Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, October 13, 2012

Vietnam Part V - Shopping Cotton sangat menggilakan....

gambar adalah ihsan google kecuali gambar yang ada MR :)

Berlaku kerana terbawa memory card yang corrupt..
Apa nak buat..
Nasib baik laa tak bawak anak-anak..
So, takde laa terkilan tak boleh snap gambar..

 

Camni laa dalam Ben Thanh Market..
Sasau dibuatnya..
Sana cantik.. sini cantik..
Sana murah.. sini murah..

Namun, sekali lagi aku nak bagi tip-tip..

1- Belilah banyak-banyak sekali di satu kedai yang sama. Kerana bila beli banyak, harga akan jatuh jauh lebih murah dari beli satu-satu.

2- Pusing la 4-5 kali dulu sebelum membuat keputusan untuk membeli.

3- Jangan lupa tawar harga

4- Beringat semasa membeli.. bukan pasal duit je.. duit takde hal sbb sana ada bank Kepala Rimau. Beringat berkenaan luggage (KG) yang anda telah beli awal2 daripada Air Asia. Kerana terlebih sekilo, harga perlu dibayar ialah USD 18.

5- Kalau peniaga tu suruh duduk.. SILA DUDUK :))


Aku tak beli banyak pun...
Yang aku beli semua dah jadi baju kurung pun..

Iye.. anda boleh menempah terus baju kat sini..
Siap sehari sahaja..
Ada yang 4-5 jam dah siap jahit..

Bab harga..
Kalau dalam Ben Thanh.. majoriti akan letak harga USD 15 untuk sepasang baju..
Tapi, kalau pandai cari boleh jumpa yang ambik upah RM 18.00 sahaja untuk sepasang..
Boleh cari kat kedai-kedai melayu Champa..
Lagi senang bincang sebab depa ni Islam..

Tapi USD 15 pun dah ok sangat..
Sini pun dalam RM40 gak..
Dah tu 2-3 bulan baru siap lak tuh...



Tu tokei besar sedang memilih...
Kalau aku jadi dia tak sanggup weih..
Memilih kat kedai yang sempit satu hal..
Pastu nak angkut bawak balik hotel..
Pastu nak packing.. seret ke lift..
Nak seret masuk teksi..
Nak angkat naik atas troli..
Nak check in luggage yang penuh debaran..
Pastu kena pow lagi.. (kisah lain hari)..
Sampai Mesia.. nak kena cukai lagi...
Pastu nak seret lak masuk kete sendiri..
Pastu smpi umah nak seret lak masuk dalam rumah..
Unpacking..

Takpe laa...

Biar laa aku meneruskan keje-keje pembakaran aku..

Tu sebab aku berani jamin yang harga kat Jolly Cotton adalah sangat berbaloi-baloi..
Bukan sebab kedai online tersebut kawan2 aku punya tau..
Aku yang dah smpi Betnam ni pun tak sanggup nak beli banyak-banyak..
Dalam fikiran aku..
Takpe laa.. kang kalau tetiba teringin nak bercotton..
Aku beli jelah kat Jolly Cotton..
Tak payah laa nak bersusah payah dari sana nak hangkut bawak balik ke sini..

Dan..

Memang aku tak beli walau sepasang pun kain ela..

3 pasang yang aku beli..
3-3 dah jadi baju baru bawak balik Malaysia :)
.
.
.

3 comments:

Kuazue Mohamad said...

dasat ooo serius mata leh juling tak tau nak pilih hapa...

Diena's Shop said...

sampai malaysia kene cukai???? dlm berapa??

Diena's Shop said...
This comment has been removed by the author.