Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, September 12, 2012

Saper kata nasi hospital tak sedap....


Tu sebab budak kenit ni dapat discharge awal...
Sebab selera makan dia tak berkurang pun..
Masa Dr pakar datang cek utk kali pertama..
Dia tengah makan roti..
Marah lak tu bila aku suh benti makan kejap..
Minum air main tonggang je botol..
Terus doktor tu cakap..
Camni, tak payah la masuk air drip..

LEGA!!



Time jaga Hasya ni.. ok sket lauknya..
Masa aku masuk time darah tinggi hari tu..
Gila hazab..
Ikan masak sambal tanpa garam..
Sayur rebus tanpa garam..
Makan tetap makan.. telan sambil main solitaire kat handphone :)

Hari pertama..
Tak igt depa bagi makan apa..
Sebab petang tu.. nenek Hasya mai bawak nasi minyak..
Siap dengan ayam masak merah..

Hari kedua..  pagi depa bagi kuey teow sup dengan mee goreng..
2-2 aku tak boleh nak telan..
Hasya nebs lama sket pagi tu..
Aku gerak je dia melalak..
Dah ler waktu makan singkat.. so tak sempat makan..

Lunch.. ni laa yang Hasya dok hadap..
Dia makan sayur jer..
Ada lauk ikan..
IKAN KEMBUNG SUP!!!

Korang pernah rasa?!
Aku tak berani rasa.. takut terloya muntah kat situ..

Bukan aku lorat eksyen berlagak sangat..
Aku ni.. kalau batu & kayu tu wat goreng halia pedas..
Kalau lembut jadinya.. aku makan :)

Kan ke 2-3 hari sebelum Hasya masuk hospital ni..
Aku kena keracunan makanan..
Termakan rendang ayam basi..
Jadi saki baki loya pening muntah tu dok ada lagi..
Tu pasal hari tu aku suspek aku pregnant..
Rupanya tidak... 
.
.
.

6 comments:

gebu's fairy tales said...

pandai dia mamam sendiri

amaniammar said...

chumel je dia..org mkn kt katil..dia bantai amik view tingkat utk menikmati mkanan tengahari..

hebat r hasya..lauk pauk GH ni mmg cenggitu..
tp Alhamdulillah Hasya kuat semangat dah keluar dari wad..

smg terus menyerikan harian mummy ye..huhuhu

ibh_sue said...

Bersungguh dia makan Zel..Geram aku tengok..

I want to lose weight said...

Dia ni senang makan..
Tak cam abang dia..
Tak suap.. tak makan..

Min Aina Ila Aina said...

Yang darah tinggi tu logik la kak makanannya tak bergaram. hehe.

Saya taktau kenapa saya suka sangat makanan hospital (Serdang). Kalau pegi checkup saja tu, siap tapau yg kantin hospital. Bau hospital pun saya suka. Pendek kata kalau hujung minggu jalan2 pegi hospital pun ok takyah pegi taman.huhu.

I want to lose weight said...

Makanan kantin memang OK..
Kat hospital KKB punya kantin pun makanannya sedap2..
Yang tak sedap ni..
Makanan dalam wad :)