Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, September 3, 2012

Cara Zalia Hezlin Download Movie...


Setelah sekian lama tak buka Nu**nang....
Status aku pun dah non-gliterrati..
Apsal?!! tak tau..
Malas dah aku nak ambik peduli :)
Tak mati aku tak dapat duit depa aih...

Namun,

Yang menarik perhatian adalah Keywords..
Rupanya ada yang mahu tahu..
Mana aku download segala tok nek drama Korea..
Filem melayu.. drama2 melayu semer tuh..

Meh aku bagitau rahsianya...

Rahsianya ialah En. Google :)

Ada orang bila tang google result..
Dia hanya akan pergi paling jauh Page 2...
Cer korang pergi sampai Page 10..
Cam2 laa akan jumpa..

Satu lagi ialah Torrent..

Namun, penggunaan torrent ni memerlukan kesabaran yang tinggi..
Kena ia berkonsepkan seeder, leecher dan ratio..
Torrent ni betul2 mengamalkan amalan mulia SHARING IS CARING..

Seeder bermaksud adalah seseorang yang sudah download file dan sekarang berkongsi file tersebut menggunakan torrent client.. lagi lama dia seeding.. lagi tinggi ratio.. dan kebaikkannya.. next time dia menorent.. kelajuan torrent akan bertambah..

Leecher adalah orang yang mendownload.. dan dia bergantung sepenuhnya kepada seeders.. Kalau takde orang seed file tersebut.. tunggu laaaa 80 hari 80 malam pun, file tersebut tidak akan berjaya di download..

Satu kelemahan torrent ini ialah..
Bil letrik akan melambung toing.. toing..
Sebab laptop & modem akan dibiarkan on selagi boleh ON :)

Contohnya bila aku download completed drama 11.6GB...
Masa yang akan diambil adalah 5d7h (5 hari 7 jam) utk kelajuan 100kbps - 130kpbs
Maka.. selama lebih kurang 6-7 hari laptop perlu ditinggalkan on..
Kalau asyik tutup-tutup.. boleh menjangkau 2 minggu baru siap..

Kebaikkannya...
Fail yang tengah ditorrent..
Tidak dipengaruhi oleh connection internet..

Contoh..

Drama dah download 99.7%...
Tup-tup letrik takde..
Bila on balik laptop.. download akan resume secara automatic..

Direct download..
Kemungkinan besar download link is not found adalah tinggi..
Masa ni laa rasa nak patahkan tiang letrik depan rumah :))

SUSAHKAN?

Makanya.. tak payah susah-susahkan diri..

Order je pada Kak Zel..
Lebih cepat, jimat dan tepat :)
.
.
.

1 comment:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

mmm... memang dah layak guna UNIFI... baru la boleh menoren laju...