Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, August 12, 2012

DIY - Puding Caramel..


Mak aku yang request..
Takkan tak tunaikan..
Aku lagi selalu request dia masak macam-macam..

Tapi tadi dia siap pesan...
Kalau ko buat kek pisang..
Tak payah bawak..
Kat kedai melambak kek pisang lagi sedap..

Uwaaaa!!!!

Sampai nyer hati..

Feeling rajin muncul..
Sebab aku hanya perlu masak puding ni je..
Berbuka kang umah mak aku..

Bahan-bahan Caramel

6 sudu gula pasir
3-4 sudu air


Mula-mula masukkan  6 sudu besar gula pasir masuk kuali..
Tambah dengan 1 sudu besar air..
Masak dengan api kecik..
Rasa dah melekat-lekat tu..
Tambah lagi 2-3 sudu air..

Lepas dah perang tu..
Tuang masuk loyang..
Pastu sejukkan dalam peti ais..


Bahan-bahan puding..

5 biji telur
3 sudu besar gula castor
2 sudu teh vanilla esen
2 sudu tepung kastad
1 tin susu cair

Yang tersenarai di atas tidak termasuk susu cair..
Satukan dalam bekas pastu kacau..
Jangan sampai berbuih.. kacau pelan2 cam buat air tu..
Kalau tak nanti puding berlopak..




Ada resepi tak bubuh tepung..
Tapi aku suka nak bubuh..
sebab nanti puding jadi lebih tegap..
Last time aku guna tepung jagung..
Kali ni guna tepung kastad..


Suamkan susu cair 1 tin..
Dah tu tuang je masuk bahan2 campuran tadi masuk dalam pan ni..
Kacau sampai sebati..

Dah tu kuarkan loyang yang ada gula hangus tadi..
Guna laa penapis apa pun supaya tidak berketul..
Nak-nak resepi ni guna tepung..
Tuangkan campuran puding tadi dalam loyang..
 

Guna foil untuk elakkan air masuk dalam loyang puding..
Kukus laa selama 20-25 minit..



Ni dia dah siap..
Kejap je buat ni..
Sedia-sedia dalam 15 minit je pun..
.
.
.

3 comments:

ibh_sue said...

Wah! Mengkeramel ko ptg ni ya zel. Jd elok puding ko zel. Bulan puasa mmg laku puding karamel ni. Tp aku yg version ni kurang skit. Aku suka puding karamel kentang version bako lg. Sbb x rasa muak telo tu. Heeee. .

I want to lose weight said...

aku makan sikit jer.. manis woo..
gigi aku tengah mood elok ni baik jangan cari pasal..

Salmi Khairil said...

sedapp nye..suka2