Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, October 16, 2012

Vietnam Part VIII - Menempah baju di Vietnam..


Aku buat 6 pasang..
3 pasang baju kurung..
3 pasang jubah..

Gambar baju cotton nanti ye..
Dok ada lagi kat penyidai..

Tapi tu ler..
Depa sana tak reti buat pesak biasa..
Baju kurung depa pesen pesak gantung..
Ketat sket tang ketiak..

Nak kena senam tangan ler bagi lengan kecik baru selesa..

Kat sana banyak tailor yang ambik upah jahit baju..
Sehari siap..
Harga dalam USD 15..
Ada gak yang murah.. kena pandai cari la..

Untuk jubah ni pulak..
Aku rasa memang berbaloi-baloi..
Sebab kat sini..
Setakat upah wat jubah biasa..
Upahnya dah dalam rm50.00..
Tu tak masuk kain lagi..
Kalau jenis jubah yang berlining ni.. RM90.00 ke atas je..

Untuk jubah aku tu..
Kain + Lining + Upah jahit = RM100.00 sahaja..

Nak senang... sila bawak baju contoh...

Ni ada sedikit luahan perasaan..

Aku minta maaf sangat pada kawan-kawan rapat.. sedara-mara..
Yang aku terpaksa ignore permintaan depa untuk kiriman barang semasa aku di Vietnam..
Dukacita dimaklumkan..
Bahawasanya.. aku tidak beli LUGGAGE..
Yang under nama aku semua milik orang lain..
Dalam ertikata, aku hanya bergantung kepada handbag & hand carry 7kg sahaja..

Selain daripada itu..
Dana yang dibawa ke Vietnam sikit je pun..
Tak smpi 1K ringgit malaysia..
Aku ni bukan jenis banyak duit semedang..

Sapa-sapa yang kecik hati..
Aku belikan orang ni.. tak belikan orang tu..
Aku bagi orang ni.. tak bagi orang tu..

Dengan rendah hati aku memohon maaflah yer..

Maaf terkasar sket..

Aku pergi tu nak happy-happy..
Holiday..
Bukan nak bersusah payah menghangkut barang2 orang..
.
.
.

2 comments:

nurleeta said...

salam....setujuuu.... jalan2 nak hilangkan penat kerja.. nak happy2...skali nak cari barang kiriman adoiii.....

Unknown said...

suke part last tu... hehe
"jalan2 nak happy bukan hangkut barang orang"