Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, October 31, 2012

Faith / The Great Doctor


Akhirnya...

LEE MIN HO
WAHAI ORANG KAMPUNG!!!!

Dia macho giler dalam drama ni..

Genre drama ni romantic action fiction..
Agak menyerupai dengan Queen In-Hyeon's Man dan Time Slip Dr. Jin..
Berkisar kepada seorang doktor yang boleh pergi ke zaman silam..
Kali ni bukan Joseon..
Ke zaman Goryeo..


Secara umumnya..
Drama ni pasal seorang jeneral dari zaman silam..
Bercinta dengan seorang doktor wanita dari zaman sekarang..
Yang telah pergi ke zaman silam..
Melalui pintu masa cahaya mistik...

Asalnya, hero ni mengiringi raja yang akan memerintah Goryeo yang diperolehi daripada Kerajaan Yuan hasil perkahwinan raja dengan puteri Yuan..

Dalam perjalanan, mereka telah diserang dan puteri raja cedera parah..
Atas arahan raja, hero telah masuk ke dalam pintu cahaya mistik dan telah muncul depan statue perkampungan tradisi di Seoul, Korea pada zaman sekarang 2012.

Misi dia adalah untuk mencari seorang doktor..
Untuk merawat puteri raja..
Kerana kematian puteri akan mengeruhkan keadaan..


Ni ler doktor yang hero bawak balik ke zaman Goryeo..
Iaitu heroin ler... :)

Depa anggap doktor ni adalah doktor dari syurga..
Padahal dia hanya datang dari masa depan..


Memang penuh cabaran ler hero nak bawak balik heroin..
Dengan dia pun confuse bila muncul kat zaman moden..
Dah tu tak pasti ia ke tidak heroin tu The Great Doctor..



Hero ni awalnya hidup dia hanya untuk berbakti pada raja..
Dia tak kisah bab duit.. bab pompuan..
Kalau takde keje nak buat.. dia lebih minat tido..

Bila dia dah bawak dr Yoo tu ke zaman lain..
Maka, dia laa yang bertanggungjawab untuk jaga doktor tu..

Akhirnya.. depa saling jatuh cinta..

Pastu mesti laa ada masalah..
Yelah.. sorang hidup zaman lain..
Sorang lagi zaman lain..

Jadi, siapakah yang akan berkorban?
Hero atau heroin?
Atau kedua-duanya tak dapat bersama?

So, meh order ;)
.
.
.

Tuesday, October 30, 2012

Anak-anak punya cerita...

Ikutkan ada 2 lagi drama Korea nak menyusul..
Tapi kang marah lak reader i yang tak seberapa nih :)

Ok.. jom citer pasal bebudak berdua ni pulak..


Hasya ni skang kuat pendengki..
Apa abang pegang.. hat tu laa dia nak..
Kalau tak dapat.. abang dia siap..
Tarik rambut.. pukul..

Nasib baik laa kan..
Dalam ntah hape-hape perangai si Kalep..
Pukul adik tidak sekali-kali..
Lega laa aku tang situ..

Paling-paling dia menangis je pun..
Siankan abang..


Ni pulak.. makin hari makin lasak..
Apa abang dia buat..
Dia pun ikut..


Lagu kegemaran dia..
Untuk Dia.. Anak Kampung.. Gangnam Style..
Sepanjang perjalanan kena ulang-ulang lagu yang sama..




Ooo... untuk makluman..

Umur Hasya dah 1 tahun 10 bulan..
Umur Khaleef dah 6 tahun 2 bulan..

Cepatnya masa berlalu :)
.
.
.

Answer To 1997














Sorry ye reader..
Sangap tul skang ni takde citer nak hapdet blog..

Kebetulan ada 2-3 drama Korea yang belum sempat review..
So, layankan jelah..


Drama ni asalnya aku tak download pun..
Sekali tu adik aku cakap drama ni best..
Rating tinggi drama nih...
Dah download tu..
Subtitle pulak payah cari..

Akhirnya sesudah bertungkus lumus..
Dapat gak siapkan drama nih..

Drama ni pasal 5 sekawan yang membesar bersama di Busan..
Orang Busan ni kalau cakap..
Dialek lain sikit dari orang Seoul..
Banyak Idgham sket...

Lebih kurang drama ni..
Masa skang depa dah umur hampir 30 tahun..
Mengimbau kembali zaman depa sekolah dulu..
Tahun 1997...



Yang atas tu hero baru..
Yang bawah heroin baru..
Tapi depa 2 ni berlakon memang best..

Hero sejak zaman sekolah seorang yang pandai..
Heroin lak kalau periksa nombor last manjang..
Depa ni berjiran..
Disebabkan hero ni anak yatim..
Dia selalu lepak kat rumah heroin..

Akhirnya dia jatuh sayang pada heroin..

Malangnya.. abang dia pun suka heroin jugak..

Abang dia ni pulak..
Seorang jutawan internet..
Tapi setiap kali untung juta-juta..
Dia akan dermakan kesemua keuntungan dia ..




Hero ni skang adalah seorang hakim..
Camne ek.. kalau perbicaraan..
Dapat hakim cute camni? :))

Dia terpaksa bertahan hati..
Daripada berterus terang pada heroin pasal perasaan dia..



Ni masalah lain pulak..
Tapi aku suka depa 2 ni... sweet..

Selalu kita tengok drama.. 2nd hero mesti suka gak sama heroin..
Ni lain sket..
2nd hero suka sama hero :)

2nd hero ni kawan baik pada heroin dan hero..
Dia tinggal sekali dengan hero..
Dan dia seorang doktor..




Secara keseluruhannya..
Aku enjoy dengan drama ni..
Flash back yang kemas dan teratur..

Kalau dulu korang sekolah kat Korea..
Boleh laa feeling lelebih sket tengok drama ni..
Hampir keseluruhan OST drama ni..
Menggunakan lagu top 90-an..
Lebih kurang kat Malaysia masa tu zaman rock kapak ler..

.
.
.


Monday, October 29, 2012

The Thousandth Man

 

Ni drama pendek..
8 episod je..
Tapi aku suka.. sebab jalan citer beza sket pada drama lain..

3 kali dah drama bab2 Gumiho ni..
Semua pun aku suka tengok..
Cuma yang ni ending agak tak best sket..

Yang tak tau Gumiho ni mende.. meh aku citer..
Gumiho ni sebenarnya adalah serigala jadian..
Yang boleh muncul jadi pelbagai bentuk..
Selalunya jadi pompuan cantik ler..

Gumiho ni adalah lagenda yang sangat terkenal di Korea..


Heroin paling kiri sekali..
Yang tengah tu mak dia.. hujung kanan adik dia..
Mak dengan adik dia..
Dah berjaya transform jadi manusia..
Sebab depa dah makan 1000 hati lelaki..

Yang heroin ni pulak..
Dia dah selesai 999 hati..
Lagi satu hati je dia nak kena makan..

Masalahnya..
Nak makan ni bukan boleh sebarang makan..
Hati yang depa nak makan tuh..
Mestilah hati yang mempunyai kasih sayang kepada dia..

Maksudnya dia kena bunuh pakwe sendiri..


Lelaki ke-1000 ni..
Heroin jumpa dalam flight..
Dia agak terperanjat sbb muka lelaki ni..
Sama dengan ex-bf dia yang mati sebab selamatkan dia..
Ex-BF dia tu selamatkan dia dari mati lemas..
Wpun masa tu ex-bf dia dah tau yang heroin ni gumiho..

Atas sebab itu, heroin sangat sayang pada ex-bf dia..


Hero ni pulak ada restoran..
Nama restorannya LAST...
Peliknya.. tak semua orang boleh makan kat restoran dia..
Nak makan kat situ mesti ada sebab..
Pastu menu semua mesti dia yang pilih..

Dia wat camtu supaya orang2 yg dapat makan kat situ..
Akan simpan memori sampai bila-bila..
maybe sebab..
Dia ni ada sakit..
Dan ada masa 3 bulan je untuk hidup..


Nanti.. adik heroin pun suka gak pada hero..
Adik dia lama dah dapat jadi manusia..

Akhirnya..

Ada yang mati..

Siapakah?

Adakah heroin Gumiho?
Adakah hero yang ada masa 3 bulan je untuk hidup?

So, meh order ;)
.
.
.

Sunday, October 28, 2012

Buat sementara waktu...


Selagi Kalep tak lancar membaca..
PSP akan disimpan di Pejabat Pos Slim River..

Lantakkan!!

Dia bukannya tak boleh membaca..
Tapi M.A.L.A.S..

Bila suruh je..

Mesti jawapan dia tengah ada misi laa..
Tengah berlawan laa..
Pastu bila aku tinggi suara sket..
Modal dia merajuk, masuk bilik kunci pintu..

Makanya..

Hadap laa muka mak kau ni..

Selagi tak lancar macam pembaca berita tu..
Jangan harap PSP ni balik ke Kota Malim Prima :)
.
.
.

Wednesday, October 24, 2012

Hampir ke Legoland


Rupanya Khaleef tak dapat nombor last...
Dia dapat no.2..

Kemain suka lagi dia..
Dapat je hadiah..
Terus membising..

MAMI, BOLEH LA BAWAK KALEP KE LEGOLAND..
KALEP DAPAT NOMBOR 2..

Oooo.. mana boleh..
Janji kalau nombor 1 baru bawak..

MAMI TAHU TAK NOMBOR 2 TU DAH DEKAT SANGAT DENGAN NOMBOR 1..
MEREKA DUDUK SEBELAH SAHAJA..

Yelah.. memang dekat nombor 1 dengan nombor 2..
Memang sangat dekat..

CAMTU BOLEH LAA BAWA KALEP KE LEGOLAND..

Tak boleh!!

APSAL?!!

KALEP HAMPIR SAHAJA KE LEGOLAND SEPERTI HAMPIRNYA NOMBOR 2 DENGAN NOMBOR 1..


 KAH.. KAH.. KAH...

p/s : mak ko dulu pun ada cita2 nak jadi lawyer tau!!!
.
.
.


Tuesday, October 23, 2012

Arang And the Magistrate


Peminat Lee Jung Ki..
Yang tertunggu-tunggu drama dia..
Ni citer Arang & The Magistrate sudah muncul..

Genre romantic comedy fantasy action..


Hero ni baru dilantik sebagai Majistret..
Dia ada kebolehan yang luar biasa..
Iaitu boleh melihat hantu..

Kebiasaannya..
Dia abaikan je hantu-hantu tu..
Sebab malas nak layan permintaan hantu2 yg minta tolong..

Hero ni pergi ke satu tempat untuk cari mak dia..
Daerah Miryang..
Kat sana la dia jumpa Arang..


Ni ler Arangnya..
Arang ni aku agak laa kan..
Dalam Korea maksudnya hantu/roh..

Arang ni dia mati dibunuh secara kejam...
Dan dia tak tahu kenapa dan siapa yang bunuh dia..
Atas sebab itu roh dia tak dapat naik ke langit..

Bila dia dapat tahu hero ada kebolehan untuk lihat hantu..
Dia cuba minta tolong hero..
Mula-mula hero tak mahu tolong..
Tapi, bila dia ternampak klip rambut mak dia yg dipakai oleh Arang..
Baru dia nak tolong dengan harapan bila Arang pulih ingatan..
Dia dapat beritahu kat mana mak dia..

Arang ni pulak..
Lepas dia mati..
Memang dia tak ingat apa dah..


Arang ni cerita asal dia kena bunuh tu..
Memang sedih..
Dia dibesarkan tanpa mak..
Dijaga oleh seseorang yang berniat jahat ke atas dia..

Penjaga dia ni.. suh penjahat rogol untuk musnahkan hidup Arang..
Bila Arang melawan, dia tikam Arang dan tinggalkan dalam hutan..

Ayah Arang ni pulak, Pegawai Majistret time tu..
Ingat Arang ni lari ikut lelaki..
Jadi, dia pun letak jawatan oleh kerana malu..

Lepas kejadian tu..
Arang pun muncul depan setiap Majistret yang menggantikan tempat ayah dia..
Semua pun lari ketakutan.. jangankan kata nak tolong..

Last sekali, itu ler hero yang jadi Majistret ke-4


Hujung sekali tu 2nd heroin..
2nd heroin ni.. dengan heroin iras laa pulak..

Lepas dia jadi majistret kat kawasan tu..
Dia pun mulakan laa siasatan pasal apa Arang tu mati..
Masa ni muncul 2nd hero..


Time nak membongkar & menyiasat ni..
Akhirnya depa jatuh cinta..
Hantu dengan manusia..

Malangnya..
Arang hanya ada masa 3 kali bulan penuh sahaja..

So, apa jadi sudahnya..

Kena laa tengok kalau nak tahu :)
.
.
.

Monday, October 22, 2012

Malas tapi menjala la pulak..


Tetiba..
Terkena jangkitan malas hapdet blog :)
Padahal citer Betnam belum habis lagi..

Kena lak hari ni kena hangkut Hasya mai opis..
Lagi ler mood ke laut..
Dia bukan boleh tengok aku menekan2 keyboard tak pandang dia..
Setengah hari je aku tahan..
Pastu usung Hasya + Khaleef bawak balik umah..

Sampai umah..

Igt nak tidokan dia..
Pastu aku nak lipat kain..
Tup-tup..
Dengan aku sekali hanyut..
Bangun2 dah kul 5.30 petang..

Tetiba menggigih nak wat roti jala...
Benci laa aku..
Sambil menjala tu ..
Sambil menyesal..

Apsal laa aku pilih kuih yang renyah ni..

Asal-asal nak buat 2 kaler..
Kengkonon berlapis2 kuning dan biru..

Last2.. yg biru asyik huduh je..
Aku gabungkan dalam satu bekas..
Jadi hijau :))


Pastu nak kena wat kari pulak..
Aku dah makin malas ni..
Buat jugak laa..
MIJ tak suka roti jala cicah sardin..
Dia mesti nak cicah kari ayam..

Kali ni aku ubah resepi sebab dah malas sangat..
Aku blend je bawang besar + bawang putih + kunyit hidup + tomato + cili kering..
Pastu aku gaul2 dengan serbuk kari wat pes..
Tumis.. letak air + kentang + garam + gula + santan 1/4 cawan + kiub ayam 1/2

Eh... eh... lazat giler wei kari aku hari ni..

MIJ 3 kali tambah kuah kari..

Selalu tu ada je komplen dia..

Namun... untuk jangkamasa terdekat..
Malas dah aku nak menjala..
Baik buat cucur je lagi senang & sekejap dah siap..

Apa pun.. roti jala aku..
Lawa dah sket banding dulu :)
.
.
.

Friday, October 19, 2012

Ms Panda and Mr Hedgehog



Selepas berderet-deret cerita berat..
Cam Ghost.. Bridal Mask..
Akhirnya muncul balik drama yang suwiiiittttt...

Terpospone sket proses drama ni..
Sebab mengejarkan To The Beautiful You..
Namun, akhirnya siap jugak..

Genre..
Romantic comedy..

Hero.. Donghae Super Junior..
2nd hero.. hero kesayangan aku..
Dulu depa ni pernah bergandingan dalam citer It's Okay Daddy's Girl..

  
Lebih kurang drama ni pasal persaingan dalam membuat kek.>
Hero.. dia ni anak yatim..
Pernah dipenjarakan..
Dalam penjara, dia belajar buat kek..
Bila keluar, dia sangat pandai buat kek..
Dan bekerja di kedai bakery milik atuk angkat dia..

Sambil2 buat kek..
Dia sempat jadi Ah Long..
Wat pinjaman peribadi secara haram..

Cita-cita dia..
Nak jadi yang terhebat dalam membuat kek..
Nak kalahkan St Honore..


  

Satu hari..
Dia nekad nak kerja kat tempat lain..
Masa tu la dia pergi mintak keje kat Cafe Panda..
Milik heroin yang nama dia Pan Da Yang..
Yang diwarisi dari parent dia..
Malangnya dia lansung tak tau buat kek..
Dan patissier yg ada sangat teruk...

Masalahnya cafe Panda tu tengah dalam masalah kewangan yg sangat teruk..
Oleh itu dia buat perjanjian dengan heroin..
Dia akan kerja situ..
Dengan bayaran 50% daripada keuntungan cafe..
Maknanya dia kena berusaha untuk Cafe Panda tu maju balik..


Pan Da Yang ni pulak..
Diminati oleh presiden Saint Honore..
Sebuah kedai kek high class yang menyajikan kek yg classy..

Won Il ni kenal Pan Da Yang dari zaman dia kecik lagi..
Depa satu sekolah..
Bila Da Yang mintak keje kat Saint Honore..
Kira peluang dia untuk memiliki Da Yang..

Dia ni yang sweet nyer..
Kalau jeles tak reti nak sorok..
Akak suka tau lelaki jenis ni :)

Depa 3 ni sebenarnya saling kenal masa zaman sekolah..
Tapi hero sering bermasalah..
Lepas masuk penjara.. dia tukar nama..


Pan Da Yang ni pulak..
Awal-awal lagi dia memang minat pada hero..
Tapi hero lak selalu wat-wat cam tak suka dia..
Hero dok rasa dia tak layak untuk Da Yang..
Lagi-lagi hal pasal kisah silam dia..
Nak pulak dia tahu yg Presiden Saint Honore suka Da Yang..


Drama ni ada twist-twist sket..
Nanti banyak yang ada blood related..
Yang tidak disedari..

Nak tahu..

Kena laa tengok :)
.
.
.



Thursday, October 18, 2012

Nyesal pulak...


Hari tu 2-3 kali gak pegang tudung ni..
Tapi pikir panjang-panjang..
Nak kemana?

Ke opis cam jadah sangat laa nak vogeh camni..

Kalau pi jalan-jalan..
Dalam kereta je dah senget benget dikerjakan Hasya..
Dia takmo duduk dalam car seat..
Pastu kang asyik nak menek..
Kejap ke depan.. kejap ke belakang..

Tapi..

Bila terfikir..
Betapa lawanya tudung ni dipadankan dengan jubah raya haji aku tuh..
Pastu papa dengan Khaleef pun berbaju biru..
Hasya tak tau laa baju kaler apa..

Rasa nyesal lak tak beli..

Kat Jolly Cotton ada jual..
RM75 termasuk Pos Laju..

Kat Tg Malim ni pun ada jugal..
RM90 cash and carry...

Huwaaaaa....
.
.
.

Vietnam Part XI - Alamak!!


Hehehehe...
Ramai pulak jadi takut nak pi betnam..
Pas baca entry2 aku..

Takde apa la wei..

Aku suka pergi Vietnam..

Seronok!!

Akan pergi lagi walaupun bukan dalam masa terdekat..

Tip-tip yang aku bagi tu..
Bukan untuk menakutkan..
Sebagai panduan sahaja..

Bagi aku Vietnam ok..

Ada blog.. kengkawan FB..
Yang kata peniaga Vietnam kuang ajar...
Tak sopan.. suka paksa orang beli..

Ikhlas cakap..
Aku tak jumpa sorang pun kat sana..

Semua ramah tamah..
Baik hati..
Nak-nak yang Melayu Champa tu..
Mak aku.. siap tido kat kedai depa tau..

Yang bangsa Vietnam pulak...
Kalau kita datang dengan niat baik..
Muka manis..
Takde pasal apa depa nak marah-marah kita ye tak..

Maybe laa ada yang mengganggu..
Yang minta sedekah..
Tarik-tarik suh beli barang dia..
Tapi.. kalau kita tolak baik-baik..
Cakap baik-baik sambil senyum..
Semua ok jer..

Satu lagi..
Yang ni mirip dengan Petaling Street..
Kalau tak nak beli..
Tak payah laa tanya lebih-lebih sangat..
Siap minta tawar tekan harga..
Pastu korang kata tak minat nak beli..

Tak payah orang Betnam..
Orang Malaysia pun marah :))

Cumanya yang hal Pau Yik Mun tuh..
Pandai-pandai ler..
Makcik Rehan hari tu selamba berlakon baik punya..
Wat muka sedih Izzah Ombak Rindu kena tempeleng dengan En. Hariz..
Dari RM100... terus jadi USD10..

Ikutkan jelah..
Jangan berkeras & tunjuk eksyen kat negara orang..
Sat gi.. pasal sayangkan 30-40 hengget..
Tup2 balik sini.. ada benda lain lak dalam luggage..

Masa tu nak nyesal pun tak gunakan..

Apa-apa pun..

HO CHI MINH... i like :)
.
.
.

Wednesday, October 17, 2012

Vietnam Part X - Saat mendebarkan...


Melompat sket citer..
Ada lagi bab2 shopping kat Betnam..
Tapi aku terus nak citer bab balik..

Ok, kalau ada beg banyak seperti gambar di atas..
Saat nak balik ke Malaysia adalah sangat mendebarkan..
Sangat.. sangat.. sangat...

Tip.. kalau korang kali pertama g sana..

Kata laa korang  beli luggage 100kg..
Sila laaa timbang dah bawak balik 95kg sahaja..
Lagi 5 kg tu reserved laa mana terlebih mana terkurang..

Sangat menakutkan hokay!!!


1kg terlebih, jumlah mesti dibayar ialah USD18..
Convert duit Malaysia bersamaan RM55.00 sekilo..

SANGGUP?!!!

Kalau tak sanggup..
Sila laa beli berpada-pada dengan luggage yang telah dibeli awal :)

Nak senang.. bawak penimbang digital yg kecik tu..
Lepas balik shopping, terus timbang sebelum meneruskan shopping lagi..

Kalau tak.. sila contohi tindakan MR dan Ezey..
Meninggalkan barangan berpuluh kilo di Betnam..
Pada kat airport korang kena campak barang2 tu masuk tong sampah..

Kalau ada rezeki.. next time boleh ambik barang2 tuh..


Nampak tak bilik 2 pintu belakang Hajah Norlia tu..
Itu bilik paling menakutkan..
Bilik PAU YIK MUN :))

Kalau tak paham.. boleh PM aku tanya..

Ezey mmg ada citer dah pasal ni..
Tapi kami mmg harap2 laa tak kena..
Namun, malang itu tidak berbau..
Mangsa.. ialah Makcik Rehan..

Kriteria pilihan? RANDOMLY SELECTED!!

Lebih kurang pada pengamatan aku.. ciri-ciri pilihan..
Group perempuan semua..
Tak pun perempuan yg travel sorang-sorang..
Luggage yang suspicious..
Tak payah laa korang nak kunci.. wrap sangat beg tu..

Kalau boleh elakkan lalu situ.. takpe pusing jauh nak check in..

Tapi ni semua bergantung pada nasib laaa..

Nasib baik Makcik Rehan..

Kalau aku ngn mak aku atau salah sorang yang kena?!!

Kami ni dah laaa pertama kali ke sana..

Tips seterusnya..

Time nak balik Malaysia..
Sila kosongkan purse..
Tinggalkan dalam RM30-RM40...
Atau USD10 - USD20..

Yang lain-lain SOROK!!
Sorok laa kat mana-mana patut..
Dalam bra ke.. dalam spender ke..
Janji tak nampak duit banyak tersebut..

Faham dahkan apa maksud aku..
Nak cerita jelas-jelas tak boleh..
Maklum laa ini melibatkan negara lain..
Kang tak pasal-pasal..

Paham2 laa kalau dah kata PAU YIK MUN tu :))

Lagi satu.. tak payah laa nak stylo sangat..
Pakai handbag designer..
Usung DSLR kat leher..
Baju vogeh2 cam nak wat runaway..

Itu dah kira cam menyerah diri untuk menjadi insan terpilih..

Ok.. ni part kat sana..

Next time aku citer lak bila tiba Malaysia..
Tak tamat lagi..
Ada lagi nak kena hadap.. :))
.
.
.

Tuesday, October 16, 2012

Vietnam Part IX - Makan Tepi Masjid...


Kat Vietnam makanan halal memang cukup susah..
Ada pun.. mahal kemain..
Tak sesuai untuk budget trip cam kamiorang nih..
Kalau makan 5 kali sehari..
Boleh menelan belanja RM100.00 seorang sehari..

Hari pertama..
Tengahari dah ditanggung beres..
Bawa nasi dari Malaysia..

Dinner kat satu kedai halal dekat hotel..
Apa nama tak tau..

Aku makan bihun goreng + kopi ais = RM23.00


Ni hari kedua..
Tokei Kedai Rokiah tu suh mai sini..
Kami mati2 ingat restoran..
Gigih siap naik teksi mai sini..
Padahal 3 traffic light je pun..

Sampai-sampai tercangak2 cari restoran..
Tak jumpa..

Tanya orang dia kata tu hah..
Ada gerai kecik tepi jalan..
Memang kecik betul..
Kerusi pun rendah cam kerusi kat tadika..

Perut dah lapar..
Tak koser nak naik teksi balik cari kedai lain pulak..
So, order jelah apa yang ada..

Ada 2 jenis makanan je..
Nasi goreng udang..
Dengan nasi goreng ayam..


Aku ambik nasi goreng ayam..
Nasi punya laa bertimbun..
Depa pun ambik yang sama jugak..

Sekali datang 4-5 orang Vietnam, duduk sebelah meja kamiorang..
Depa ramai order sepinggan nasi goreng ayam..
Sepinggan nasi goreng udang..
Makan ramai-ramai..

Patut laaa orang-orang kat sana selim melim..
Makan pun sikit..
Kami bantai sorang sepinggan..
Habis licin lak tuh :))

Balik tu siap tapau lagi untuk dinner..
Murah lak tu.. RM3.60 sebekas..

Sekali on d way nak ke teksi..
Rehan tarik aku ke kiri..
Tapi aku nak jugak ke kanan..

Hambeeekkkk...

Rupanya nasi gorem tadi tu..
Depa masak siap kat umah..
Pastu letak dalam BALDI letak tepi jalan.. bukan atas meja tau..
Tepi bawah meja!!!

Uwaaa... tengkuk kembang hokay!!!

Takpe laaa... rezeki dari Allah..
Takde pulak cirit birit ke hape..

Alhamdulillah...
.
.
.

Vietnam Part VIII - Menempah baju di Vietnam..


Aku buat 6 pasang..
3 pasang baju kurung..
3 pasang jubah..

Gambar baju cotton nanti ye..
Dok ada lagi kat penyidai..

Tapi tu ler..
Depa sana tak reti buat pesak biasa..
Baju kurung depa pesen pesak gantung..
Ketat sket tang ketiak..

Nak kena senam tangan ler bagi lengan kecik baru selesa..

Kat sana banyak tailor yang ambik upah jahit baju..
Sehari siap..
Harga dalam USD 15..
Ada gak yang murah.. kena pandai cari la..

Untuk jubah ni pulak..
Aku rasa memang berbaloi-baloi..
Sebab kat sini..
Setakat upah wat jubah biasa..
Upahnya dah dalam rm50.00..
Tu tak masuk kain lagi..
Kalau jenis jubah yang berlining ni.. RM90.00 ke atas je..

Untuk jubah aku tu..
Kain + Lining + Upah jahit = RM100.00 sahaja..

Nak senang... sila bawak baju contoh...

Ni ada sedikit luahan perasaan..

Aku minta maaf sangat pada kawan-kawan rapat.. sedara-mara..
Yang aku terpaksa ignore permintaan depa untuk kiriman barang semasa aku di Vietnam..
Dukacita dimaklumkan..
Bahawasanya.. aku tidak beli LUGGAGE..
Yang under nama aku semua milik orang lain..
Dalam ertikata, aku hanya bergantung kepada handbag & hand carry 7kg sahaja..

Selain daripada itu..
Dana yang dibawa ke Vietnam sikit je pun..
Tak smpi 1K ringgit malaysia..
Aku ni bukan jenis banyak duit semedang..

Sapa-sapa yang kecik hati..
Aku belikan orang ni.. tak belikan orang tu..
Aku bagi orang ni.. tak bagi orang tu..

Dengan rendah hati aku memohon maaflah yer..

Maaf terkasar sket..

Aku pergi tu nak happy-happy..
Holiday..
Bukan nak bersusah payah menghangkut barang2 orang..
.
.
.

Monday, October 15, 2012

Relax jap..


Ingat nak sambung pasal Betnam lagi..
Sekali cek gambar dalam draft semua hancus dah..
Malas laa aku nak upload balik..

Ada sket je lagi nak habis..

Rupanya..

Emel aku yang spiderx_woman79@yahoo.com tu..
Dah rosak..

Patut laa senyap sunyi tanpa emel sejak2 akhir ni..

Kena laa tukar emel lain dah pasni..

So, sesapa yang berurusan dengan emel lama tuh..

Sila laa beralih arah..

Emel baru..

zaliahezlin2106@gmail.com
.
.
.

Vietnam Part VII - Kedai Rokiah, Taka Plaza


Ni kedai kegemaran mak aku..
Dalam Taka Plaza..
Kedai ni banyak jual baju kurung siap..
Dan jauh lebih murah dari kedai-kedai lain..
Beza harga dengan kedai lain dalam rm10-rm12...
Tapi kena pandai tawar betul-betul la..
 

Blouse kat Vietnam ni kurang sket..
Kalau ada pun agak mahal..
MR sangat bertuah kerana jumpa blouse saiz dia..

Kat Vietnam ni saiz laa paling masalah..
Orang dia kat sana kecik molek to'et..
Dia punya XL macam L...
M macam S...

Beberapa kali gak aku sound..
Kalau target market orang Malaysia..
Saiz kena sampai XXXXXL..
Orang Malaysia dah kurang sangat yang kurus..
Semua GEMbira sentiasa je saiznya..



Tudung yang mahal melenit kat Malaysia..
Kat sana.. dalam... adalah harganya ;)
Skang tengah femes color blocking..
So, tokey Jolly Cotton mmg ambik yang up to date je..



Ni yang menjadi kegilaan mak aku..
Mentang2 laa dia muat pakai XL..
Lebih 10 pasang dia borong kat Kedai Rokiah ni..

Aku just duduk kat kerusi jadi pemerhati tetap..
Nak menyibuk pun takde mood..
Dah semua tak muat..
Jangan kata nak masukkan badan..
Lengan pun semua tak lepas..

Untuk adik aku..
Terjumpa 2 pasang saiz XXL..
Dapat ler dia baju siap 2 pasang..
Vietnam silk yang lawa tu lak..

Lagi kat Kedai Rokiah ni ada jual telekung..
Kain ela.. tudung..

Yang bestnya kat kedai ni..
Tokei dia tak kisah kita punggah sakan..
Dia relax je.. janji korang beli..
.
.
.