Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, August 1, 2012

Sambal Sardin Daun Limau langkah demi langkah...




U.P: Makcik Rehan

Tetiba nak feeling Ana Suzana la pulak :))
Padahal masak sardin jer pun..

Hehehe...

Tujuan entry ini adalah untuk panduan isteri2 gersang masak selalu terkehel untuk menghasilkan sesuatu yang agak sedap... Contohnya cam aku la.. kalau masak pelik2 cam percik ayam ke.. kari ayam ke.. asam pedas ke.. mmg selalu ke laut dalam..


Langkah pertama.. panaskan minyak dengan api kecik..
Pastu masukkan hirisan bawang besar dahulu..
Baru masuk sardin tanpa kuah..
Tujuan masuk bawang dulu..
Supaya muka korang sempurna tanpa cacat cela selepas abih goreng sardin..

Kalau rasa nak claim insurance..
Cer goreng sardin guna api besar tanpa bawang

Confirm!!!


Lepas tu masuk cili hidup tumbuk..
Tumbuk lumat2 baru best!!

Aku blender kering je tu..
Tu biji cili bersepah..
Hari ni not in the mood to tumbuk2..

Nak pedas masuk laa cili api sikit..
Rumah aku tak makan pedas..


Kuah tin tadi..
Masukkan seco'et asam jawa dan kacau rata..
Kalau nak berkuah sket.. masuk laaa air paip barang 1/2 cawan..
Lepas tu tuang laa masuk kuali supaya mereka dapat bersama semula..

Masak laaa smpi rasa cili betul2 masak..


Lepas itu..
Masukkan hirisan 2 helai daun limau purut..
Hat ni yang buat sedap tau..
Daun limau purut ni akan menyerlahkan rasa sardin dan kuahnya..
Tapi jangan banyak.. nanti pahit..

Pastu bawang besar potong bulat
Dan garam..

Gula jangan bubuh... nnt rasa pelik..


Nin dia dah siap..
Kalau kawan dengan telur dadar memang perghhhhh

Tapi, isteri mithali sorang ni.. (aku ler tuh)
Mentaati pesanan sang suami..
Katanya MASAK SATU LAUK SUDAH..

Maka, tak payah laa goreng telur..
.
.
.


5 comments:

Ana Suzana said...

Oittt.. Tetiba tersedak namaku di sebut.. Ekekke

ibh_sue said...

Zel. . Aku klu dpt pesanan mcm tu, sgt happy. Satu lauk sj hokey. Sonang yo kejanya. Ekekekeee. . Dah mcm ana dah resepi bergambo ya. Bkn senang nak bwt resepi bergambo ni. Org yg rajin ja ble bwt. Heeee

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Terliur teman dibuatnya bila baca entry nie di pagi hari pose...

noradzlina.kamdani said...

hebat zel..resepi tu lain dr yg len..bole la aku mencubanya...cuma mls nk cari daun limau le beb.

makcikrehan KJB said...

semlm aku dah beli sadin kat msm. sekali jem... kat kol 6 tak sampai umah lagi. sadin aku masuk lemari. aku beli nasik lemak che mah country homes je. minggu depanla baru aku try. dan la nak pi carik limau purut hehe.