tiap kali tu jugak laa..
Airmata ni cam empangan pecah..

Faris ni sebaya dengan Khaleef..
Dari sihat, aktif dan ceria..
Tup tup jatuh sakit.. ujian Allah SWT

Duit dalam acc yg tak seberapa tu..
(maklum laa aku dah lama tak bergaji..)
Sudah aku sedekahkan masuk ke akaun abah dia..


2 hari sudah.. cam lega sket..
Abah dia tulis Faris dah mula buka mata..
Boleh respon terhadap abah dan mak dia..

Semalam dan pagi ni..
Abah dia tulis Faris dah kritikal..
Subhanallah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..
Kau kurniakanlah ketabahan paling maksimum untuk keluarga ini..

Bil hospital rasanya time aku wat entry ni..
Mesti dah lebih 100K..

Ramai yang tanya.. apsal SJMC? apsal tak pindah ke HKL?

Wahai orang ramai oiiii...
Tak usah laa kamu pedulikan hospital mana.. doktor apa...
Perkara utama sekarang ni anak abah ni sakit kuat.. sakit teruk..
Mana-mana mak abah pun dalam dunia ni..
Nakkan yang terbaik untuk anak depa..

Cerita penuh dan gambar boleh dilihat di http://mazidulakmal.com
Pikir laaa.. dengan wayar berselirat camtu..
Senang ke nak ubah2 hospital.. nak ubah2 katil pun payah tau..

Satu lagi.. pagi ni aku nampak ada orang tanya pasal tarikh bil...
Apsal 9 September 2012?
Itu pun korang nak ambik hal?
Ko nak bayar semua ke yang sibuk sangat tu?
Tarikh bil tu penting ke saat-saat genting camni?

Apa pun.. saya merayulah untuk semua reader LWC..
Bantulah setakat mampu..
Tak mampu bank in duit.. boleh kirim doa untuk keluarga ini..
Hari ini hari depa..
Ntah esok lusa hari kita..

Salurkan bantuan ke
akaun Maybank 1140-1115-2218 atau
1628-5200-2738

Allahu Akbar :'(
.
.
.

2 comments:

NurulHudaResad said...

petang semalam bengkak mata psl baca kes nih la. memang tersiat2 hati rasa. apalah daya anak kecik tu kan....nampak dia weak sgt lepas kimo. masyaAllah....

.:Yana:. said...

baru semalam terbace kisah ni kat blog mazidul tu..innalillah..