Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, October 12, 2011

Esok Ujian Lisan dan Bacaan


Ikutkan esok last periksa..
Tapi disebabkan adalah ujian membaca..
Maka, mami mengambil keputusan..
Tak payah laa pergi sekolah esok..
Baik duduk rumah tolong2 mami jaga adik..
Kan esok malam dah nak bertolak ke Taiping..

Hari pertama periksa Sains..
Disebabkan Khaleef lambat siap..
Sempat laa mami tengok kertas peperiksaan dia..

Rasa nak tarik telinga dia di situ juga..

Soalan no.5 - BULATKAN HAIWAN TERNAKAN
Ada kambing, itik, lembu, ayam, ikan jerung dan katak..
OK.. katak dan ikan jerung berada dalam bulatan..

Soalan no. 7 - WARNAKAN HIJAU BAGI SAYUR-SAYURAN
Lobak warna oren, tomato warna merah dan tambah satu lagi..
Daun kepada buah anggur adalah hijau..

Papa punya komen..

Itu salah soalan laa..
Memang ada org menternak katak dan ikan jerung..

Dan..

Sapa suruh kaler hijau je sumer sayur-sayuran?
Pernah ke tgk lobak kaler hijau?
Pernah ke Kalep jumpa tomato yang kaler hijau?

OK FINE!!

Anak kita berdua memang yang terpandai di dunia :)




6 comments:

Nieza Ishak said...

cerdik dia ekut lain zel ... tak caya nanti ko tengok ... ;)

nina~syazna said...

alahai comelnye papa dgn anak...heheheeh

Ms AiReEn MoHd said...

bijak ar tu....ko mampu nak pikir cam tu?

noradzlina.kamdani said...

cayalah....

Hafiz said...

Think out of the box... memang pun tomato warna hijau... Tomato muda... Pak Ngah sokong pendapat PAPA tuh... now days memang ada org ternak katak and jerung... Jerung tuh buat sharfin... Katak... org cina memang ternak katak... buat sup and bagi ikan makan... :d

I want to lose weight said...

:) tomato hijau kalep belum pernah jumpa.. selalu dia jumpa yg warna merah jer spt dalam buku2 dia dan kat kedai