Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, September 30, 2012

Terapi Kak Raw - Part I



Sebenarnya..
Rawatan Terapi Kak Raw ni..
Sangat terkenal di kalangan ibu bapa yang ada anak istimewa..
Seperti Cerebral Palsy, Autistic dan Down Syndrom..
Selain itu.. ada jugak parent yang bawa untuk kes2 lain..
Cam lambat bercakap, migrain, minta air untuk anak periksa pun boleh..

Kalau di google TERAPI KAK RAW..
Boleh jumpa banyak blogger..
Yang kongsi pengalaman berikhtiar dengan Kak Raw..
Setakat ni semua memberikan ulasan yang baik-baik..


Boleh LIKE page Terapi Kak Raw..
Untuk yang berminat nak tau kaedah rawatan yang digunakan..
Takde jampi serapah..
Takde pengeras bukan-bukan..
Yang penting bawak bandage dengan krim Nivea je..
Kalau tak bawak, kat sana pun boleh beli..

Yuran pendaftaran dan rawatan..
RM2 sahaja..
Bayaran untuk rawatan.. seikhlas hati..

Nanti aku sambung lagi bagi info pasal Kak Raw..
Khaleef pun akan ada banyak lagi sesi dengan dia..
Apsal Khaleef menjalani rawatan?

Pun.. nanti laa aku ceritakan :)
.
.
.

Thursday, September 27, 2012

Kalep periksa akhir tahun minggu depan...


Jadual dah dapat..
Bermula dengan Bahasa Melayu dan Jawi..

Sejak dua tiga menjak dapat tahu periksa dah dekat..
Kemain rajin belajar..
Lepas main PSP.. terus baca buku..
Tapi, tak habis2 lagi..

IBU, MANA ANA?
ANA ADA DI SANA

KAKI KUDA ADA KUKU

Bila laaa ko nak lepas Bacalah Anakku Buku 6 ni...

Nasib baik Matematik agak oklah jugak..

Sains.. hat  ni aku seram sket..
Soalannya banyak bergambar..
Nanti soalan tu cth macam..

WARNAKAN HAIWAN YANG TERBANG

Pastu dia ni bukan peduli soalan..
Asal ada haiwan.. semua dia warna..

UJIAN BACAAN

Ada 2, satu BM.. satu Iqra'

Aiyooooo mami yang seram..

English.. selalunya cikgu akan bacakan soalan..
Terangkan dalam Melayu..
Pastu pilih jawapan..

Adoyai anak..
Buat betul-betul tau..

Kalau dapat markah tinggi semua..
Atas 90 markah..
Tak nombor satu pun takpe..

Mami & Papa janji akan bawak pergi Legoland :)
.
.
.

Wednesday, September 26, 2012

Beku ler


Tak boleh nak mengekalkan prestasi dah..
Makin merudum nampaknya..
Dedulu paling hamsap..
Sekali leh gak merapit 1 entry sehari..
Masa tengah rajin bebenor..
Sampai 3-4 entry sehari..

Keje tengah banyak ni..
 
Till fingers meet keyboard again... 

Adios :)


Monday, September 24, 2012

Edisi Jiwa Kacau - KFC, BHP Tg Malim


Kebiasaan mak-mak rural area nih..
Tak masak lunch..
Pastu malas berlengit ketiak kat kedai mamak..
Maka, KFC ler paling senang nak kasi anak  umur 6 tahun makan tengahari..

Jangan speku aku hari2 bawak Kalep makan KFC lak..
Dua tiga minggu ada laa sekali bawak..
Lebih2 hari gaji cam hari ini..

Sampai KFC lebih kurang 12.30 tgh hari..
Saja awal supaya tak bergenut dengan org kuar lunch kul 1..
Suasana biasa jer..
Ada student tiga empat meja tgh makan.. sembang.. wifi..

Kalep pilih meja dekat dengan TV..
Nak tengok bola katanya..
Sambil makan tu..
Tau jelah mulut Kalep..
Pot Pet Pot Pet..
Ada je nak citer..
Biasa laaa.. bebudak tadika baru balik sekolah..

Mula2 cerita pagi tadi baca Iqra'
Pastu sambung waktu rehat dia makan roti canai kuah kari..
Pastu lepas rehat belajar Matematik..
Dekat2 nak balik belajar buat ayat..

Suara dia cam nak bagi manager KFC yg tengah kira duit dalam bilik tu dengar sekali..
Tapi bagi aku itu biasa..
Budak2 umur baya dia memang normal bercerita dengan suara kuat penuh excited walaupun hanya menyampaikan cerita biasa-biasa je..

Tiba2 seorang gadis yang aku syak student IPT mendengus mendesah..
Meja betul2 mengadap meja aku ngn Kalep..
Muka kelat semacam..
Depan dia ada buku tebal..
Ada i-pod ke.. mp3 player ke.. tak tau laa mende..
Berkerut2 macam tengah menghafal..
Dan membuat muka tenuk seolah2 suara Kalep mengganggu kosentrasi dia yang amat..

Mungkin perasaan aku je macam dia tak senang dengan Kalep..
Tapi.. kalau dah situ anak aku je membising..
Tentu laa tekaan aku sangat tepat...

Tapikan.. bukan ke bebudak U berdekatan ni baru 1-2 minggu bukak sem baru ke?
Apsal ko study maut sangat cam esok ada final paper?
Ke dia budak program lain cam DPLI ke? KPLI ke?
Ke buku tu cover je.. sedangkan ko tengah frust kena tinggal dengan boyfren?

Tak kisah laaa ko study ke hape..
Menghafal ke.. mencapup ke...

Tapi..

Wahai budak U yang bijak bistari pandai laksana sang kancil menipu sang buaya..

Pernah tak ko dengar nama satu tempat ni..
Tempat ni paling afdhol untuk study..
Sunyi sepi.. takde kanak2 bising merampus..



Nama tempat tu.. PERPUSTAKAAN!!
.
.
.

US Dollar :)


Gaji jugak akhirnya..
Tengah berkira-kira..
Baper RM kah harus ditukar ke USD..
Rasa cam sesaja nak pi je betnam ni..
Tapi, kang takut dah smpi sana..
Baru menjejeh2 nak beli macam-macam..

MR dgn Ezey siap bukak order untuk kain2 betnam..
U ols boleh order secara terus dari Malaysia..
Nanti 8-10 Oktober,ada live telecast dari Betnam ke sini..

Boleh request masuk ke Group FB depa..
Maklumat lanjut kat FB Makcik Rehan..

Dengan aku jangan pesan apa-apa..
Ni kali pertama aku ke Betnam..
So, aku tak tau apa yang best kat sana..
Lagipun, cukup laa dengan membawa berat badan aku ni..
Tak koser nak memikul berat dengan barang2 kiriman orang pulak..

Hahahaha.. statement kejam tak hengat..
.
.
.

Sunday, September 23, 2012

Dah sihat sikit...


Budak gigi kapak ni... demamnya dah hilang...
Tapi  batuk kahak dia still ada lagi..
Tak leh watpe laaa...
Dah doktor takmo kasi ubat...
Katanya baby bawah 24 bulan takkan dapat ubat batuk dan ubat selsema..
Pesanan dia.. sapu vicks pun boleh legakan baby..

Namun, ada benda lain yang berlaku..
Sejak 2 minggu on off sakit ni..
Tetiba Hasya fully breastfeed balik..
Dia lansung tak mahu susu botol..
Kalau dulu kat umah BS dia memang membotol..
Kat umah ni.. dia kongsi dengan Kalep..

Bila mami pergi keje..
Dia tahan tak menyusu..
Dia minum air kosong banyak-banyak..
Pastu makan kalau ada selera...
Selalunya selera dia OK je.. makan kuat!

Mami balik keje dalam kul 5.30 ptg..
Selalunya time tu dia dalam buai..
Angkat je terus kasi susu dulu dalam 20  minit..
Pastu baru boleh gerak balik umah..
Kalau tak.. dalam kereta, time mami drive dia selak dah baju mami....

Pastu...
Kat rumah, dia kasi chance kat mami masak & basuh kain je..
Pastu ngemping laa sampai dia tido..

Cik B pun..
Tetiba dah mula mengeras balik..
Cam susu jadi banyak semula..
Tapi, aku takde laa smpi mengepam semula..
Pam pun dah tak tau mana pi :)
Lagipun Hasya kuat makan..

Syukur Alhamdulillah la rezeki Hasya masih ada...
.
.
.

Thursday, September 20, 2012

Hello God

 

Tetiba dapat seru nak proses drama ni..
Drama lama dan sangat best..

Bermula dengan kegembiraan..
Tapi nak last2 banyak perkara sedih yang berlaku..

Atas tu hero..
Dalam drama ni nama dia Haru..
Haru ni mentally disable..
Dia cacat dari kecik.. wpun dah besar..
Otak dia hanya IQ 65 dan dia berperangai macam budak 7 tahun..



Yang kiri sekali tu doktor neurosurgeon..
Dia lakukan pembedahan ke atas otak Haru..
Dan operation itu berjaya..

Haru secara tiba-tiba menjadi seorang yang genius..
Dengan IQ 180...
Seterusnya dia jadi sangat terkenal..



Ini heroin..
Kalau dah ada sorang je heroin..
Tapi 2 hero.. dah boleh agak ler kan apa yg jadi..
 
Dia ni sebenarnya hidup dalam pelarian polis dan samseng atas sebab hutang..
Dia jumpa Haru dan menyamar jadi cikgu Pendidikan Khas..

Haru pulak jatuh cinta dengan heroin ni..
Pasal heroin ni la dia nekad menjalani operation..



Oleh kerana dia dah jadi genius..
Dia berjudi untuk bayar hutang heroin..
Sayangnya.. heroin jatuh cinta dengan doktor bukan dengan dia..

Sementara tu.. Haru rasa cam ada yang tak kena dengan badan dia..
Tapi awal2 tu dia diamkan je..
Makin lama keadaan dia makin teruk..

Malang makin bertimpa..
Tiba2 doktor yang bedah dia tu mengalami kecederaan pada tangan..
Menyebabkan dia tak boleh buat operation lagi..



Masa dah episod2 last ni..
Memang mengundang air mata jelah...

Haru punya last wish..
Dia nak habiskan minggu2 terakhir dia dengan heroin..

Namun,

Adakah hero mati?
Adakah akhirnya heroin beralih cinta?
Dapatkah Dr Dong Jae sembuhkan Haru?
.
.
.

Sorry Mat Haron Mustapha....


Mula-mula tayang Adam & Hawa..
Cam menggigih sangat je aku tau..
Siap subscribe astro b-yond..

Namun, setelah 9-10 episod..
Aku mula bosan..

1- sebab tayangan sekejap sangat.. 30 minit
2- bagaikan pelakon2 nyer semua serba tak kena
3- novel Adam & Hawa bukan favorite aku pun..
4- bosan nak tunggu setiap malam
5- dah tau jalan cerita...


Akhirnya.. bermula mgu lepas, aku mula beralih arah..
So not me sebenarnya..
Kebiasaannya aku takkan tengok drama Korea selagi tak habis tayang..
Sebab tak boleh nak sabar untuk tunggu episod selanjutnya..

Tapi, sebab Min Ho hero..
Aku gigihkan jugak tengok kat 393..
Padahal, aku tgk dah yg version download..
Dah smpi episod 12 pun..
Kat Malaysia baru sampai episod 4..

Tapi.. feel tengok kat internet dengan tengok tibi lain :)
Nak lak HD...

Choi Min Ho ni..
Ikutkan aku bukan minat dia masa dengan Shinee..
Tapi minat masa dia join Dream Team kat KBS..
Oleh kerana dia mmg athletic orangnya..
Drama To The Beautiful You ni sangat kena dengan dia..



Ni bukan review ek..
Kang ada lak yang order..
Belum lagi..
Kena tunggu barang 4-5 minggu lagi..
Sampai abih semua RAW dan siap semua SUB..

Oleh itu.. sesapa yang takde 393..
Lagi tak minat nak tgk kat internet..
Harap bersabar..
Sebaik sahaja siap drama ni..
Akan diwar-warkan ASAP..
.
.
.

Wednesday, September 19, 2012

Chilling Romance @ Spell Bound


LEE MIN KI !!!!

Ikutkan ni filem tahun lepas..
Aku lupa nak proses..
Baru-baru ni baru teringat pasal filem ni..
Ini filem ye.. bukan drama...

Ikutkan filem ni genre horror..
Tapi cam lawak-lawak sket pun ada..
Romantic scene.. banyak giler!!
So, lebih kurang "horror romantic comedy"


Lee Min Ki dalam filem ni dia keje sebagai magician..
Mula-mula dia jumpa heroin ni..
Kat salah satu persembahan magic dia laa..
Oleh sebab pompuan tu muncul ala2 miserable sket..
Dia jadi inspirasi untuk hero wat persembahan magik bertema..
Heroin tu pun jadi back stage crew untuk persembahan hero..
Tapi heroin ni selalu je mengelak untuk bersama-sama dengan colleagues lain..
Sampai la satu hari, dia berjaya ajak heroin join sama..

Esoknya, hero call heroin..
Namun dia terdengar suara pelik dalam phone..
Lalu dia ambik keputusan untuk pergi ke rumah heroin..
Kat sana cam-cam benda pelik dia jumpa..
Ada hantu budak kecik yang mula2 dia tak sangka adalah hantu..
Rupanya heroin boleh nampak hantu dan tinggal dengan beberapa ekor hantu..



Heroin ni dapat kuasa luar biasa apabila dia terlibat dalam kemalangan..
Dalam kemalangan tu kawan baik dia mati..
Dan roh kawan dia tu asyik menghantui dia..
Menyebabkan hidup dia sentiasa dalam kesusahan..
Bukan diri dia sahaja..
Orang yang dekat dan rapat dengan dia pun akan mengalami nasib buruk..
Atas sebab itu keluarga heroin pun lari ke oversea tinggalkan dia..

Hero pulak.. mula2 niat dia nak tolong je..
Namun akhirnya jadi suka pulak pada heroin..
Dan pastu.. nasib buruk pulak asyik menimpa hero..






Citer hantu skang ni pun dah banyak romantic scene :)

Tapi, masa roh kawan dia mengamuk kat magic show hero..
Memang sangat menakutkan..



Nak tahu apa sudahnya..

Kenapa roh kawan heroin asyik menganggu?
Apa barang roh tersebut yang dia terambil?
Bagaimanakah nasib hero?
Adakah mereka berjaya menenangkan roh-roh di sekeliling mereka?
.
.
.

Monday, September 17, 2012

Demam semula...


Bermula dengan Sabtu...
Rumah terbuka kat umah aki..
Kat sana banyak minum ais.. pastu berpanas..

Ahad lak papa ajak makan kenduri...
Panas dan ais lagi..
Pastu mami lak ajak meronda ke Teluk Intan & Sg Besar..
Lewat malam baru balik..

Bangun pagi Ahad dah dedar2 sket...
Malam dah mula panas badan..
Batuk dia pun muncul balik..

Dah bawak pergi klinik gomen..
Katanya demam dan batuk biasa je..
Ubat batuk pun doktor tak bagi..
Katanya budak bawah 2 tahun mmg takde ubat batuk & selsema..
Nasib baik laaa Hasya masih BF..
Boleh laa buat ubat jugak..
.
.
.

Gaksital @ Bridal Mask


Kali ni drama zaman pertengahan pulak..
Asyik Joseon.. zaman moden..
Ni kita pi lak kat zaman Jepun berkuasa di Korea..

Drama ni ikut rating.. sangat baik..
Patut 20 episod..
Memanjang sampai 28 episod..
Kat Malaysia tengah main lagi..
Kat Korea minggu lepas dah habis..

Walaupun panjang..
Ikut review.. drama ni best sampai ke saat akhir..
Aku belum tengok lagi sebab baru sudah proses jer..


Ni hero...
Dalam drama ni pakai nama Lee Kang To (LKT)..
Dia ni seorang detektif..
Tapi tak tahan dengan penindasan yang diterima..
Dia cam berpaling tadah dan bekerja untuk Jepun..
Tugas dia untuk mencari pemberontak yang nak lawan Jepun..

Dendam dia bermula bila ayah dia..
Yang telah menyertai kumpulan pembebasan mati dibunuh..
Kemudian abang dia pulak kena pukul sampai cacat..
Oleh kerana itu dia tidak percaya pada gerakan pembebasan..
Dan menjadi detektif untuk mendapatkan apa yang dia mahu..



Tugas utama dia adalah untuk menangkap pemberontak..
Yang menyertai gerakan pembebasan..
Masa ni laa dia jumpa heroin..

Makin dia menyiasat dan menangkap pemberontak..
Makin dia rasa diri dia bersalah pada negara dia sendiri..
Dan akhirnya dia menjadi Gaksital tersebut..


Yang comel ni.. dalam drama ni dia adalah seorang guru dari Jepun..
Dia ni awalnya OK jer.. Dia kawan baik dengan Lee Kang To..
Biasalah.. pasal pompuan, kawan boleh jadi lawan..
Dia suka heroin.. malangnya heroin lak suka Lee Kang To..
Dari seorang cikgu yang sweet... dia ni bertukar jadi main antogonist..
Kira orang paling jahat dalam drama ni..

Hat ni Kak Zel kurang gemor..
Yang hensem jadi orang jahat!!

Oleh itu..
Drama rating tinggi camni..
Rugi kalau korang tak tengok..

Nak tengok.. cam biasa okay :)
.
.
.

Galaxy Y Pink :)


Yer... akhirnya aku beli gak hp baru..
Stress dengan X8 aku..
Yang cas berjam-jam..
Tapi kuasa battery yang masuk tak sampai 10%..

Kriteria utama yang menjadi pilihan

1- Harga tak boleh lebih daripada Bantuan Khas PID (bonus kakitangan PID)
2- Mesti boleh wifi
3- Mesti ada Android
4- Apps mesti store dekat memory card (X8 apps store kat phone memory)
5- Mesti ada camera
6- Mesti ada bluetooth
7- Mesti kecik (aku kureng sket hp ala2 cam meja makan)
8- Pink :)

Apps apa yang ada kat Android market tu..
Semua boleh sumbat dalam ni..
Pastu storage kat memory card..
Makanya tak mengganggu hp memory..
Kalau X8, bebanyak install.. hp jadi lembab..

Gambar walaupun takde flash..
Tapi jauh lebih lawa dari X8..
Ni pun aku tak kisah sangat..
Sebab camera mmg stand-by dalam beg sentiasa..


Oleh sebab aku dah biasa dengan Galaxy Tab..
So, pertukaran dari Sony X8 ke Galaxy Y..
Tak banyak bagi masalah..

Secara keseluruhannya..
Puas hati ler..
Padan ler harga dengan hp pun..

Dah beli rege RM380...
Jangan laa nak bandingkan dengan S3 yg rege RM1999.00

Sikit kekurangan Galaxy Y ni..

1- Bunyi slow banding X8
2- Skrin kecik sket banding X8 dengan Ace Duos..
3- Ringtone giler standard. Nak masuk ringtone lagu banyak la pulak jalannya..

.
.
.

Wednesday, September 12, 2012

Ucapan abang kepada adiknya...


Khaleef datang melawat Hasya petang Jumaat tu..
Datang sama papa..
Hasya bila tengok abang datang..
Kemain suka lagi dia..
Yang tadi dok merengek.. membenyek..
Terus gelak besar..

Tambah lak sepupu dia yang 3 orang tu pun ada sama..
Sampai kena halau pergi playroom..
Sebab melampau bising...

Sebelum balik..
Suh Khaleef peluk cium adik dia..

Kalep bagi ucapan kat adik dia..

HASYA, SELAMAT JANGAN MATI DAN TERUS HIDUP YE..

Adoi...

Gelak besor semua orang dengan ucapan abang..

Abang.. abang...
.
.
.

Saper kata nasi hospital tak sedap....


Tu sebab budak kenit ni dapat discharge awal...
Sebab selera makan dia tak berkurang pun..
Masa Dr pakar datang cek utk kali pertama..
Dia tengah makan roti..
Marah lak tu bila aku suh benti makan kejap..
Minum air main tonggang je botol..
Terus doktor tu cakap..
Camni, tak payah la masuk air drip..

LEGA!!



Time jaga Hasya ni.. ok sket lauknya..
Masa aku masuk time darah tinggi hari tu..
Gila hazab..
Ikan masak sambal tanpa garam..
Sayur rebus tanpa garam..
Makan tetap makan.. telan sambil main solitaire kat handphone :)

Hari pertama..
Tak igt depa bagi makan apa..
Sebab petang tu.. nenek Hasya mai bawak nasi minyak..
Siap dengan ayam masak merah..

Hari kedua..  pagi depa bagi kuey teow sup dengan mee goreng..
2-2 aku tak boleh nak telan..
Hasya nebs lama sket pagi tu..
Aku gerak je dia melalak..
Dah ler waktu makan singkat.. so tak sempat makan..

Lunch.. ni laa yang Hasya dok hadap..
Dia makan sayur jer..
Ada lauk ikan..
IKAN KEMBUNG SUP!!!

Korang pernah rasa?!
Aku tak berani rasa.. takut terloya muntah kat situ..

Bukan aku lorat eksyen berlagak sangat..
Aku ni.. kalau batu & kayu tu wat goreng halia pedas..
Kalau lembut jadinya.. aku makan :)

Kan ke 2-3 hari sebelum Hasya masuk hospital ni..
Aku kena keracunan makanan..
Termakan rendang ayam basi..
Jadi saki baki loya pening muntah tu dok ada lagi..
Tu pasal hari tu aku suspek aku pregnant..
Rupanya tidak... 
.
.
.

Tuesday, September 11, 2012

Tempat lepak Hasya...




Nasib baik dapat tepi tingkap..
Boleh laa dia tengok permandangan..
Tengok kucing lalu..

Hari pertama tu cam excited dok kat situ..
Tapi, masuk hari kedua..
Grill tingkap tu pun nak dipanjatnya..

Hasya ni dia mmg jenis cepat bosan..
Kalau ada mainan..
Dia main dalam 4-5 minit jer..
Tengok TV tak reti..
Main PSP pun tak suka..
Tengok tablet ada laa dalam 2-3 video youtube..
Pastu dia start balik membaran..

Keje yang dia suka adalah memunggah..

Tak tau nak buat apa dah..
Aku bawak laa dia masuk RUANG INFORMASI..
Kat situ ada banyak rak..
Banyak buku..

Ko pergi laaa punggah sampai tak mahu..

Ok.. berjaya..
Dia boleh duduk kat situ sampai 1/2 jam..
Angkat buku ke bawah.. susun kat meja..
Kang angkat lak ke atas..

Lepas tu kang.. menjadi keje lak aku kena kemas balik..

Tak boleh nak bayang kalau kena dok spital lebih 2 hari..
Hari nak balik tu..
Nampak katil spital tu pun dia dah menjerit..
Belum lagi kasi baring..
.
.
.

Monday, September 10, 2012

Dalam Wad 2 Pediatrik...


Dalam kul 1 camtu.. dah masuk wad..
Nasib baik Hasya dapat tepi tingkap..
Takde laa bosan sangat..
Lagi pun takde la mengganggu sangat patient lain..
Pasal Hasya suka menangis kuat-kuat..

Papa tak tunggu lama pun..
Sebab hari Jumaat kena gi sembahyang..
Dah tu kena balik Tg Malim untuk ambik baju bajan dan kelengkapan nak duduk hospital..

Dalam kul 2.00 ptg, Dr pakar datang cek Hasya..
Sambil tu dia explain laa camne boleh jadi bronchopneumonia ni..
Dalam kes Hasya ni...
Ia disebabkan oleh selsema dan batuk yang terlalu lama..
Seingat aku.. Hasya mula selsema masa awal raya..
Pastu sambung dengan batuk..

Lepas tu doktor suh pakai oksigen..
Tapi pakai yg ada lubang kecik tu..
Bukan yang mask..

OK.. bermula balik episod melalak..

Sian patient lain..
Sebelah Hasya, patient OKU..
Tapi dia ni nampak dah tenat..
Depan Hasya... budak kena bengkak hati..



Pastu lepas 5-6 jam sekali kena wab nebulizer...
Melalak lagi..
Sampai mati akal dah mami nak buat apa kat Hasya ni..
Bagi handphone dia baling..
Bagi tablet.. Ops, tak bagi.. kang hancus!!

Nasib baik malam dia tido ok jer..
Aku dok bayangkan satu malam dia melalak menangis tak keruan..
Ada laa jugak..
Masa kul 3.30 pagi.. nurse kejut dia nak cek tekanan darah..
Pastu dia bantai ler sampai kul 4.00 lebih..

Merasa laa mami malam tu..
Tido dalam katil ada kandang..
Cam best pulak..
Belakang pun tak sakit masa BF..
Sebab ada penghadangkan boleh sandar..
.
.
.

Hasya naik ambulan ke Hospital Slim River...


Asalnya.. Rabu Hasya demam panas..
Pagi tu dah bawak jumpa doktor..
Doktor bagi ubat demam + batuk + selsema..

Namun, pada malam tu..
Nafas Hasya jadi lebih kencang dari biasa..
Suhu main 39-40 jer..

Sebaik papa tiba..
Terus berdesup pi klinik balik..
Kat sana doktor bagi nebulizer..
Lepas tu dia OK balik..
Just demam-demam gitu jelah..

Khamis tu sepanjang hari dia ok jer..
Aku pun tak keje..
Tapi bila masuk je malam..
Nafas dia mula kencang balik..

So, pepagi Jumaat tu..
Aku bawak dia pergi Klinik Kesihatan Kalumpang..
Memula dapat jumpa MA je...
Lepas MA dengar pernafasan dengan paru-paru dia..
Terus MA tolak ke doktor..
Masa ni aku tak sedap hati dah..

Sampai kat doktor..
Memula doktor tu membebel ler macam2..
Dia ingatkan aku biar Hasya demam batuk camtu sampai 3 hari..
Lepas habis dia membebel.. baru aku explain..
Yang Hasya sudah on medication dari Rabu..
Dah ambik nebulizer 1 kali..
Pastu baru laa doktor tu berbaik semula dengan aku..
Mula tadi bengkeng semacam jer..

Kena cek darah..
Mula dah episod ngeri menjerit sekuat hati..
Result darah keluar.. Hasya demam biasa.. bukan viral fever..
Namun.. doktor masih ragu2 dengan keadaan paru-paru dia..
Katanya bunyi lain dari batuk biasa..
Kalau x-ray baru tahu apa yang tak kena..
So, dia advised aku ke hospital segera..

Aku pun oklah.. bagi jelah surat aku pi spital..
Sekali doktor kata.. tak boleh pergi sendiri.. kena naik ambulan..
Adoyai...
Lecehnya sebab aku drive tadi masa datang..
Dah tu si Kalep pun ada sekali..
Tentu-tentu dia tak boleh naik ambulan..

Call FIL aku.. nasib baik dia ada rumah..


Sampai emergency..
Terus pasang line kat tangan..
4 kali cucuk baru dapat..
Dia punya menangis tak yah citer la..
Rasa cam mami pun nak meraung sekali kat situ..

Dah siap pasang line..
Bawak pergi x-ray..
Menangis jugak..
Tapi kali ni mami dah cool sket..
Sebab papa dah datang..

Result dari x-ray..
Hasya kena BRONCHOPNEUMONIA..
Atau bahasa kampungnya..
Paru-paru dijangkiti kuman..

Kena laa masuk wad...


Ni masih kat emergency lagi..
Sebab nafas dia mula kencang balik..
Doktor bagi nebulizer..
Lama lak tu.. lebih 30 minit..
Selama 30 minit tu laa jugak dia melalak tak benti-benti..

Tengah2 nebs tu..
Datang  nurse nak masukkan ubat ikut line..
Sekali Hasya rentap tangan dia..
Habis tercabut line..
Bersembur darah ke lantai..
Adddoiiiii....

Dah hazab sekali lagi nak wat line baru..

Sian memang kesian..
Tapi apa nak buat..
.
.
.

Sunday, September 9, 2012

Tak sempat nak bluesssss


Setelah bercuti lama..
Hari  ni masuk keje gak wpun tekak perit.. kepala sakit..
Banyak keje sendiri yang nak dibuat :))

Mula-mula..
Nak minta maaf pada yang order bahan bakar..
Dah ler korang semua dah bayar..
And selalunya 2-3 hari pas bayar, barang dah pos..
Kali ni terpaksa pending lama sket..
Wpun keje2 membakar boleh je buat di rumah..
Namun, bila 2 anak dah demam..
Memang tak terbuat..
Hari ni laa baru nak start bakar apa yang patut..

Dah tu.. siap ada order yang hilang :(
Hasya yang membaran di hospital..
Telah membaling hp aku jatuh ke bawah katil..
Katil hospital bukan cam katil rumah kita tu rendah..
Tinggi dekat 1.2 meter..
Terus laa bengong X8 aku tuh..
Sampai WhatApps pun hilang terus..
So, sapa yang order melalui WhatApps tu..
Harap contact Kak Zel melalui emel @ sms ASAP..

Pasal apa sakit Hasya..
Nanti aku citer next entry..
Pagi ni hp giler aku dah tak boleh wifi..
Tak leh nak send gambar ke blogger..
Huhuhu.. petanda nak kena beli gak Galaxy Y ler tuh :)

.
.
.

Wednesday, September 5, 2012

Demam secara berjemaah


Asalnya Khaleef ler nih..
Hari semalam dia main hujan masa aku beli lunch..
Balik dari kedai tu aku suh mandi dia wat degil..
Petang tu suhu naik..

Malam tadi dia sorang je demam..
Masuk kul 4.00 pagi.. adik dia follow..
Takde laa panas sangat..
Suam2 gitu jer...

Pagi hangkut bebudak ni pergi klinik...
Abang je doktor cek..
Sebab adik nmpk ok ceria dan aktif..

Mami memang demam...
So, mintak ubat jugak..

Pastu anta Hasya pergi umah Mak Long..
Sebab aku nak makan ubat demam..
Berkelubung dalam toto dan tido barang 2 jam..
Selalunya ini je ubat demam aku..

Selepas berjaya tido selama 2 1/2 jam..
Dapat sms dari Mak Long..
Katanya Hasya panas sangat2..
Terus pergi ambik dia bawak balik umah..

Meragam tahap maksimum..
Panas.. pastu nafas dia kencang..

Tunggu papa balik keje..
Dah tu hujan lebat pulak..
Kul 8.00 pergi balik semula ke klinik..

Dada Hasya penuh kahak..
So, doktor advice suh ambik nebs..
Aku kalau buleh takmo..
Sebab dah berpengalaman dengan Kalep..
Kalau sekali dah hambek..
Pastu mmg berulang-ulang ler ambik gas..

Tak masak satu hari ni..
Malam ni suh papa beli KFC jer..
Hasya makan gak 3-4 suap..
Lega laa sket tgk dia mau makan..

Cepat laa sihat anak2 oi!!
Sihat dan punggah laaa rumah ni sesuka hati korang..
Pada korang baring lemah camni..
.
.
.

Tuesday, September 4, 2012

Rendang tangkap muat..



Mak aku punya sekolah hari ni wat majlis hari raya..
So, ada la rendang dgn lemang...

Malangnya.. Bila rendang sampai ke aku malam ni..
Ia sudah pun basi..
Namun, lemang masih marbeles..

Ikutkan aku dah masak asam pedas sotong malam ni..
Tapi sebab nak makan lemang punya pasal..
Aku gigih wat rendang bodo mlm ni..
Janji iras rendang..

Aku lupa dah resepi rendang..
Last aku masak rendang..
2010..

Maka utk tidak pening..
Aku google resepi..
Dengan keyword

RESEPI RENDANG SIMPLE

utk jimat masa..
Aku pilih resepi pertama yg muncul di hasil carian..
Ada 2-3 bahan takde..

Pedulik..

Maka terhasil ler rendang pekebendentahakupuntaktau..
.
.
.

Farid Kamil dan Diana Danielle dah bertunang

gambar cr to rotikaya.com

Lama gak aku tunggu perkembangan depa dua nih..
Akhirnya bertunang jugak..
Bertunangnya Ahad lepas..
2 Sept 2012 ler kot...

Katanya setahun je.. takmo lama-lama..
Elok ler tuh..

Pertunangan juga diadakan secara senyap-senyap..
Biasa la tu kan..
Nama pun retis..

Apa pun.. selamat bertunang untuk mereka berdua..
Semoga sempat sampai ke jinjang pelamin..
Doakan yang baik2 sudah :)
.
.
.

Monday, September 3, 2012

Pengesahan sekolah Muhammad Khaleef Aisy


Selepas berhempas pulas mencari surat beranak dia..
Akhirnya jumpa selepas 3 hari mencari..
MIJ tak abih2 membebel..
Itu laa  mami.. Ini laa mami...
Pot pet pot pet..
Tolong cari... tidak jugak!!

Walaupun sudah membuat pengesahan..
Namun, Khaleef sebenarnya belum ada keputusan lagi mau sekolah di mana..
Bergantung kepada pencapaian dia sebelum sesi 2013 bermula..
Kalau masih merangkak-rangkak membaca..
Maka, dia akan ditukarkan ke sekolah nenek dia..

Sekolah nenek dia..
Selain ada nenek..
Sekolah tersebut tidak ramai murid..
Darjah satu belas2 orang sahaja..
Jadi, cikgu boleh lebih menumpukan perhatian..
Nak2 cucu gurubesar yang tak tau membaca tu wei!! :))

Khaleef pulak.. dah banyak kali cakap dengan aku..
Dia nak sekolah sama nenek..
Yelah.. supaya lemak berkrim ko makin naik kan..

Tak yah berangan Khaleef..
Nenek ngko tu.. memang ler penyayang sgt kat cucu dia..
Nanti bila ko dah sekolah sama dengan nenek..
Baru belang rimau nenek akan kelihatan :))
.
.
.

Cara Zalia Hezlin Download Movie...


Setelah sekian lama tak buka Nu**nang....
Status aku pun dah non-gliterrati..
Apsal?!! tak tau..
Malas dah aku nak ambik peduli :)
Tak mati aku tak dapat duit depa aih...

Namun,

Yang menarik perhatian adalah Keywords..
Rupanya ada yang mahu tahu..
Mana aku download segala tok nek drama Korea..
Filem melayu.. drama2 melayu semer tuh..

Meh aku bagitau rahsianya...

Rahsianya ialah En. Google :)

Ada orang bila tang google result..
Dia hanya akan pergi paling jauh Page 2...
Cer korang pergi sampai Page 10..
Cam2 laa akan jumpa..

Satu lagi ialah Torrent..

Namun, penggunaan torrent ni memerlukan kesabaran yang tinggi..
Kena ia berkonsepkan seeder, leecher dan ratio..
Torrent ni betul2 mengamalkan amalan mulia SHARING IS CARING..

Seeder bermaksud adalah seseorang yang sudah download file dan sekarang berkongsi file tersebut menggunakan torrent client.. lagi lama dia seeding.. lagi tinggi ratio.. dan kebaikkannya.. next time dia menorent.. kelajuan torrent akan bertambah..

Leecher adalah orang yang mendownload.. dan dia bergantung sepenuhnya kepada seeders.. Kalau takde orang seed file tersebut.. tunggu laaaa 80 hari 80 malam pun, file tersebut tidak akan berjaya di download..

Satu kelemahan torrent ini ialah..
Bil letrik akan melambung toing.. toing..
Sebab laptop & modem akan dibiarkan on selagi boleh ON :)

Contohnya bila aku download completed drama 11.6GB...
Masa yang akan diambil adalah 5d7h (5 hari 7 jam) utk kelajuan 100kbps - 130kpbs
Maka.. selama lebih kurang 6-7 hari laptop perlu ditinggalkan on..
Kalau asyik tutup-tutup.. boleh menjangkau 2 minggu baru siap..

Kebaikkannya...
Fail yang tengah ditorrent..
Tidak dipengaruhi oleh connection internet..

Contoh..

Drama dah download 99.7%...
Tup-tup letrik takde..
Bila on balik laptop.. download akan resume secara automatic..

Direct download..
Kemungkinan besar download link is not found adalah tinggi..
Masa ni laa rasa nak patahkan tiang letrik depan rumah :))

SUSAHKAN?

Makanya.. tak payah susah-susahkan diri..

Order je pada Kak Zel..
Lebih cepat, jimat dan tepat :)
.
.
.

Ghost @ Phantom


Bukan genre kesukaan aku..
Action thriller..
Tapi untuk bagi keadilan kepada semua peminat Kdrama..
Aku siapkan jugak master drama ni..

Drama ni tengah main kat 393..
Dah nak habis pun...

  

Hero seorang anak anggota polis berpangkat tinggi..
Dia lulus dengan cemerlang masa kat akademi polis..
Tamat belajar dia terus dapat ketuai skuad..
Yang menjurus kepada Cyber Crime..

Dia kena handle satu kes..
Yang melibatkan penipuan cyber melalui perjudian..
Masa dah hampir nak selesaikan kes..
Data-data penipuan tersebut telah dimusnahkan..
Oleh satu penjenayah cyber yang dipanggil Hades..


Awek ni pulak detektif..
Dia sedang menyiasat kes kematian seorang aktres..
Yang dikatakan membunuh dia dan sebelum tu menghantar posting kat tweeter kata dia nak mati dah disebabkan satu skandal seks..

Hero yang sedang siasat berkenaan Hades..
Mendapati Hades telah berada di rumah aktress berkenaan..

Hero dapat tangka Hades..
Yang mengejutkan..
Hades adalah bekas roomate dia masa kat akademi polis..
Yang skang ni dah bekerja sebagai wartawan...




Hades tak mengaku dia terlibat dengan kematian aktress tersebut..
Cumanya dia ada terserempak dengan pembunuh sebenar aktres tersebut..

Drama ni walaupun agak berat..
Tapi sekali dah tengok..
Akan tersangkut terus untuk mengetahui apa akan berlaku selanjutnya..
Ada banyak twist dalam ni..
Tengah2 drama tu rasa cam boleh teka siapa dan apa akan berlaku..
Tapi yang jadi sebaliknya..

Oleh itu..
Untuk peminat2 action thriller..
Tak pun peminat So Ji Sub (ni 1st drama dia lepas abih tentera)
Apa tunggu lagi?!!


:)
.
.
.

Sunday, September 2, 2012

Makan dan makan dan makaaaannnnnnnnn


Ni laaaa masalah kalau raya..
Kalau bukan bulan raya..
Nak makan kena masak..
Tak pun kena beli..
Tak pun kena pi umah mak..
Pi umah mak mentua..

Namun..

Pabila raya..
Tak payah susah-susah..
Sambil melawat kengkawan..
Disediakan pulak segala macam makanan..
Lazat-lazat pulak tuh...

Pastu jemputan bersusun paku hokay.. :)

Dulu cam raya ni..
Seminggu dua je meriah..
La ni.. cam tak cukup sebulan..
Makcik aku siap terpaksa buat open house..
Lepas abih raya..
Sebab dah takde tarikh nak pilih..
Semua hari dah ada open house..

Natijahnya..

Lupakan baju saiz 52 yang hari tu masa bulan puasa dah sedap pakai..
Merasa laaa sakit lutut dan sakit pinggang datang balik..
Pinggang kain baju kurung mengetat..
Baju terasa sengkak kat perut..

Huwaaaa!!!

Nak kembali ke pangkal jalan memang susah..
Nak-nak masih dalam kemeriahan suasana hari raya..

Bagaimanakah dengan anda?!
.
.
.